Anda di halaman 1dari 3

1

Konstruktivisme
Suatu penjelasan bagaimana pelajar belajar dan membina pemahaman yang bermakna tentang alam
sekeliling mereka

Prinsip Konstruktivisme
- Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar
- Pelajar bukan penerima pasif pengetahuan
- Pelajar pembina aktif (konstruk) strukutur pengetahuan
- Bukan pengisian otak kosong pelajar
- Bukan tentang pemerolehan idea baru
- Tetapi tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada
- Pelajar bina pengetahuan sains yang baru dgn cara mereflek tindakan fisikal & mental mereka
- Pelajar cuba mendapat pemahaman tentang pengalamanbaru mereka & fenomena dgn cara
membentuk atau membina makna tentang perkara tersebut

Untuk belajar:
- pelajar perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada

Kegagalan belajar idea baru:


- pelajar akan kekalkan idea sedia ada, atau pelajar akan sesuaikan secara palsu (false
accomodation) idea baru tersebut dan kekal dengan idea sedia ada

Pembelajaran dilihat sebagai:


- pengubahan idea,
- pembinaan & penerimaan idea baru,
- penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivist
Pelajar membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan pelajar menjana
secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui

Amalan pengajaran konstruktivist


- menggalakkan & menerima autonomi, initiasi, & kepimpinan pelajar dlm pembelajaran
- penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fisikal
membolehkan pelajar mendapat peluang serta membina pengalaman & kemahiran dlm
membentuk pengetahuan baru atau menstrukutur semula konsep alternatif mereka
- tugasan pembelajaran yg melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan
meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu pelajar membina konstruk
sendiri sama ada secara proses asimilasi konsep baru atau menyesuaikan konsep sedia ada
- penentuan pengetahuan sedia ada pelajar membantu kesediaan pelajar dlm mengikuti
pembelajaran seterusnya
- pembelajaran seterusnya direkabentuk bersesuaian dgn perkembangan konstruk pelajar
berikutnya demi menjadikan pembelajaran tersebut bermakna kpd mereka

Jenis konstruktivisme
Konstruktivisme endogenous
Konstruktivisme eksogenous
Konstruktivisme dialektikal
2
Huraian:
Konstruktivisme Endogenous :
- Pengetahuan diperoleh dpd pengetahuan terdahulu & tidak daripada inetraksi alam sekeliling
- Pengetahuan dibina secara kognitif

Konstruktivisme Eksogenous :
- Pengetahuan diperoleh daripada inetraksi alam sekeliling
- Pemerolehan pengetahuan merupakan pembinaan semula (konstruk semula) dunia luar
- Dunia luar mempengaruhi kepercayaan melalui pengalaman, pendedahan kepada percontohan
& pengajaran

Konstruktivisme Dialektikal :
- Gabungan Endogenous & Eksogenous
- Pengetahuan diperolehi secra kognitif & juga secra interaksi dgn individu dan alam sekeliling
- Pengetahuan adalah refleksi hasil yang diperolehi daripada kontradiski mental yang berlaku terbit
dpd interaksi dgn alam sekeliling

Teori Konstruktivisme
Teori Jean Piaget bersifat konstruktivist kognitif :
- Sensorimotor (0-2 tahun)
- Pre-operations (3-7 tahun)
- Concrete operations (8-11 tahun)
- Formal operations (12-15 tahun)

Teori Jerome Bruner bersifat proses sosial yang aktif:


- pelajar bina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada.
- pelajar pilih maklumat, bina hipotesis, & buat keputusan dlm proses
- mengintegrasikan & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.

Teori Ausubel :
- melihat pembelajaran bermakna berlaku tidak semestinya secara pembelajaran penemuan tetapi
lebih kpd pembelajaran ekspositori
- pelajar belajar secara proses deduktif iaitu membina konstruk secara menyusun maklumat
daripada keseluruhan kepada spesifik

Model Konstruktivisme

Fasa 1 - Orientasi
Fasa 2 - Pengetahuan sedia ada
Fasa 3 - Penstrukturan semula idea Perbandingan dgn
Fasa 4 - Aplikasi idea idea yang lalu
Fasa 5 - Kaji semula perubahan idea

Fasa 3 - Penstrukturan semula idea - penjelasan & pertukaran


- pendedahan kpd situasi konflik
- konstruk idea baru
3
Pandangan Konstruktivist tentang pembelajaran sains
- Hasil pembelajaran bukan sahaja bergantung kpd persekitaran pembelajaran, tapi juga pada
pengetahuan sedia ada pelajar
- Pembelajaran adalah melibatkan pembentukan (construction) makna tentang sesuatu perkara.
- Pembentukan makna bergantung kepada pengetahuan sedia ada
- Pembentukan makna adalah suatu proses yang aktif dan berterusan
- Makna yang dibentuk akan dinilai,dan kemudian mungkin diterima sepenuhnya, sebahagian
ataupun ditolak terus
- Pelajar mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri

Model Pembentukan Konstruk

Peta ketidaksamaan

Wujudkan tidak seimbang kognitif


D’brium

Soalan ya/tidak untuk penjelasan


Usahakan E’brium Jawapan salah
Teori & Penerangan

Jawapan menerangkan

Ketidaksamaan
( equilibrium )

Perspektif konstruktivist

Anda mungkin juga menyukai