Anda di halaman 1dari 18

KAJIAN TINDAKAN :

STRATEGI PdPc DAN


PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PdPc

DISEDIAKAN OLEH :
PN NAZIHAH BINTI A.WAHAB @ MOHD
DG 44
SMK TINGGI PORT DICKSON
REFLEKSI PENGAJARAN LALU
• Semasa menjalankan PdPc bagi mata pelajaran Ekonomi
Tingkatan 4, didapati pelajar kurang memberi maklum balas
apabila diajukan soalan.
• Pengajaran yang sepatutnya berpusatkan pelajar telah bertukar
kepada berpusatkan guru kerana kurang respon daripada
pelajar.
• Semasa semasa PdPc berlangsung, hanya beberapa orang sahaja
yang bertanya soalan apabila mereka tidak faham akan sesuatu.
• Pelajar seolah-olah takut dan kurang yakin dengan jawapan
yang diberi sedangkan jawapan itu betul.
• Oleh itu, saya perlu mencari kaedah alternatif agar pelajar
terlibat secara aktif dalam PdPc.
ISU KEPRIHATINAN
• Setelah membuat pemerhatian dan penilaian, saya
mendapati penglibatan pelajar dalam kelas secara aktif
bergantung kepada strategi pengajaran yang dipilih
oleh guru.
• Ini bermaksud, aktiviti yang dilaksanakan perlulah
bersesuaian dengan strategi yang digunakan.
• Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya perlu
mencari maklumat secara terperinci berkaitan strategi
PdPc agar pelajar lebih aktif dan guru dapat menilai
kefahaman pelajar tentang sesuatu topik yang diajar.
PENGGUNAAN STRATEGI PdPc
• Untuk memilih sesuatu strategi, guru perlu melihat aspek-
aspek berikut :
(a) Tahap Pemikiran Pelajar : Setiap pelajar memiliki tahap
pemikiran yang berbeza. Guru perlu tahu cara untuk
mengendalikannya dalam sesebuah kelas.
(b) Subjek Yang Diajar : Subjek yang diajar juga menentukan
pemilihan strategi yang sesuai. Ini kerana terdapat subjek
yang memerlukan penerangan guru yang lebih banyak seperti
Perniagaan dan Sejarah.
(c) Topik Yang Diajar : Sesetengah topik memerlukan PdPc
yang berbeza untuk memahamkan pelajar.
STRATEGI PdPc
• Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam menyusun
perjalanan PdPc agar penyampaian ilmu berjalan dengan baik.
• Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang
guru itu mengajar pelajarnya yang berbeza dari segi tahap
kebolehan, kecenderungan, bakat, minat dan aras pencapaian
yang berlainan.
• Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pengajaran melalui
perancangan strategi agar pelajar ini dapat menguasai kemahiran
yang diperlukan.
• Guru perlu mencari jalan bagaimana untuk mengintegrasikan
serta menyusun kaedah yang bersesuaian untuk memberi input
kepada pelajar.
KLASIFIKASI STRATEGI PdPc
• Terbahagi kepada :
(a) Berpusatkan Guru : Guru memainkan peranan utama dalam sesi
PdPc di mana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti
pembelajaran. (b) Berpusatkan Pelajar : Pelajar memainkan peranan
utama manakala guru hanya sebagai pemimpin yang membimbing
pelajarnya menjalankan aktiviti. Berlaku interaksi dua hala. Kaedah yang
digunakan adalah seperti perbincangan, main peranan dan
sumbangsaran.
(c) Berpusatkan Bahan : Bergantung kepada Bahan Bantu Mengajar.
Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik
serta lebih berkesan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan
kemahiran pelajar menggunakan bahan. Kaedah yang berkaitan ialah
audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan
sebagainya.
OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN
• Untuk memperbaiki kaedah saya dalam memilih
strategi PdPc serta memastikan pelajar terlibat dengan
aktif semasa PdPc berlangsung.
• Oleh itu, saya perlu memilih strategi yang bersesuaian
dengan kemahiran pelajar agar lebih aktif dalam kelas
serta cepat faham dengan silibus yang mereka belajar.
KUMPULAN SASARAN
• Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini
adalah terdiri daripada 24 orang pelajar dari
kelas 4 PP 2. Pelajar ini terdiri daripada 14
orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar
perempuan.
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
• Bagi kajian ini, saya telah
memilih Model Kajian
Tindakan Kemmis atau
dikenali kaedah Gelungan.
• Model ini bermula dengan
perancangan, pemerhatian
dan membuat refleksi
pelaksanaan.
• Sekiranya objektif kurang
tercapai maka proses yang
sama akan berulang lagi.
GELUNGAN 1
◆MERANCANG
- Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti, strategi yang
digunakan dalam PdPc adalah tidak sesuai. Strategi PdPc adalah
penting dalam proses menyampaikan ilmu oleh guru dan
penerimaan ilmu oleh pelajar.
- Mengikut kajian saya, aspek yang dirancang adalah :
(i) Masa Kajian : Menetapkan masa kajian iaitu 3 bulan.
(ii) Pelajar yang Terlibat : Melibatkan pelajar tingkatan 4 PP 2.
Jumlah pelajar terlibat adalah seramai 24 orang.
(iii) Kemahiran Fokus : Guru mengubah strategi PdPc iaitu dari
berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Guru bertindak
sebagai pemimpin.
(iv) Kaedah Pengajaran : Menggunakan strategi berpusatkan
pelajar yang terlibat secara aktif dalam PdPc. Kaedah yang
digunakan adalah Gallery Walk. Setiap kumpulan diagihkan
mengikut kumpulan masing-masing dan diberikan topik
perbincangan yang berbeza. Ketua kumpulan akan berdiri di setiap
penjuru kelas. Mereka akan memberi penerangan kepada setiap ahli
kumpulan yang datang ke setiap penjuru secara bergilir mengikut
masa yang ditetapkan. Selesai pusingan giliran, guru akan
mengedarkan soalan bagi menguji kefahaman mereka.
(v) Bahan Bantu Mengajar : Guru menggunakan BBM seperti
Laptop, LCD, kertas mahjung, kertas warna, marker pen, papan
putih, buku teks, buku rujukan, buku nota
(vi) Alat yang digunakan untuk memungut data : Saya
menggunakan Borang Pemerhatian (Strategi PdPc dan Penglibatan
Pelajar dalam PdPc). Saya telah menyediakan borang ini bagi
memudahkan saya menyemak hasil kajian saya. Skop yang dinilai
adalah :
•Penglibatan pelajar
•Peranan guru
Borang tersebut ada dalam Lampiran 1.
(vii) Perancangan pengajaran : Saya merancang RPH yang
digunakan pada subtopik 3.1 Peranan Bank Pusat. Strategi yang
saya pilih adalah berpusatkan pelajar menggunakan kaedah
Gallery Walk yang berlangsung selama 60 minit.
◆MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN MENCERAP
• Saya melaksanakan sesi PdPc seperti yang dirancang. Saya
memberikan sedikit penerangan berkenaan aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar.
• Saya bertindak sebagai instruktor dan sambil mengawal aktiviti,
saya menjalankan pemerhatian saya pada strategi yang saya
gunakan dan juga penglibatan pelajar dalam PdPc. Saya
menggunakan borang pemerhatian yang telah disediakan.
◆ MENGANALISIS DATA DAN REFLEKSI
• Selepas sesi PdPc, saya menganalisis dan membuat refleksi hasil
pemerhatian yang telah saya catat dalam borang.
• Sepanjang PdPc, strategi yang digunakan adalah berpusatkan pelajar.
Pelajar aktif sepanjang sesi PdPc. Ketua kumpulan yakin memberi
penerangan kepada ahli kumpulan yang lain manakala ahli tersebut aktif
bertanya jika ada kekeliruan.
• Guru bertindak sebagai pemimpin sepanjang PdPc. Sentiasa membantu
pelajar apabila mengalami kemusykilan.
• Berlaku interaksi 2 hala antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar.
• Daripada pemerhatian, pelajar bersungguh-suguh melaksanakan tugasan
yang diberi. Malah hasil yang diperoleh lebih luas skopnya kerana mereka
telah mencari bahan tersebut di perpustakaan, di rumah atau internet. Saya
yakin semua pelajar faham dengan jelas ilmu yang mereka perolehi.
GELUNGAN 2 DAN SELANJUTNYA
- Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba perbaiki
lagi kaedah yang saya gunakan dalam strategi berpusatkan pelajar
dengan aktiviti yang lebih menarik.
- Ini dapat menjadikan pelajar ini lebih aktif dan ceria dalam
menimba ilmu baru serta tidak hanya berfokuskan pada skop
silibus mata pelajaran sahaja bagi menggalakkan mereka berfikir
secara kreatif dan inovatif.
RUMUSAN
• Kajian ini telah menunjukkan bahawa strategi adalah penting dalam PdPc.
Oleh itu, seseorang guru perlu memilih strategi yang tepat dan bersesuaian
dengan tahap pemikiran pelajar serta topik yang diajar.
• Pemilihan strategi yang betul dapat membantu guru untuk menyampaikan
ilmu dan mengawal keadaan kelas serta membantu pelajar untuk faham
dengan lebih mudah.
• Saya yakin bahawa kajian seperti ini perlu diteruskan oleh guru-guru
kerana mereka akan dapat menilai keupayaan sendiri dalam memastikan
hasil dan obektif pembelajaran tercapai.
• Guru merupakan tonggak utama dalam menghasilkan kejayaan pelajar.
• Maka untuk memperbaiki kelemahan diri, ianyan perlu diteruskan semoga
ianya mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat bagi memastikan
mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan hasrat
kerajaan.
LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai