Anda di halaman 1dari 3

1

CONTOH CADANGAN KAJIAN

HUBUNGAN PENGGUNAAN CD INTERAKTIF DAN WEB VIDEO


TERHADAP SIKAP DALAM KALANGAN PELAJAR GEOGRAFI
MENENGAH ATAS TERHADAP TAJUK KEMAHIRAN GEOGRAFI
BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DALAM NEGERI JOHOR

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat hubungan di antara sikap
pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran geografi dengan penggunaan cd inretaktif
dan web video dalam usaha memahamkan pelajar terhadap tajuk berkaitan kemahiran
geografi. Hasil kajian ini dijangkakan akan dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
berkaitan kemahiran geografi serta dikenalpasti sebagai berguna kepada kemahiran
menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran geografi menengah atas.

LATARBELAKANG KAJIAN

Kemahiran geografi sering digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran
geografi. Sebagai contoh, aspek kemahiran geografi amat ditekankan di kalangan pelajar
menengah atas bagi merelevankan diri individu pelajar terhadap rentas pelajaran lain
(Abdullah dan Hashim, 2004). Adanya dapatan kajian yang lepas membantu pengkaji untuk
melihat keberkesanan cd interaktif dan web video dalam sesi pembelajaran mata pelajaran
geografi di dalam kelas. Mohamad et. al (2008) menyatakan bahawa melalui gaya
pembelajaran Felder Silvermann diutarakan empat kelompok gaya pembelajaran iaitu aktif
dan reflektif, visual dan verbal, rentet dan global serta sensing dan intuitif. Wujudnya gaya
pembelajaran sedemikian kerana secara biologinya seseorang pelajar itu dipengaruhi oleh
persekitarannya sama ada di rumah atau sewaktu mereka berada di dalam kelas. Justeru,
terdapat kemungkinan sikap pelajar juga berperanan dalam pencapaian tahap kemahiran
geografi menengah atas. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa dalam keadaan
tertentu sikap telah dikenalpasti sebagai agen yang boleh membantu untuk mempengaruhi
hasil pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran geografi menengah atas (Abdullah dan
Hashim, 2004).

SKOP KAJIAN

Kajian yang dicadangkan ini hanya melibatkan pelajar mata pelajaran geografi menengah
atas yang mengambil mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran elektif pada peringkat SPM
dalam sekolah menengah harian di negeri Johor.
2

METODOLOGI KAJIAN

5.1 Cadangan pengumpulan data/instrumen

Populasi kajian adalah pelajar yang mengambil mata pelajaran geografi pada peringkat
menengah atas sebagai mata pelajaran elektif untuk SPM dalam sekolah menengah harian
di negeri Johor.

Sikap pelajar terhadap penggunaan cd interaktif dan web video akan diukur menggunakan
soal selidik berbentuk soalan berkaitan sikap dan kemahiran dalam kemahiran geografi akan
diukur menggunakan ujian dalam bilik darjah. Soal selidik akan diberikan sebelum latihan
kemahiran menggunakan cd interaktif dan web video dijalankan dan pencapaian dalam
kemahiran geografi akan diukur dengan member ujian sebelum serta selepas latihan
dijalankan. Usaha latihan akan dijalankan selama empat minggu.

5.2 Analisa data

Data yang dikumpulkan akan dianalisa secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif. Data dianalisis berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah
dijawab dan dikembalikan dengan maklum balas yang telah diedarkan oleh pengkaji kepada
responden. Analisis data yang dijalankan oleh pengkaji, dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian pertama berkaitan demografi sampel dan diikuti oleh bahagian kedua yang
merupakan dapatan kajian yang sebenar iaitu analisis data. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan perisisan Winstep 3.69.1.11. menerusi pendekatan model Rasch.

5.3 Jangkaan hasil kajian

Adalah dijangkakan bahwa terdapat hubungan kolerasi positif di antara sikap menggunakan
cd interaktif dan web video serta pemahaman dalam kemahiran geografi dalam kalangan
pelajar menengah atas yang mengambil mata pelajaran geografi sebagai mata pelajaran
elektif di peringkat SPM.

RUJUKAN

Abdul Kadir, N. (2004). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap dan Pengetahuan Pensyarah-
pensyarah Pendidikan Vokasional di Kolej Menengah Vokasional Seluruh
Semenanjung Tentang Komputer. Universiti Pertanian Malaysia: Tesis Sarjana.

Abdullah, A. H. & Hashim, M. (2004). Satu Analisa Tentang Trend Pengambilan Mata
Pelajaran Geografi di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seminar Kebangsaan
Geografi & Alam Sekitar. Jabatan Geografi, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 3-4 Julai.
3

Boketoft, C.O. (2007). Heuristic evaluation of the video sharing web sites youtube and
dailymotion. Umea University. Sweden.

Bond, T.G. & Fox, C.M. (2007) Applying The Rasch Model : Fundamental Measurement in
the Human Sciences. Edisi Ke-2. Lawrence Erlbaum Associates, Publisers.
Mahwah, New Jersey. London.

Embi, M.A. (2011). Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Pusat
Perkembangan Akademik. UKM, Kuala Lumpur.

Mohamad, B., Esa, A., & Junoh, H. (2008). Psikologi Pendidikan dalam PTV. Cetakan
Pertama. Parit Raja: UTHM.

Mohamed, M. N. (1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai