Anda di halaman 1dari 28

PELAKSANAAN KURIKULUM SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM: SARANAN PERTIMBANGAN ASAS

BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN 22/5/2003


17/03/1433

TUJUAN KERTAS
Menarik perhatian terhadap perubahan dan perkara yang diberi penekanan dalam kurikulum semakan Pendidikan Islam. Mengukuhkan kefahaman tentang kehendak dan tuntutan kurikulum semakan Pendidikan Islam yang baru dilakukan. Menimbulkan pemikiran refleksi memperbaiki amalan P&P ke arah mencapai matlamat semakan kurikulum Pendidikan Islam. Mengenal pasti tindakan-tindakan asas dan langkah-langkah tambahan yang boleh diambil bagi memperbaiki kualiti P&P.

LATAR BELAKANG Usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan pedagogi adalah amat penting Semua bidang kerjaya profesional telah menjadikan usaha menguasai ilmu Peningkatan ilmu dan kemahiran baru sebagai antara aktiviti utama Ini tahun ketiga kita mengadakan kursus untuk keseluruhan Guru Pendidikan Islam Tema utama kursus kita ialah mengajak ke arah pembaharuan dalam pedagogi.

LATAR BELAKANG
1-6 OKTOBER 1999

Rombongan Kerajaan Malaysia yang diwakili pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melawat Mesir bagi membincang kandungan Memorandum Perjanjian (MoA)
22 NOVEMBER 1999

Upacara menandatangani MoA pelaksanaan STAM akan diadakan di Malaysia

PERUBAHAN YANG DIPAMERKAN

Pemupukan asas al-Quran, penguasaan pelajaran Jawi, penanaman akidah, bimbingan asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah, pengajaran sirah dan asas tamadun serta bimbingan adab berteraskan akhlak Islamiah Kesepaduan dijelmakan melalui isi kandungan kurikulum PI dan perkaitannya dengan matamata pelajaran lain.

PERUBAHAN
Penggabungan antara Fardu Ain dan Fardu Kifayah dikembangkan melalui isi kandungan kurikulum PI dan melalui perkaitan dengan bidang ilmu yang lain Pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara

PERUBAHAN
Penstrukturan P&P merangkumi aspek pengertian sebenar, inkuiri terhadap sesuatu, mencari sumber bukti, berfikir memahami matan (teks), kemahiran amali dan penghayatan nilai Penyampaian guru lebih menyeronokkan, mudah difahami dan berkesan dgn penggunaan bahan multimedia Penilaian terhadap murid-murid dibuat secara menyeluruh berdasarkan rujukan kriteria.

PENEKANAN KHUSUS
Pelajaran akidah perlu disertakan dengan sebabmusabab. Diberi penjelasan mengenai nilai-nilai yang mulia dan menolak nilai-nilai yang tidak baik. Memberi makna kepada apa yang pelajar perlu buat, misalnya, kenapa solat, kenapa sujud dan sebagainya. Mengamal dan menghayati ajaran Islam sebenar, dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Jika ianya merujuk kepada kepentingan tertentu maka ajaran Islam sudah tidak lagi yang sebenarnya.

PENEKANAN KHUSUS
Pengajaran Pendidikan Islam tentang perkara Wajib, Sunat Haram, Makruh dan Harus mesti diberi penjelasan dengan baik agar tidak timbul kekeliruan dalam mentafsir sesuatu hukum Perlu menanam keharmonian antara kaum-kaum dan pelbagai agama, misalnya dengan memberi kefahaman bahawa sebelum Nabi Muhammad pun sudah ada nabi-nabi dan ajarannya

PENEKANAN KHUSUS
Mengenai pengukuhan al-Quran, perlu diberi kefahaman yang menyeluruh mengenai ayat-ayat al-Quran tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja Menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang menarik, contoh teladan yang baik (yakni usaha untuk faedah umum seperti bina hospital), dan membawa keharmonian serta kerjasama antara pelbagai pihak dan agama di Malaysia

PENEKANAN KHUSUS
Pengembangan isi pelajaran perlu dapat menerapkan hasrat, spesifikasi dan nilai kurikulum yang dijelaskan di atas. Guru pendidikan Islam perlu lebih profesional dan sedar tentang keperluan zaman dan masa depan

PERTIMBANGAN ASAS (PREMIS)


Konsep P&P Pendidikan Islam perlu berubah secara cepat bagi memenuhi keperluan murid semasa dan akan datang. Pembelajaran Pendidikan Islam mesti selalu mengembirakan. Pembelajaran Pendidikan Islam menggalakkan pembelajaran sains dan teknologi Pembelajaran Pendidikan Islam mencetuskan api motivasi untuk peningkatan pencapaian dalam semua mata pelajaran. Belajar agama menyelamatkan umat dari kesesatan akidah, kemerosotan adab, kejatuhan akhlak dan kemunduran tamadun.

PERTIMBANGAN ASAS

Pertimbangan asas itu dengan sendirinya menuntut satu perubahan pradigma yang nyata pada pemikiran, sikap dan amalan guru

USAHA TANDA ARAS


Dokumen kurikulum Pendidikan Islam dan BA mengandungi ilmu pengetahuan semasa serta relevan dengan keperluan negara. Amalan pedagogi Guru Pendidikan Islam adalah selaras atau lebih baik berbanding dengan dapatan kajian dan amalan semasa di peringkat antara bangsa. Semua Guru Pendidikan Islam menguasai sistem ejaan Jawi baru yang diselaraskan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maklumat-maklumat kurikulum sentiasa sampai kepada seluruh Guru Pendidikan Islam dalam masa yang cepat. Penawaran semua mata pelajaran elektif dan tambahan di sekolah dapat memenuhi permintaan. Pencapaian murid dalam semua aspek Pendidikan Islam yang merangkumi aspek ilmu, amali, adab dan akhlak dapat dinilai. Pelaksanaan kurikulum P&P Pendidikan Islam dan BA dipantau secara berkesan. Kurikulum Pendidikan Islam membentuk semua murid dengan akidah yang kuat, daya tahan dalaman, daya maju dan cintakan perpaduan.

USAHA TANDA ARAS


Dokumen kurikulum Pendidikan Islam dan BA mengandungi ilmu pengetahuan semasa serta relevan dengan keperluan negara. Amalan pedagogi Guru Pendidikan Islam adalah selaras atau lebih baik berbanding dengan dapatan kajian dan amalan semasa di peringkat antara bangsa. Semua Guru Pendidikan Islam menguasai sistem ejaan Jawi baru yang diselaraskan Dewan Bahasa dan Pustaka.

TINDAKAN DISARANKAN
Membuat perakuan kepada pihak sekolah dan mencari jalan memperolehi bahan-tersebut untuk kegunaan dalam P&P Pendidikan Islam di bilik darjah. Mengguna pakai buku panduan P&P yang dihasilkan dan melengkapkan lagi dengan peralatan yang sewajarnya. Mengenal pasti bahan-bahan pelbagai media (cetak dan ICT) yang boleh didapati daripada 3 party developer untuk digunakan dalam P&P di sekolah.

TINDAKAN DISARANKAN
Mematuhi saranan yang dinyatakan dalam buku HSP dan Panduan Penilaian yang telah dikeluarkan. Menghasilkan idea dan bahan P&P secara kolektif melalui panitia Pendidikan Islam atau jawatankuasa akademik di sekolah. Mengambil langkah-langkah konkrit mengatasi kekurangan-kekurangan dalam tahun pertama pelaksanaan kurikulum semakan Pendidikan Islam. Mengambil tindakan segera menyediakan laporan yang dikehendaki dalam konteks pelaksanaan kurikulum semakan Pendidikan Islam

CABARAN PELAKSANAAN
Penggunaan HSP baru oleh semua Guru Pendidikan Islam Pengajaran bercorak baru Kefahaman tentang kertas dasar Laporan dan dapatan pelaksanaan kursus di peringkat JPN Laporan dan dapatan pelaksanaan Quran dan Jawi dalam tempoh 6 bulan Penilaian corak baru

CABARAN
Premis baru Pendidikan Islam Tuntutan (demand) untuk dinamisme baru Guru Pendidikan Islam Tuntutan kepada penglibatan pihak pengurusan sekolah.

Soalan-Soalan Interaksi:
Apakah 5 usaha cemerlang yang telah dilakukan dalam konteks perubahan kurikulum semakan Pendidikan Islam yang disarankan dalam kursus pada tahun lepas? Untuk setiap jawapan, jelaskan usaha yang telah dilakukan itu dan kesannya kepada pencapaian murid?

26-30 April 1999


Mesyuarat Pemurnian Format Soalan Peperiksaan STAM di Hotel Ansar, Kota Bharu

18-20 Mei 1999


Mesyuarat/Bengkel Penyediaan dan Penyemakan Format dan Struktur Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran STAM di JAKIM

24 Mei 1999
Mesyuarat/Perbincangan Peluang Kemasukan Calon STAM ke IPTA di Akademi Islam, Universiti Malaya

27 Mei 1999
Mesyuarat/Perbincangan Peluang Kemasukan Calon STAM ke IPTA di Universiti Islam Antarabangsa (9.00 pagi) Mesyuarat/Perbincangan Peluang Kemasukan Calon STAM ke IPTA di Universiti Kebangsaan Malaysia (2.30 petang)

9 Jun 1999
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kurikulum STAM di JAKIM

20 Jun 1999
Mesyuarat/Perbincangan Peluang Kemasukan Calon STAM ke IPTA di Universiti Utara Malaysia

21 Jun 1999
Mesyuarat/Perbincangan Peluang Kemasukan Calon STAM ke IPTA di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

28 Jun 1999
Perbincangan mengenai STAM antara JAPIM, Lembaga Peperiksaan dan JAKIM dengan Y.B.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr.Abdul Hamid bin Othman

18 Ogos 1999
Y.B. Menteri Pendidikan mem- buat kenyataan akhbar bahawa STAM akan dilaksanakan mulai tahun 2000

23-28Ogos 1999
Bengkel Pemurnian Pertama Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) STAM di Hotel Sri Malaysia, Kuala Terengganu

1-6 Oktober 1999


Lawatan rombongan Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan JAKIM ke Mesir membincangkan kandungan MoA STAM

11 Oktober 1999
Mesyuarat STAM dengan wakil-wakil Timb. Naib Canselor IPTA

25 Oktober 1999 (Isnin)


Taklimat Pendedahan STAM bagi Zon Utara di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

28 Oktober 1999 (Khamis)


Taklimat Pendedahan STAM bagi Zon Timur di Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu

30 Oktober 1999 (Sabtu)


Taklimat Pendedahan STAM bagi Zon Selatan di Jabatan Agama Islam Negeri Melaka

15 November 1999 (Isnin)


Taklimat Pendedahan STAM bagi Zon Sabah di MUIS, Kota Kinabalu

18 November 1999 (Khamis)


Taklimat Pendedahan STAM bagi Zon Tengah di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai