Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

SURAU AL-HASSAN KG. BALIMBANG


05-07-2013


.
!!., '_!.l 1. `>`, _ >1l> _. _. :.> _l> !.. !> , !,.. l> ,.
,!. 1. < _ l,!.. ., l> | < l >,l. !,,

.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sekalian jemaah yang hadir sama-sama
kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita akan mendapat kebahagiaan dan
kedudukan yang mulia di sisi Allah.
Mimbar pada hari ini ingin membicarakan berkenaan dengan tajuk Puasa dan
Pembangunan Rohani






Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setelah 11 bulan perut-perut kita dijamu dengan pelbagai jenis makanan, kita dapat makan
dengan seenaknya di siang hari pada bila-bila masa yang kita kehendaki. Allah
mendatangkan satu bulan yang disebut sebagai bulan Ramadan yang mengandungi hikmah
yang cukup besar di mana pada bulan ini kita dilarang untuk makan pada siang harinya.
Pada bulan Ramadan ini kita diwajibkan berpuasa kerana puasa Ramadan termasuk salah
satu rukun Islam yang lima.
Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Islam di bangun di atas lima perkara: bersaksi bahawa tidak ada tuhan (yang
berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad utusan Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan menunaikan haji ke Baitullah.
[HR Tirmizi]
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai ibadah puasa dan kaitannya
dengan pembangunan rohani, marilah sama-sama kita menekuni apakah yang dimaksudkan
dengan puasa.

Definisi Puasa :
Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan,
minum dan bercakap. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang menceritakan perihal
Maryam AS :
_.| ,.. _..-ll !..
Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman.
[Surah Maryam : 26]
Sementara puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang
membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.


Sejarah Pensyariatan Puasa
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaban tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu,
ibadah puasa telah pun diamalkan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman
dengan Nabi SAW. Firman Allah SWT :
!,!., _ `.., . `,l. `!,.l !. . _ls _ _. l, >l-l 1`.. __
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
[al-Baqarah : 183]
Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu.
Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan
puasa itu sahaja. Kemudian, umat Nabi Muhammad SAW secara khususnya telah difardukan
puasa pada bulan Ramadan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan dipenuhi dengan berkah di
dalamnya sehinggakan apabila tibanya bulan yang mulia ini Nabi SAW bersabda :



Maksudnya : Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah, di
dalamnya Allah mewajibkan kamu berpuasa, di dalamnya pintu-pintu syurga dibuka lebar
dan pintu-pintu neraka ditutup rapat, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadan
ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barang siapa tidak mendapati
malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan."
[HR Ahmad : 6851]




Puasa mempunyai terlalu banyak kelebihan dan keistimewaannya yang dapat kita ketahui
menerusi hadis-hadis yang diceritakan oleh Nabi SAW dan disimpan oleh golongan
muhaddis di dalam kitab-kitab hadis mereka. Antara keistimewaan puasa yang dapat kita
temukan seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim di mana Nabi SAW bersabda :


Maksudnya : Setiap amal anak Adam dilipat gandakan pahalanya. Satu kebaikan diberi
pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Allah 'azza wajalla berfirman; 'Kecuali
puasa, karena puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan memberinya pahala. Sebab,
ia telah meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya karena-Ku.' Dan bagi orang
yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Kebahagiaan ketika ia berbuka, dan
kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang
yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya kasturi."
[HR Muslim : 1945]

Berdasarkan hadis ini antara kelebihan puasa ialah :
1. Pahala puasa digandakan dengan berganda-ganda.
2. Allah menganugerahkan rasa gembira bagi orang berpuasa pada dua keadaan
pertama ketika berbuka dan kedua ketika bertemu dengan Allah.
3. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi.

Di dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Jabir r.anhu
bahawasanya Nabi SAW bersabda :

[HR Ahmad : 14727]


Maksudnya : Puasa adalah perisai. Dengannya seorang hamba dapat melindungi dirinya
dari api Neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dengan Ibadah puasa juga Allah menjanjikan pengampunan dosa yang sangat-sangat kita
harapkan agar kita terselamat ketika bertemu dengan Allah nanti. Nabi SAW bersabda
menerusi sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah
r.anhu :

Maksudnya : Barang siapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan


mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sebenarnya masih banyak kelebihan puasa yang disebut oleh Nabi SAW menerusi hadis-
hadis baginda tetapi dalam waktu yang sangat terhad ini cukuplah kita mengetahui
sebahagian daripadanya sahaja.
Apabila Allah menjadikan puasa mempunyai kelebihan yang sangat besar, sudah pasti
meninggalkannya mempunyai akibat yang sangat besar dan orang yang mencuaikannya di
ancam dengan ancaman yang menakutkan.
Dari Abu Umamah al-Bahili r.anhu, dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda :

: "

"

: "

"

: "

"

: "

"

: "

"
Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba ada dua orang datang dan memegang pangkal lenganku
dan membawa aku ke sebuah gunung yang tinggi seraya berkata : Naiklah! Lalu aku
mengatakan : Aku tidak boleh (naik). Keduanya berkata lai : Kami akan meudahkan
kepadamu. Lalu aku pun naik, sampai ke puncak gunung, tiba-tiba aku mendengar jeritan
yang kuat. Aku bertanya, suara apakah itu? Mereka menjawab : Itu adalah suara jeritan
penghuni neraka. Kemudian mereka membawa aku mendaki lagi, tiba-tiba aku melihat
sekelompok manusia yang digantung melalui urat belakang mereka, dari mulutnya terkeluar
darah. Aku bertanya, siapa gerangan mereka itu? Keduanya menjawab : Mereka adalah
orang-orang yang berbuka puasa (pada bulan Ramadan) sebelum tiba waktu berbuka
[HR An-Nasaii-Sunan Kubra]
Hikmah-Hikmah Puasa
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang menungkan diketahui oleh
sesetengah orang, tetapi masih banyak yang tersembunyi daripada pengetahuan mereka.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah :
1. Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya
sentiasa dalam pengawasan Allah. Ketika datangnya lapar dan dahaga wujud rasa
ingin berbuka secara bersembunyi tetapi disebabkan rasa pengawasan Allah hatinya
sedar bahawa Allah nampak apa yang ia lakukan.
2. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan
menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Pensyariatan puasa
dapat mendidik jiwa mengurangkan sifat-sifat tersebut.
3. Dari sudut kesihatan pula, puasa memberikan kerehatan kepada perut yang telah
penat bekerja selama hampir 11 bulan tanpa henti. Dengan rehat selama 1 bulan
pada bulan puasa perut mendapat kekuatan untuk kembali bekerja 11 bulan
berikutnya selepas dari bulan puasa.
4. Puasa melahirkan perasaan simpati dan kasih-sayang sesama manusia kerana
apabila perut berlapar ketika berpuasa manusia akan merasai penderitaan orang-
orang miskin yang terpaksa berlapar kerana kekurangan makanan.









Khutbah Kedua

.
!!., _ `.., 1. < L..l _. !. .. .-l 1. < | < ,,> !.,
l.-. _
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sekali lagi saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita
bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya.
Firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab ayat 56 :
| < ...l. l.`, _ls _,.l !!., _ `.., l. ,ls .l. !.,l`. __
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.
Barangsiapa yang berselawat ke atas Nabi 1 kali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10
kali.


.



Anda mungkin juga menyukai