Anda di halaman 1dari 29

TEORI DAN MODEL

PENGAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM

Dr. Ghazali bin Darusalam


Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
drgha@um.edu.my

1
ABSTRAK

Para sekolar Timur yang terdiri daripada ulama’-ulama’


muktabar telah mengemukakan pelbagai teori Pendidikan
Islam. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh mereka untuk
memperkayakan amalan dan pelaksaanan Pendidikan Islam di
sokolah yang menyentuh; tujuan dan matlamat Pendidikan
Islam, isi kandungan Pendidikan Islam, interaksi guru –
pelajar, pedagogi pengajaran, proses pembelajaran, martabat
ilmu, sumber pengetahuan, fungsi pendidik, dendaan dan
ganjaran, percampuran pelajar, kesesuaian masa belajar,
disiplin, kurikulum dan lain-lain. Disamping itu mereka juga
telah mengemukakan pelbagai model pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam seperti Ibnu Khaldun
mencetuskan dua model Pendidikan Islam; pertama, model
‘Malakat Pemerolehan Ilmu Pengetahuan’ dan model kedua
adalah model ‘Kitaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran’.
al-Qabisi juga mencipta dua model; pertama, model
‘Pemusatan dan Perhubungan Ilmu’ dan model kedua, adalah
model ‘Pemusatan dan Perhubungan Dalam Pembinaan
Kurikulum’. Ibnu Sahnun pula memperkenalkan Model
‘Pemeringkatan Mata Pelajaran’. Tidak ketinggalan juga Ibnu
Sina yang memaparkan Model ‘Urutan Berarah Peringkat
Pembelajaran’, al-Ghazali dengan Model ‘Urutan Prograsif
Ilmu’ dan Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi melalui modelnya
‘Markhalah Punun al-Maddah’.

2
Pendahuluan

Kelangsungan pendidikan Islam telah bermula sejak 8000 tahun sebelum masihi iaitu
sezaman dengan wujudnya nabi Allah Adam a.s. semasa Allah S.W.T mengajarkan
nabi Adam dengan pelbagai nama benda di alam ini. Tetapi jika dirujuk dalam
konteks negara Malaysia, pendidikan atau pengajaran Islam baru bermula sejak abad
ke-15 sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka. Manakala pendidikan Islam dari
aspek sistem pendidikan kebangsaan telah dilaksanakan sejak hampir suku abad yang
lalu.

Dengan itu pertumbuhan dan perkembangan sistem pendidikan Islam yang


agak tersusun di Malaysia masih lagi sesuatu yang baru, sekitar usia 40 tahun yang
bertitik tolak daripada Laporan Rahman Talib 1960 baru lahirnya pemikiran-
pemikiran terhadap hala tuju pendidikan Islam. Maka dengan sebab itulah bahan-
bahan rujukan tentangnya amat terbatas dan kurang khususnya dari aspek asas-asas
metodologi dan pedagogi pendidikan Islam dalam hubungannya di Malaysia.
Terdapat sebilangan kecil buku-buku atau bahan-bahan bacaan pendidikan Islam di
pasaran tempatan yang diimport dari pelbagai negara Islam dalam teks asal berbahasa
Arab yang kurang diketengahkan oleh para sekolar tempatan kerana kemampuannya
menguasai bahasa Arab yang menjadi faktor kurangnya rujukan khazanah pendidikan
Islam. Ketiadaan buku yang spesifik terus menjurus kepada amalan pedagogi
pendidikan Islam sedangkan guru-guru agama di sekolah rendah dan menengah serta
para pelajar di fakulti pendidikan sama ada di Institusi Perguruan dan universiti
begitu memerlukannya.

Asas-asas ilmu pendidikan Islam yang dijadikan sumber bahan bacaan sama
ada sebagai rujukan, hujah, perbincangan dan isme oleh guru dan mereka yang
terlibat dengan pemikiran pendidikan Islam kebanyakannya merujuk kepada sistem
dan amalan pendidikan Barat. Mereka jarang mengenegahkan teori dan model
pendidikan Islam yang berasaskan daripada tassawwur Islam baik dari segi pedagogi
mahupun daripada aspek falsafah dan metodologinya. Seperti yang dinyatakan tadi,
ini disebabkan kebanyakan bahan tersimpan dalam khazanah perpustakaan dalam
bahasa Arab yang belum diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan. Bukan masalah

3
kualiti atau utilitinya tetapi disebabkan oleh lemah daya faham terhadap penguasaan
bahasa Arab. Jika tidak ada usaha untuk menterjemah dan mengarangnya semula
nescaya khazanah berharga ini akan terus bersemadi di perpustakaan tanpa disentuh
oleh jari para sarjana pendidikan Islam tempatan.

Pelbagai jenis ilmu ‘turath al-Islami’ seperti; Fikah, Tauhid, Tafsir, Hadith,
ilmu-ilmu ‘Ulum, Sirah Nabawi, Akhlak, Dakwah, Mantik, Falsafah, Balaghah dan
Bahasa Arab telah banyak ditulis dan dikembangkan oleh para ulama dan sarjana
Islam tempatan. Tetapi malangnya ilmu pendidikan Islam amat kurang ditulis
sedangkan kepentingannya baik sebagai bahan bacaan atau kepenggunaannya di bilik-
bilik darjah dan kelas tidak boleh dinafikan sama pentingnya dengan bidang-bidang
agama yang lain.

Barangkali sarjana Islam kita telah terlupa bahawa ayat al-Quran yang
pertama sekali dibawa oleh malaikat Jibrail a.s kepada junjungan besar nabi
Muhammad Rasulullah s.a.w ialah ayat 1 hingga 5 Surah al-‘Alaq yang bermula
dengan kalimah ‘Iqra’. Bukankah ia menyentuh secara langsungnya tentang aspek
‘baca’ yang sinonim dengan Ilmu Pendidikan?

Ta’rif Pendidikan Islam


Mengikut ‘Abdul Qādir Syiekh Idris (1978) Pendidikan Islam bermaksud; satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang menghimpunkan beberapa suruhan, tegahan,
hukum-hukum, adab-adab, kelebihan dan kewajipan belajar yang dibantu dengan
bahan pengajaran berasaskan kepada al-Qur’an dan al-Hadith.

Manakala Muhammad Munir Musa (1971) menjelaskan maksud pendidikan


(al-Tarbiyah) sinonim dengan ‘al-Ta‘lim, al-Adab’ dan ‘al-Tahzib’, kalimah ‘al-
Tarbiyah’ berasal daripada perkataan ‘Rabbi’ bererti; yang memelihara, yang
melahirkan, membina kekuatan aqliyah dan khuluqiyah yang berteraskan kalimah
‘Rab’ dengan ciri-ciri berasaskan maksud ‘ketuhanan’. Dengan itu sumber, proses
dan tujuan pendidikan Islam mestilah dari kalimah tauhid ini. Beliau juga
menjelaskan pendidikan Islam adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang

4
disandarkan kepada ‘manhaj’ dan ‘asalib’ ajaran Islam bagi mencapai tujuan mencari
ilmu, kemahiran dan pengalaman (Muhammad Munir Musa (1980).

Pendidikan Islam menurut ‘Abdul Gani al-Nāwawi (1986), adalah manhaj


Allah s.w.t ke atas makhluknya bagi tujuan ubudiyah. Pendidikan Islan ialah
pendidikan yang selaras dengan iradah-iradah makhluk bagi menepati kehendak-
kehendak Khaliq.

Pendidikan Islam seerti dengan al-Ta'lim (ajaran) dan al-Tarbiyah (didikan).


Tarbiyah dikhususkan kepada pendidikan kanak-kanak (pedagogi) kerana perkataan
nya berasal daripada kalimah 'rab' yang bererti persediaan dan amalan yang
mengembangkan potensi-potensi keagamaan (ketuhana) insan, ta‘alim diambil
daripada kalimah 'ilm' yang bererti proses memberi pengetahuan kepada manusia
yang merujuk kepada pendidikan dewasa (andragogi) (‘Abdul Fatah Jālal, 1977).

Adnan Yusopp (2000) dalam tulisannya menyatakan pendidikan Islam adalah


satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan
memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah sepanjang hayat
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

Tujuan Pendidikan Islam


Pendidikan Islam dalam konteks keperguruan adalah bermatlamatkan melahirkan
insan yang berilmu berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan
di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Bahagian Pendidikan Guru, 1997).

Tujuan Pendidikan Islam seperti yang dinukilkan oleh ‘Abdul Kadir Syeikh
Idris (1978) secara keseluruhannya ialah menghidupkan roh, akal fikiran dan
mengembangkan fizikal. Sedangkan ‘Ajil Jasim al-Nasyāmi (1992) berpendapat
tujuannya adalah untuk melahirkan ‘al-Mawatin al-Sholeh’ atau anak bangsa yang

5
sholeh. Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh ‘Abdul Rahman al-Rifa‘ie Baqrah
(1993), yang menyatakan tujuan pendidikan Islam adalah untuk melaksanakan apa
yang dituntut oleh al-Qur’an dan Hadis serta memenuhi kehendak-kehendak manusia
kepada hidup beragama. ‘Abdul Fatah Jalāl (1977) pula berpendapat tujuannya juga
adalah untuk mengajak manusia keseluruhannya kepada 'Dienullah' dengan tujuan
dakwah, inzar, menjauhkan syirik dan kekufuran, menyuruh mengagongkan Allah
dan mengikut pimpinan dan teladan Rasulullah s.a.w. Lebih terperinci lagi Mokhtar
Shafie (1995) menghuraikan tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan
seorang muslim yang menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan ikutan iaitu
muslim yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti
yang dituntut oleh Islam di atas skop-skop pendidikan Islam yang mencakupi
pendidikan jasmani, aqli, akhlaq, psikologi dan rohani.

Teori Dan Model Pendidikan Islam


Teori dan model pengajaran pendidikan Islam pada umumnya menggunakan
pendekatan pendekatan ‘developmental’ berdasarkan kepada kesinambungan
penguasaan kecekapan, kemahiran dan amalan yang simbang antara aspek teori dan
praktikal (Bahagian Pendidikan Guru, 1997). Menurut Teuku Iskandar (1986 ), teori
didefinisikan sebagai:
“pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara,
asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan)
sesuatu pengetahuan atau pendapat mengenai cara-cara membuat
sesuat’.

Begitu juga Terry Boswell and Cliff Brown (1999) menjelaskan teori sebagai;
an argument on the cases used to construct it dan introduce contextual and case -
specific explanations. Mengikut pendapat sekolar timur seperti ‘Abdullah Amin al-
Nukmy (1995) teori atau nazari adalah sama erti yang membawa maksud; sesuatu
yang sifatnya praktikal, sedangkan Ibnu Khaldun (1945) dalam kitab al-Muqaddimah
menjelaskan nazari (teori) bermaksud; satu pandangan serta melatakkannya dalam
pembahagian akal manusia selain ‘tamyiz’ (perbezaan) dan ‘tajribi’ (percubaan).

Daripada beberapa definisi teori di atas, dapatlah disimpulkan teori membawa


maksud; satu pandangan atau pendapat yang praktikal serta mempunyai sesuatu dasar
dan asas yang boleh dibuktikan secara tajribi.

6
Model Pendidikan Islam hendaklah diasaskan kepada ‘tauhidik paradigma’
yang merupakan penyempurnaan kontrak antara manusia dan Allah s.w.t iaitu asasnya
ialah nilai etika tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh Yem Ismail (1989). Teuku
Iskandar (1986) mendefinisikan model sebagai,‘ragam, cara, barang tiruan yang sama
seperti yang asal tetapi lebih kecil. Sebaliknya Tunku Sarah (1997) menjelaskan
model boleh dijelamakan dalam bentuk rajah urutan, contoh yang berajah, rangka,
struktur dan bentuk luaran yang dapat dilihat secara gambaran kesimpulan atau
pictured description.

Pembentukan model-model pendidikan Islam dimulai dengan pembinaan


sesuatu konsep (conceptual objectives), contohnya konsep iman dan amal saleh
adalah satu model dalam paksi sistem pendidikan Islam. Daripada tujuan konseptual
ini kemudiannya dibina model-model tertentu, dimana setiap model pendidikan
mestilah meliputi segala fungsi dan sistem sesuatu institusi dan aliran pendidikannya
seperti pengajaran (teaching), penyelidikan (research) dan perkhidmatan
kemasyarakatan (public service). Model-model ini boleh dipecahkan kepada sub-
sistem model seperti model instruksionil (struktur) dan model managenil
(pengurusan). Model-Model Pendidikan Islam dibina untuk menterjemahkan ketiga-
tiga fungsi sistem dalam bentuk behavioral objective. Ada tiga fasa pembinaan
model-model pendidikan Islam;
i. model yang dibina berasaskan kepada corak institusi pendidikan
ii. model yang dibina berasaskan sistem pendidikan
iii. model yang dibina daripada fasa institusi sosial.

Pembinaan model-model ini tidak terhad kepada tiga fasa ini sahaja bahkan ia
boleh diperluaskan lagi kepada model serantau, model sedunia dan lain-lain lagi.
Model juga sebagai alat (tool) untuk menilai secara kuantitatif bagaimana sesuatu
sistem itu berlaku (Hassan Langgulung, (1979).

Teori-teori dan model-model pendidikan Islam telah banyak dikemukakan


oleh para sarjana Pendidikan Islam melalui idea-idea mereka yang mendahului masa
dan digunapakai oleh para sarjana pendidikan moden hingga ke hari ini.

7
Keistimewaan teori dan model pengajaran mereka terletak pada keaslian idea, nilai
ilmiahnya yang tinggi berdasarkan sumber utama ajaran Islam iaitu, al-Qur’an dan
Hadith.

Pendidikan Islam yang syumul dapat diterjemahkan kepada model yang


mencakupi fasa tadi. Berdasarkan teori pendidikan dari beberapa tokoh sarjana
terkenal yang berkecimpung dalam lapangan pendidikan Islam pengkaji cuba
membina model pendidikan Islam mereka dalam bentuk re-constructure yang baru.

Tokoh dan para sarjana pendidikan Islam yang akan dikemukakan nanti
merupakan pencetus utama dalam idea dan pemikiran terhadap pendidikan Islam yang
semuanya menambahkan wacana dan warisan pendidikan Islam. Teori, model dan
kaedah pendidikan Islam daripada sarjana pendidikan Islam telah menjadi asas
terhadap teori, model dan kaedah pendidikan Islam sekarang.

1. Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Khaldun.

Abdul Karim Dan Hassan al-Zabnu (1968) meriwayatkan, nama sebenar Ibnu
Khaldun ialah Abdul Rahman bin Khaldun (732 H-808H / 1332M-1408M) lahir di
Tunis. Keluarganya dari kalangan tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal. Ibnu Khaldun
dibesarkan dalam lingkungan suasana keilmuan yang tinggi ditengah kekuasaan
kerajaan Bani Abbasiah. Ibnu Khaldun belajar dengan ramai ulama Islam yang
terkenal dengan ketinggian ilmunya dan sepanjang masa hidup Ibnu khaldun
dihabiskan dengan mengembara mencari ilmu dan sekaligus mengajar, dengan itu
lapangan pendidikan Islam beliau amat luas mencakupi pelbagai jenis dan skop ilmu
seperti, Falsafah, al-Qur’an, Bahasa, Hadith, Feqah, Mantik, Kebudayaan, Sosiologi,
Pendidikan dan Sejarah.

Yang menariknya Ibnu Khladun belajar berbagai jenis ilmu ini daripada
sumber perintis ilmu yang pertama. Ibnu Khaldun menganut mazhab Imam Malik,
hidup dalam dua zaman di Andalusia, Granada di Barat dan Tunis (Afrika) serta
Mesir di Timur. Dari segi kerjayanya beliau pernah menjadi utusan raja Qasytalah

8
dan pernah menjadi hakim di mahkamah Mesir disamping mengajar di beberapa buah
institusi pengajian tinggi di Marocco, Tunisia, Granada dan Mesir (Abdullah Amin al-
Nukmy, 1995).

Tujuan mendedahkan teori pendidikan menurut beliau adalah untuk menggambarkan


bahawa strategi, kaedah dan teknik pengajaran pendidikan Islam telah wujud secara
waqi’e (reality) sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh ulama’ Islam di masa
silam. Banyak teori pendidikan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun sepanjang
pembabitannya dalam dunia pendidikan Islam yang boleh dipecahkan kepada tajuk-
tajuk kecil seperti berikut :
1) Definisi pendidikan.
Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan ialah proses pengajaran dalam tingkahlaku
individu yang timbul secara terpaksa kerana individu perlukan ilmu pengetahuan,
proses pendidikan berlaku secara asimilasi antara warisan masyarakat yang
saling ambil mengambil, pengaruh mempengaruhi. Pengetahuan juga bermaksud;
sejumlah pengalaman yang diperolehi oleh individu dengan perantaran pintu
pengetahuan. Pengetahuan bersifat konkrit, naqli, rohani dan akli.
2) Interaksi guru dengan murid.
Murid mesti mengadakan hubungan secara langsung dengan guru supaya
memperolehi ilmu daripada mereka. Bentuk interaksi mesti pelbagai hala agar
pelajar dapat meneliti, mengkaji dan bersungguh-sungguh dalam memperdalami
sesuatu.
3) Penggunaan kaedah
Kaedah mengajar bukanlah satu sahaja tetapi ia pelbagai kaedah yang mengikut
tahap pelajar, suasana dan perbezaan mengikut negera Islam. Tiada satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik melainkan ia sesuai mengikut suasana
pengajaran guru.
4) Kedudukan ilmua
Menuntut ilmu adalah wajib pada sepanjang masa, ilmu hendaklah dituntut
daripada guru-guru yang mempunyai kemampuan ilmiahnya. Individu hendaklah
sentiasa menyintai ilmu dan sesudah itu mengajarkannya kepada orang lain.

9
5) Proses pengajaran
Ketika guru mengajar, guru perlu sentiasa memerhatikan murid-muridnya,
guru juga dikehendaki memahami masalah, kesukaran yang dihadapi oleh
muridnya serta berusaha menyelesaikannya.
6) Cara individu menerima ilmu pengetahuan.
Manusia berbeza dalam usaha memperolehi pengetahuan bergantung kepada
perbezaan keperibadian seseorang. Sebahagiannya ada kemampuan yang lebih
tinggi daripada orang lain maka ia dapat memperoleh pengetahuan dalam masa
yang singkat. Sebahagian lagi, susah memperoleh pengetahuan maka
penerimaan ilmu kepadanya menjadi sukar dan lambat.
7) Sumber-sumber pengetahuan.
Terdapat empat sumber pengetahuan:
i) pengamatan akal (undang-undang logik)
dengan membuat hipotesis-hipotesis untuk membuat kesimpulan.
ii) percubaan dan penyaksian
manusia menggunakan pancainderanya untuk memperolehi pengetahuan.
iii) pengetahuan rohani
penyaksian secara rohani melalui bimbingan dan panduan daripada Allah
s.w.t.
iv) wahyu
ia dikhususkan hanya kepada para rasul dan nabi.
8) Persiapan untuk belajar.
Terdapat dua bentuk persiapan individu untuk belajar;
i) kesediaan - bagi peringkat kanak-kanak, dan
ii) kematangan - bagi peringkat remaja (umum).
9) Pemaduan teori dan praktik.
Semua ilmu hendaklah diajar terlebih dahulu dalam bentuk teori dan
kemudiannya dipadukan dalam bentuk praktik agar ia lebih mantap dan
berkesan.
10) Tujuan pendidikan.
Terdapat tujuh tujuan pendidikan;

10
i) sebagai mempersiapkanan agama untuk individu
ii) mempersiapkan akhlak
iii) mempersiapkan sosial
iv) mempersiapkan lapangan kerja
v) mempersiapkan pemikiran dan idea
vi) mempersiapkan ilmu-ilmu praktikal
vii) persediaan untuk lapangan kerjaya,
11) Fungsi pendidikan.
Ada empat fungsi pendidikan ;
i) agama
ii) kecerdasan dan ideologi
iii) sosial dan pekerjaan
iv) pendidikan sebagai pelengkap hidup.
12) Kurikulum.
Kurikulum bermaksud; satu set pengajaran dan pembelajaran yang
mengandungi
method, teknik, tujuan dan alat pengajaran sekolah. Kurikulum terbatas pada
maklumat-maklumat dan pengetahuan sahaja yang diberikan kepada murid
dalam kelas termasuklah aktiviti-akitivitinya. Kurikulum juga bermaksud;
sejumlah pengalaman pengajaran yang diperoleh murid di bawah bimbingan
dan asuhan sekolah dengan tujuan melaksanakan tujuan pendidikan secara
tertib.
Pengalaman ini adakala diperoleh oleh murid dalam sekolah dan di luar
sekolah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kurikulum seperti :
i) kejiwaan dan tabiat manusia
ii) sosial
iii) pendidikan
iv) kebudayaan dan
v) elemen lain yang saling berenteraksi seperti falsafah masyarakat dan
keluarga.
Dasar-dasar pembinaan kurikulum meliputi;
i) pengalaman pendidikan

11
ii) persekitaran pelajar
iii) dasar dan nilaii yang ada dalam falsafah masyarakat (adat dan sosial),
iv) unsur-unsur yang sihat dan sesuai dengan kehendak individu, masyarakat
dan negara.

v) sesuatu yang memberi pengalaman kepada pelajar


vi) psikologi pelajar
vii) agama dan
viii) akhlak.
13) Masa belajar.
Tempoh masa belajar dibahagikan kepada dua jangkamasa;
i) peringkat kanak- kanak selama 16 tahun dan
ii) peringkat umum selama 15 tahun.
14) Sifat-sifat guru.
Guru mestilah memiliki sifat berikut;
i) menjaga kedudukan, kehormatan dan kemuliaan diri dihadapan murid
ii) mencipta situasi pembelajaran
iii) pengasih dan penyayang serta sentiasa bermanis muka di hadapan murid
iv) menahan marah.
15) Ganjaran dan hukuman.
Tujuan dendaan dan hukuman adalah untuk memeliharajiwa agama agar patuh
dengan peraturan dan undang-undang serta disiplin dan bukannya bermaksud
untuk memperendahkan,menghina, menzalimi,menjatuhkan kehormatan dan
kemuliaan manusia atau bagi menunjukkan kekerasan dan kekuasan yang
berlebih-lebihan tetapi untuk mendidik jiwa dengan sifat-sifat keagamaan dan
bagi menjaga tingkah laku akhlak. Proses memberi hukuman didahului dengan
beberapa prosidur, didahului dengan memberi nasihat, bimbingan, amaran,
memberi kerjasama dan bersifat lemah lembut, jika gagal barulah digunakan
hukuman itu pun dalam keadaan yang amat terpaksa setelah pujukan dan
amaran di atas gagal. Hukuman berbentuk pukulan dibolehkan dalam keadaan
amat terpaksa dimana tiada lagi jalan lain, pukulan tidaklah sehingga menyakiti
tubuh hingga berbahaya dan tidak boleh lebih daripada tiga kali sebatan.

12
Terdapat dua model pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam mengikut
Ibnu Khaldun yang boleh diringkaskan seperti berikut :

Model 1 : Model Malakat Pendidikan Islam Ibnu Khaldun

AP CPP IN
(5AP) (6CPP)

M6 6

M5 5

T M4 4

IA

AQ M3 3

M2 2

M1 1
IN

Petunjuk:

AP = Alat Pengetahuan (paling asas), meliputi 5 pancaindera manusia:, deria rasa


(lidah), sentuhan (tangan), pendengaran (telinga), penglihatan(mata) dan
penciuman (hidung).
AQ = Aqal
T = Tajribi
N = Nazari
CPP = Cara peroleh pengetahuan, meliputi 6 peringkat, 1. peringkat pancaindera,
2. peringkat membuat tanggapan, 3. peringkat pengetahuan rohani, 4.
peringkat pentaakulan, 5. peringkat pengetahuan baru, 6. peringkat wahyu
M = Malakat 1 : tabiat, malakat 2 : kecerdikan, malakat 3 : kemahiran, malakat
:4 tanggapan, malakat 5 : pengetahuan dan ilmu. malakat : 6. Mukjizat
Allah
s.w.t

13
IN = Ilmu naqli (Wahyu)
IA = Imu aqli
IN = Ilmu nazari

Model malakat pendidikan Ibnu Khaldun menjelaskan, alat pengetahuan yang


paling asas ialah pancaindera yang lima terdiri daripada:
i) Rasa (mulut/lidah)
ii) Sentuhan (tangan/kulit).
iii) Pendengaran (telinga)
iv) penglihatan (mata)
v) penciuman (hidung)

Lima alat pengetahuan ini disokong dengan penggunaan akal yang terdiri
daripada akal tajribi yang diperolehi melalui percubaan dan tanggapan.
Ertinya menanggapi sesuatu dengan mengait-ngaitkan diantara beberapa
perkara. Ia melahirkan tasdiq (kebenaran) bukan lagi menggambarkan.
Melalui akal tajribi seseorang itu mampu memberi pendapat dan berfikir
untuk meemperolehi pengalaman. Ini diikuti oleh akal nazari (mentaakul
dalam bentuk teori). Untuk memperolehi ilmu mengenai sesuatu dibuat
melalui pentaakulan, jenis ini mengumpulkan antara tassawwur (gambaran)
dan tasdiq (kebenaran). Kedua-dua jenis akal ini melahirkan beberapa
malakat. Malakat bererti kemahiran, tanggapan, pengetahuan dan ilmu, ia
juga sesuatu sifat yang sedia ada secara fitrah, tertanam dalam jiwa, ia sifat
yang kukuh yang dicapai dengan menggunakan perbuatan yang berulang-
ulang sehingga terbentuknya sifat, sifat yang berulang-ulang akan menjadi
kebiasaan, kebiasaan yang diulang-ulang akan membentuk tabiat, tabiat inilah
yang akan kekal dan sebati dalam jiwa manusia. kecerdikan bermula daripada
sini. Asas-asas malakat ini kemudiannya melahirkan pengetahuan meliputi
beberapa peringkat berikut:
Malakat 1 (tabiat) akan memberi pengetahuan melalui pancaindera, ilmu-ilmu
asas yang natural.
Malakat 2 (kecerdikan) menghasilkan tanggapan pengetahuan, menanggapi
benda-benda yang nyata dengan fikiran yang ada disebalik indera, dengan
tanggapan otak ia dapat merakamkan benda-benda yang diinderai,
difahamkannya kemudian ditapis untuk menjadi bentuk-bentuk yang lain .

14
Malakat 3 (kemahiran) memberi pengetahuan rohani iaitu ilmu yang
dianugerah oleh Allah swt seperti ilham.
Malakat 4 (pentaakulan ) melahirkan taakul minda dimana manusia akan terus
menerus sepanjang hidupnya mencuba untuk mencari pengetahuan.
Malakat 5 (pengetahuan dan ilmu) memberi pengetahuan baru.
Malakat 6 (mukjizat) memberi pengetahuan dalam bentuk wahyu. Ilmu yang
diperolehi melalui pancaindera dan disusun oleh akal tajribi dan nazari
kemudiannya diperingkatkan melalui malakat-malakat sehingga menghasilkan
enam perolehan pengetahuan berakhir dengan ilmu aqli iaitu ilmu-ilmu yang
bukan menjadi tujuan kepada ilmu itu sendiri dan ilmu nazari atau ilmu-ilmu
dalam bentuk teori yang mana kedua-dua jenis ilmu ini disorot oleh ilmu
naqli, ilmu naqli adalah imu-ilmu yang menjadi tujuan kepada ilmu-ilmu itu
sendiri (Ibnu Khaldun, 1945).

Model 2 - Kitaran Proses Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

D S

P3

D S A T

P2

D S A T

P1

A T

Petunjuk:
A = Beransur-ansur D = Memperdalamkan P = Pengajaran
T = Berturut-turut S = Syumul

Ibnu Khaldun menjelaskan, ilmu patut diajarkan melalui proses bermula


daripada (A) beransur-ansur kemudiannya (T) berturut-turut, diikuti dengan (D)
memperdalamkannya sehinggalah (S) menyeluruh mencakupi semua aspek tajuk

15
pelajaran. Untuk beraleh kepada tajuk pelajaran yang lain (baru) proses kitaran ini
hendaklah diulang-ulang ‘daur wa tadaddaur’ dari peringkat rendah P1, peringkat
pertengahan P2 hinggalah peringkat tinggi P3.

2 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut al-Qabisi.


Abdullah Amin al-Nukmy (1995) menukilkan nama penuh al-Qabisi ialah Abul
Hassan bin Muhammad bin Khalaf al-Ma’afari al-Qairawani, Abul Hassan terkenal
dengan panggilan al-Qabisi, iaitu sempena nama sebuah bandar di Tunis tempat
beliau dibesarkan. Lahir pada tahun 324H- 420H /913M-1009M) iaitu pada abad ke-4
hijriah.

Mengikut Abdul Rahman Muhammad al-Dibagh (1968), al-Qabisi banyak


menimba ilmu dari ulama-ulama yang terkenal di Iskandariah, Tunis, Qairawan dan
mengembara mencari ilmu di sekitar Mesir dan Afrika. Al-Qabisi adalah seorang
yang amat menyintai ilmu daripada ulama-ulama terkenal di Kaherah dan Hijaz dan
tokoh-tokoh fikir semasa. Biarpun beliau buta, namun beliau mempunyai ilmu agama
yang luas mencakupi ilmu pendidikan, mendalami ilmu al-Qur’an, Hadis dan sanad-
sanadnya, Feqah dan Usul serta Bahasa. Beliau bermazhab Maliki. Al-Qabisi sangat
terkenal dan termasyur di tengah-tengah kalangan ilmuawan Islam, sangat tawadu’,
warak dan zuhud. Fatwanya dipegang oleh penduduk-penduduk Mesir dan Tunis.

Penyelidik tidak menjumpai naskah tulisan asal al-Qabisi yang berjodol : ‘ al-
Risalah al-Mufassalah Li al-Ahwal al-Mu’allimin Wa Muta’allimin’ (satu-satunya
kitab beliau yang dikenali) , tetapi mengambilnya dari beberapa buah kitab yang telah
ditahkikkan oleh Dr. Fuad al-Wahnie (1967), dalam kitabnya ‘al-Tarbiyah Wa al-
Islami’', dimana Dr. Fuad mengambilnya daripada Dr. al-‘Abi al-Tauzi dan
Kemudiannya Dr. Abdullah Amin al-Nukmy (1995) mengambil idea-idea pendidikan
Islam al-Qabisi daripada Dr. Fuad al-Ahwanie. Naskah asal al-Qabisi berada di
perpustakaan Dar Kutub, Mesir, no.1529. Penyelidik memilih buah fikiran al-Qabisi
mengenai teori-teori dan model Pendidikan Islam kerana ia amat jarang
diketengahkan oleh penulis dan penyelidik lain setakat ini.

16
Teori-teori Pendidikan Islam menurut al-Qabisi boleh dipecahkan kepada
tajuk-tajuk kecil seperti berikut :
1) Tujuan pendidikan.
Al-Qabisi menyatakan hanya ada dua sahaja tujuan pendidikan iaitu untuk agama
dan Akhlak. Tujuan agama adalah kerana ia menyediakan ilmu-ilmu asas untuk
kegunaan manusia sebagai hamba Allah dan tujuan pendidikan kedua ialah
pendidikan mestilah boleh mengubah tingkahlaku akhlak seseorang.
2) Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan.
Iaitu faktor keluarga dan madrasah. Pendidikan keluarga adalah pendidikan
informal yang pertama yang perlu disambung oleh pendidikan formal sebagai
pelengkap.
3) Pendidikan pelajar-pelajar perempuan.
Pelajar perempuan dilarang diajar kesusasteraan kerana ia boleh
membahayakan kepada perkara-perkara lain. Hanya beberapa jenis ilmu sahaja
yang dibolehkan diajar kepada kanak-kanak perempuan atas alasan sebahagian
ilmu boleh membawa fitnah dan sebahagian ilmu lainnya dapat memelihara
keselamatan dirinya.
4) Percampuran pelajar perempuan dan lelaki dalam satu kelas.
al-Qabisi menolak kelas yang dicampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan
atas alasan boleh merosakkan akhlak.
5) Status guru.
Guru mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar
dimana kelulusan guru hendaklah mengatasi ilmu pelajar. Qabisi mengkritik
guru-guru yang sering meminta-minta hadiah daripada pelajar dan keluaragnya
dan dianggap sebagai seorang guru yang bodoh dan patut dikecam.
6) Pembinaan kurikulum.
Kurikulum mesti dibina berasaskan kepada al-Qur’an dan Hadis serta menjaga
kepentingan agama dan akhlak.
7) Pembahagian ilmu.
Ilmu ada dua bahagian;
i) ilmu asasi :
al-Qur'an - untuk melepasi kefardhuan,
Feqah - untuk persediaan melaksanakan ibadah-ibadah,

17
Akhlak - untuk menghiasai diri dengan sifat-sifat mahmudah,
Bahasa - untuk menghindari daripada kesalahan-kesalahan membaca al-
Qur’an dan pembuka kepada pelbagai jenis ilmu yang lain.
Khat - untuk membina nilai-nilai estetika.

ii) ilmu tambahan :


Mathematik - untuk memperdalami ilmu Faraid
Pidato - untuk fasihkan lidah dan kemahiran bercakap
Sejarah - untuk menyontohi jejak perjalanan ulama-ulama agong.
8) Masa belajar.
Masa belajar bermula pada waktu pagi, petang hingga ke magrib, diselangi
dengan masa rehat yang pendik antara keduanya. Cuti mingguan selama dua hari
bermula petang hari khamis hingga jumaat, hari sabtu mula persekolahan.
9) Ganjaran dan dendaan.
Qabisi menjelaskan ia adalah peraturan yang wajib bagi menjaga disiplin pelajar.
Ganjaran baik ialah seseorang merasa lega jiwanya ketika memperoleh pujian
dan hadiah, sebaliknya dendaan dan hukuman memberi rasa sakit segi jiwa dan
fizikal.
Qabisi mengingatkan, kanak-kanak sentiasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan kepada penjagaan, pengarahan, pemerhatian
dengan cara yang lemah lembut, bermanis muka dan teguh pendirian. Proses
memberi hukuman hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat, dimulai
dengan membuat celaan, memberi peringatan, memarahi dan akhir sekali
memukulnya. Hukuman bukan tujuan , dengan itu jangan memukul mereka
ketika
marah kerana dikuatiri pulukan itu akan melampau batas dan memudharatkan diri
murid. Pukulan dibolehkan hanya 3 kali sebatan sahaja jika kesalahan yang sama
diulang boleh dipukul sebanyak 10 kali. Elakkan dari memukul kepala dan muka,
sebaik-baik tempat pukulan ialah di kaki belakang. Alat atau benda pukulan
hendaklah benda yang lunak/lembut. Cara pukulan hendaklah sederhana dan
jangan sehingga meninggalkan kesan.

10) Dispilin untuk menjaga peraturan.

18
Ada lima proses :
i) mengekalkan peraturan-peraturan
ii) sentiasa berlaku adil dan persamaan
iii) elakkan sifat membeza-bezakan pelajar
iv) sentiasa mengawai tingkahlaku pelajar dan
v) konsisten.
Al-Qabisi mengkritik disiplin dan pelbagai peraturan yang ketat kerana ia tidak
sesuai dengan fitrah manusia (Abdullah Amin al-Nukmy, 1995).

al-Qabisi adalah pelupor pertama yang memperkenalkan model neuklitik atau


model ‘pemusatan dan perhubungan‘ dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam. Beliau memperkenalkan dua model berikut:

Model 1 - Pemusatan dan Perhubungan Ilmu.

Ilmu asas

Ilmu tambahan

Model di atas menjelaskan, Pendidikan Islam perlu bermula dengan memberi input
ilmu-ilmu asas yang terdiri daripada ilmu turath al-Islami seperti: al-Qur’an, Hadith,
Aqidah, Sirah, Akhlak dan sebagainya dalam kelumpuk ilmu al-Dieni sebelum
beraleh kepada ilmu-ilmu tambahan seperti; Bahasa, Matematik, Khat, Sejarah dan
lain-lain.

Model 2 - Model Pemusatan dan Perhubungan Dalam Pembinaan Kurikulum


Falsafah masyarakat.
Kaedah dan teknik
pengajaran.
Psikologi pelajar.
Tradisi dan adat
masyarakat.
Tujuan pendidikan.
Ilmu teras.

19
Model di atas menjelaskan, kurikulum pendidikan Islam semestinya
berasaskan kepada pembinaan-pembinaan ilmu teras seperti ilmu al-Qur’an dan
akhlak disamping menjelaskan tujuan-tujuan pendidikan yang terdiri daripada tujuan
agama dan akhlak.

Kurikulum juga terbina berasaskan apa yang sedia ada dalam masyarakat
dengan mengikut adat dan tradisi yang telah menjadi amalan serta kebiasaan dalam
sesebuah masyarakat agar ianya sesuai dan serasi dengan aspirasi masyarakat tersebut.
Seterusnya pembinaan kurikulum pendidikan Islam hendaklah juga mengutamakan
psikologi murid agar kaedah dan teknik pengajarannnya sesuai dengan tahap dan
kemampuan para pelajar. Akhir sekali diberi ruang dan penekanan yang besar dalam
membina kurikulum pendidikan Islam ialah misi dan visi pendidikan Islam dalam
aliran falsafahnya yang tersendiri.

3 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sahnun.


Beliau adalah Muhammad bin Said bin Habib al-Tanwahi al-Qairawani al-Sahnuni,
hidup antara tahun 202-256H. Ibnu Sahnun dari kalangan keluarga yang amat
cintakan ilmu, ayahnya seorang ilmuawan dan bertugas sebagai Qadhi. Ibnu Sahnun
banyak mengarang kitab, lebih daripada 20 buah kitab telah dihasilkan dalam
berbagai ilmu. Kitab pendidikan Islam yang masyhor dari beliau ialah ‘Adab al-
Mu’allimin’ yang ditulis ketika beliau mengajar di Tunisia, Afrika. Menurut
Muhammad Munir Musa (1981) teori pendidikan Islam beliau ialah mengenai:
1) Kelebihan al-Qur’an dari segi belajar dan mengajar.
2) Keperluan menyediakan tempat belajar dikalangan pelajar lelaki dan perempuan.
3) Ketika mengajar hendaklah menggunakan sumber ‘maddi al-ta’ lim’ atau bahan
pengajaran.
4) Mengutamakan kaedah hafazan al-Qur’an samada sepenuhnya, separuh sahaja atau
satu pertiga dan satu perempat daripada keseluruhan al-Qur’an sebelum
mempelajari ilmu-ilmu lain. Beliau berpendapat para pelajar hendaklah

20
mempelajari ilmu al-Qur’an terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu lain kerana
al-Qur’an akan memberi roh kepada akal dan hati seperti cahaya yang menerangi
dan menyingkap kepada pelbagai ilmu lain.

5) Tingkahlaku pelajar bermula daripada amalan sholat.


6) Harus guru mengambil manfaat dan upah daripada pelajar-pelajarnya.
Model pendidikan Ibnu Sahnun boleh dilakarkan mengikut model pemeringkatan
seperti berikut:
Model Pemeringkatan Mata Pelajaran Ibnu Sahnun
T3

T2

T1

Petunjuk :
T1 = Pemeringkatan permulaan
T2 = Pemeringkatan lanjutan
T3 = Pemeringkatan tinggi

Pada peringkat permulaan kurikulum dan pendidikan hendaklah menekankan


pendidikan al-Qur’an, dengan menekankan tulisan dan bacaan sebagai alat untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan. setelah itu beralih kepada pemeringkatan lanjutan
terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ibadah, sebagai amalan
ubudiyah dan keagamaan dan akhir sekali peringkat tinggi dengan mempelajari adab-
adab masyarakat dan peraturan negara.

4 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sina.


Muhammad Munir Musa (1981) menukilkan nama penuh Ibnu Sina ialah al-Syiekh
al-Rais Abu Ali al-Khussain bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali Ibnu Sina (370-
428H). Ayahnya salah seorang ahli ‘Balakh’ yang silsilah keturunannya sampai
kepada Imam al-Bukhary. Ibnu Sina adalah seorang ulama’ yang terkenal menguasai
pelbagai bidang ilmu seperti; al-Tibb (ilmu perubatan), Mathematik, Bahasa, Mantik,
Falsafah, Sains, Pendidikan, Sosiologi dan sebagainya. Ibnu Sina pernah berguru

21
dengan Ibnu Muskawaih. Beliau telah mempertemukan ilmu akli dan syari’ah, ilmu
tabi’ie dengan ilmu wahyu. Idea-idea dan teori-teori pendidikan beliau adalah seperti
berikut:
1) Pelajar yang telah menguasai pelajaran al-Qur’an dan Usul Bahasa akan dapat
melalui ilmu-ilmu lain dengan mudah.
2) Mengajar dengan didahului kaedah beransur-ansur kemudiannya secara ‘kulli’
melalui penyusunan maklumat.
3) Pelajaran kanak-kanak dimulai dengan mata pelajaran agama setelah melangkah ke
peringkat menengah diajar ilmu falsafah.
4) Pengajaran terhadap kanak-kanak perlu menggunakan pendekatan kasih sayang,
lemah lembut dengan ditegaskan disiplin dan gertakan.
5) Asas untuk memudahkan proses mengingat dengan cara melatih menghafaz syair-
syair (Taufiq al-Tawil, 1967).

Model pendidikan Islam Ibnu Sina boleh disimbulkan melalui model urutan
berarah seperti berikut:
Model Urutan Berarah Ibnu Sina

PK PR PD
FO

IN
MPK MPR MPD

Petunjuk :
IN = Informal
PK = Peringkat Kanak-Kanak
PR = Peringkat Remaja
PD = Peringkat Dewasa
MPK = Mata Pelajaran Peringkat Kanak-Kanak
MPR = Mata Pelajaran Peringkat Remaja
MPD = Mata Pelajaran Peringkat Dewasa
FO = Formal

22
Peringkat pembelajaran secara informal bermula daripada peringkat kanak-
kanak dimana ibu bapa dan pihak keluarga bertanggungjawab ke atas pendidikan
anak-anak, mata pelajaran yang dititik beratkan ialah ‘maddah‘ al-Qur’an, ibadah dan
bahasa dengan pengisian menulis dan membaca serta pelajaran amali. Ini diikuti
dengan pembelajaran diperingkat ‘al-sabab’ remaja atau belia yang menekankan
ilmu-ilmu Usul dan Akhlak dan akhir sekali proses pembelajaran diperingkat tinggi
atau dewasa dengan pengisian ilmu-ilmu Mantik dan Falsafah. Anak panah
menunjukkan arah proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat beransur-ansur
daripada informal( insitusi keluarga) kepada formal ( institusi rasmi).

5 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut al-Ghazali


Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazali ( 450-
505H) dilahirkan di Khurasan, Iran. Al-Ghazali adalah seorang ahli pemikir agong
sehingga digelar Hujjatul Islam. Beliau menguasai ilmu kalam, ilmu hikmah, falsafah,
tassawwur dan sebagainya, mengajar di beberapa buah ‘nizam’ di kota Bagdad. Kitab
beliau yang terkenal ialah ‘Ihya’ Ulum al-Dien‘ .

Teori-teori pendidikan Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazāli


yang diketengahkan adalah seperti berikut:
1) Pendidikan adalah sepenting-penting perkara, ibubapalah yang mencorakkan
pendidikan anak-anaknya.
2) Pendidikan kanak-kanak bermula dengan memperbaiki akhlak dan ilmu kesehatan
disamping pengajian al-Qur’an, Hadith dan Sejarah.
3) Dari segi pendidikan amali, al-Ghazali memberatkan konsep suruhan dan tegahan
berserta alasannya.
4) Guru perlu mengelakkan sifat riya’, takbur, mengharapkan puji-pujian dan
sanjungan. Guru hendaklah bersifat dengan sifat zuhud terhadap dunia kerana
kebahagiaan datangnya daripada Allah s.w.t dan bukannya daripada harta dunia.
5) Mengutamakan pelajaran adab dalam pergaulan. Elakkan sifat-sifat keji.
6) Sabar ketika menempuh kesulitan dalam pengajaran kerana kesabaran bererti
berani.
7) Mengutamakan kesihatan badan dengan selalu berriadah seperti memanah dan
berlari.

23
:Ilmu dibahagikan kepada empat bahagian )8
i) ilmu Usul ( al-Quran dan al-Hadis)
ii) ilmu Furu (Feqah)
iii) ilmu Asas ( bahasa) dan
iv) ilmu Taakhir ( qiraat dan tafsir )
9) Ilham juga merupakan salah satu dari sumber ilmu, ilham mampu memberi
jawapan sesuatu yang luar daripada pengamatan akal (Badāwi al-Tabānah (t.t).
10) Pembinaan kurikulum mestilah berasaskan kepada tiga komponen;
i) Ulum Naqliah
terdiri daripada ilmu wahyu (al-Qur’an dan Hadis)
ii) Ulum Lisaniyah
terdiri daripada ilmu-ilmu yang membentuk amal-amal agama (Fekah)
iii) Ulum Aqli’ah
iaitu ilmu akal yang berkait dengan falsafah yang terdiri daripada:
Riyadhiyat, Mantiqiyat, Tabi’iyat, Siyasiyat dan Khuluqiyat (Muhammad
Munir Musa, 1981).

Model pendidikan Islam al-Ghazali dinyatakan dalam bentuk ‘model


prograsif‘ seperti berikut :
Model Urutan Prograsif al-Ghazali

IF

IP UA

IT UL

UN

Petunjuk:

UN = Ulum Naqliah
IT = Ilmu Teori
UL = Ilmu Lisaniyah

24
IP = Ilmu Praktikal
UA = Ilmu Aqliah
IF = Ilmu Falsafah

Kurikulum pendidikan Islam hendaklah dibina berteraskan ‘Ulum Naqliah’ ,


ilmu-ilmu wahyu berasaskan kepada al-Qur’an dan Hadis, diterapkan ke dalam sistem
pendidikan melalui pelajaran-pelajaran berbentuk ‘ilmu teori’ seperti bacaan dan
hafazan. Kemudian berkembang kepada ‘Ulum Lisaniyah’ yang mengamalkan ‘ilmu
Praktikal’ seperti praktis-praktis ibadah dan akhlak iaitu melalui perkataan dan
perbuatan. Matlamat pembinaan dan pengisian kurikulum dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di madarasah ialah proses melahirkan insan yang sempurna ‘Ulum
Aqliah’nya melalui proses ‘Ilmu Falsafah‘ yang terdiri daripada ;
i) Riyadhiyat
ii) Mantiqiyat
iii) Tabi’iyat
iv) Siasiyat
v) Khuluqiyat.

6 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi.


Beliau lahir di Tahtawi, Mesir (1216-1290H/1801-1875M) dinisbahkan kepada al-
Tahtawi bagi tempat kelahirannya. Silsilah keturunan beliau hingga kepada Hussain
Ibnu Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah saw. Beliau belajar di al-Azhar dan menjadi
pensyarah di sana bergaul dengan ramai ulama’-ulama’ yang terkenal seperti; syeikh
Abd Samad al-Ansori, syeikh Abu Hassan al-Ansori dan lain-lain. Antara kitab beliau
yang masyhor ialah al-Mursyid al-Amin fi tarbiyah al-Banat wa al-Banin.

Mengikut Abdullah Amin al-Nukmy (1995), teori pendidikan Islam Rafa’ah


Rafi’e al-Tahtawi adalah seperti berikut:
1) Pendidikan asas bagi seseorang pelajar ialah mata pelajaran yang berkaitan dengan
pembinaan akhlak, akal dan jiwa.
2) Pendidikan individu adalah sebaik-baik pendidikan sebagai persediaannya menjadi
anggota sebuah masyarakat.
3) Membahagikan proses pembelajaran kepada tiga markhalah:
i) Pembelajaran al-Ibtida’i

25
Pembelajaran peringkat awal yang berlandaskan kepada pengisian
kurikulum dalam bentuk kemahiran bacaan dan tulisan yang
mengandungi mata pelajaran al-Qur’an, ilmu usul, matematik, taknikal
dan bahasa.
ii) Pembelajaran al-Thanawiyah al-Tajhizi
Pembelajaran peringkat menengah, sesuai untuk kemajuan dan
pembangunan. Mata pelajarannya seperti, geografi, sejarah, mantik,
kimia,
matematik dan bahasa-bahasa asing.
iii) Pembelajaran al-‘aliyah
Pembelajaran peringkat tinggi, ilmu-ilmu yang diajar terdiri daripada ilmu-
ilmu takhassus seperti; feqah mazahib, perubatan, falaq, geografi dan ilmu-
ilmu lain dalam kumpulan ilmu fardhu kifayah sehingga mampu
mengeluarkan mujahid-mujahid (ekspetis-ekspetis) dalam bidang masing-
masing.
4) Untuk menjadi seorang guru yang berjaya, guru hendaklah bersifat gemar
mengajar
dan cintakan kerjayanya.

Model Pendidikan Islam mengikut Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi boleh dilakarkan


mengikut model ‘Markhala Punun al-Maddah’ berikut :

Model Markhalah Punun al-Maddah Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi

P1 P2 P3

M1 M2 M3

Petunjuk :
M1 = Markhalah 1 ( peringkat al-‘Ibtidaiyah )
P1 = Pelajaran 1 ( al-Qur’an, Usul, Matematik, Teknikal dan Bahasa)
M2 = Markhalah 2 ( peringkat al-Thanawiyah al-Tajhizi )

26
P2 = Pelajaran 2 ( Geografi, Sejarah, Mantik, Sains, Matematik dan Bahasa
asing).
M3 = Markhalah 3 ( peringkat al-‘Aliyah ).
P3 = Pelajaran 3 ( Fiqh Mazahib, Perubatan, Falaq, Geografi dan ilmu-ilmu
fardhu
kifayah yang lain).

Proses pembelajaran dibahagikan kepada tiga markhalah (peringkat) dengan


didahului oleh M1 markhalah 'Ibtidaiyah’ (rendah) dimana kanak-kanak mempelajari
ilmu-ilmu P1 seperti; al-Qur’an, Ilmu Usul, Matematik, Teknikal (Kemahiran Hidup)
dan ilmu Bahasa. Kemudiannya diikuti dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat
M2 markhalah ‘Thanawiyah’ (menengah) dengan P2 pelajaran seperti; Geografi,
Sejarah, Mantik, Sains (Kimia), Matematik dan Bahasa asing. Akhir sekali M3
markhalah ‘Aliyah’ (maktab dan universiti) dengan P3 bidang-bidang 'takhassus’ dan
kepakaran seperti; Fiqh Mazahib, Perubatan, Astronomi, Geografi dan sebagainya.

Rumusan
Ramai sekolar Timur khususnya ulama’-ulama’ muktabar yang mengeluarkan
pelbagai teori dan model pengajaran pendidikan Islam yang boleh diimplimentasikan
di bilik darjah atau kelas oleh para guru dengan mengemukakan idea baru secara
kreatif dan inovatif bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam. Adalah disarankan agar guru-guru pendidikan Islam terlebih
dahulu memahami serta menghayati maksud dan tujuan pendidikan Islam diajar di
sekolah sebelum mengaplikasikan segala teori dan model-modelnya kerana
muqadimah yang baik akan berakhir dengan natijah yang berhasil.

27
Bibilografi

‘Abdul Fatah Jālal (1977). Min al-Usul al-Tarbiyah fi al-Islam. Kaherah : Dār al-
Ma‘arif.
‘Abdul Qadir Syiekh Idris (1978). al-Tarbiyyah al-Islamiyah wa Turuk al-Tadris.
Sudah : Dar al-Sudaniyyah.
Adnan Yusopp (2000). Keperluan Kurikulum Pendidikan Islam : Pelaksanaan dan
Cabarannya, Mesyuarat/Bengkel Pedagogi Pengajaran Pembelajaran
Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Qiraat Tarannum Pensyarah-Pensyarah
Maktab Perguruan. 30 Oktober – November 2000, Kementerian Pendidikan
Malaysia : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Bahagian Pendidikan Guru (1997). Sukatan Pelajaran Pengajian Islam. Kuala
Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Boswell, T. and Brown, C. (1999). The Scope of General Theory : Methods for
Thinking Deductive and Inductive Comperative History. Dalam Sociological
Methods and Research (ms. 34-43). 28(2), Nov. 1999. London : Sage
Publication.
Ghazali, ‘Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al- (t.t). Ihya' Ulumuddin. Tahqiq
Dr. Badwi Tabanah. Mesir : Dar Ihya' al-Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.
Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam : Suatu Analisa Sosio-Psikologi. Kuala
Lumpur : Pustaka Antara.
Idrisi, ‘Abdul Qādir Syiekh al- (1978). al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Turuq al-
Tadrisukh. Sudan : Dār al-Sudaniyah.
Khaldun, Ibnu (1945). al-Muqaddimah. Beirut : Matba'ah al-Adabiyah.
Muhammad Munir Musa (1980). al-Tarbiyyah inda al-Ghazali wa Ibnu Khaldun.
Kaherah : Alam al-Kitab.
Muhammad Munir Musa (1971). al-Tarbiyah al-Islamiyah : Usuluha wa
Tatauwiruha
fi al-Bilad al-Arabi. Kaherah : Alam al-Kitab.
Muhammad Munir Musa (1980). al-Tarbiyyah al-Islamiyah : Usuluha wa
Tatauwiruha fi al-Bilad al-‘Arabi. Kaherah : ‘Alam al-Kitab.
Nasyāmi, ‘Ajil Jasim al- (1992). Tarikh al-Bana al-Tarbāwi al-Islāmi. Kuwait : Dār
al-Da‘wah.
Nāwawi, ‘Abdul Gani al- (1986). al-Tarbiyah al-Islamiyah Baina al-Asholah wa al-
Mu'assarah. Qatar : Dār al-Qatri.
Nukmy, ‘Abdullah Amin al- (1995). Kaedah Dan Kurikulum Pendidikan Islam
Menurut Ibnu Khaldun Dan al-Qabisi. Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada
Rifa‘ie Baqrah, ‘Abdul Rahman al- (1993). Asar al-Tarbiyah al-Bai‘iyah fi al-Islām.
Sa‘udiah ‘Arābiya : Jām‘iah al-Imām Muhammad bin Sa‘ud.
Rondenshus, W. S and Sampon, R. (1999). Assessing Direct and Indirect
Effects in Multilevel Designs with Latent Variable. Dalam Sociological
Methods And Research (ms. 112-134). 28(2), Nov. 1999, London : Sage
Publication.

28
Tawil, Taufiq al- (1967). Asas al-Falsafah. Kaherah : al-Nahdhah al-Mesriyah.
Tabanah, Badawi al- (t.t), Tahqiq al-Kitab Ihya' Ulumuddin. Mesir : Dar Ihya' al-
Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.
Teuku Iskandar (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa (1997). Pembinaan Model Penerapan Nilai Dalam
Pengajaran di IPT. Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti kebangasaan
Malaysia.
Yem Ismail (1989). Pengurusan Islam Bagi Rantau Asia dan Pasifik. Dalam Berita
Bahagian Pendidikan Guru. 6(2), Januari 1987.
Zabnu, ‘Abdul Karim Dan Hassan al- (1968). Tarikh al-‘Alamah Ibnu Khaldun. Jld.
1., Beirut : Dār al-Kitab al-Banani.

29

Anda mungkin juga menyukai