Anda di halaman 1dari 19

Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2 Document Transcript

1. Pendekatan Konstruktivisme / 135 UNIT 9 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISMEHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. 2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis.PENGENALAN Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang ditunjukkanpada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah peranan gurudalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini?

2. 136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2ISI KANDUNGANApa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis?S ecara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat semula(membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatuyang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui berdasarkanpengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin menerima idea baru inidan membuang idea lama atau

membuang idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita.Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membinapengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita.Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagaiindividu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asaskepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri setelah muridmenyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah.Premis asas konstruktivisme adalah: Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterimasemasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melaluiteknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar dan membolehkan muridmemanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar.Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme?S ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan pembelajaran berasaskan

paradigma konstruktivis, idea-idea teoris utama tentang konstruktivisme dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme, unit ini akanmembincangkan idea teoris utama paradigma ini.Jean Piaget (1896 1980)Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan biologi. Teoriperkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat perkembanganpemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi melalui pelbagai 3. Pendekatan Konstruktivisme / 137pengalaman. Menurut Piaget, pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui berinteraksi secaraaktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman tersebut. Penglibatan aktifini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu.Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk digunakan dalam prosespembelajaran. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka ketika melaluiproses pembelajaran. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui empat peringkatpenting iaitu sensorimotor, pra-operasi, konkrit dan operasi formal. Peralihan perkembangan kognitifdari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan, pengalaman fizikal,interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Kematangan dan keseimbangan kognitif adalah faktordalaman yang tidak boleh dikawal, sementara pengalaman fizikal dan interaksi sosial adalah situasiluaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan (Wadsworth, 1971).Menurut Piaget lagi, pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanakberinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. Kanak-kanak seterusnyamembina pengetahuan

dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan interpretasi yang merekalakukan. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang sentiasa mengalamiperubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan sebab itu, pemahaman konsep hanyaboleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif. Apabila kanak-kanakmencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Pada peringkat ini merekaboleh berfikir secara logik, boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal serta boleh berhujahsecara saintifik.Modifikasi terhadap struktur kognitif kanakkanak berlaku secara berterusan melalui proses asimilasidan akomodasi dan keseimbangan (equilibration). Ketiga-tiga proses ini adalah penting dalammenyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses pembelajaran. Assimilasiadalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima maklumat baru.Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah sediadiketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Proses akomodasi pula adalahproses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan baru.Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan skema asal, perubahanakan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Keseimbangan merujuk kepada kawalan kendiri secaradalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan akomodasi. Apabilapengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada, maka berlaku ketidakseimbangan ataudisonans kognitif. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari keseimbangan baru supayamaklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya.Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan autentik. Melaluipengalaman individu mencari makna menggunakan

skema kognitif, mengasimilasikan maklumat danmengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kefahaman yang dibina akan seterusnyamemandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang berkaitan. Kerangkakognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema. Asas inimencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya berlaku melalui interaksi

4. 138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2bersama persekitaran dan konflik kognitif yang berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran(Elliot, et al., 2000). Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan pembelajarandibilik darjah? Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget.Lev Vygotsky (1896-1934)Lev Vygotsky (1896-1934), menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan dan perkembanganserta psikopatologi. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan perkembangankognitif dan berbahasa. Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky, yang mempunyaiimplikasi secara langsung terhadap pembelajaran, adalah zon perkembangan terdekat (zone ofproximal development atau ZPD), perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya pengetahuan(Elliot, 2000). Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak berlaku di dalamsatu zon perantara ZPD ini iaitu satu kawasan di antara aras perkembangan sebenar kanak-kanakyang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara bersendirian dengan araspotensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah berbantukan orangdewasa mahupun rakan sebaya.Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia

membantu guru membuat keputusantentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga mengenalpasti zon dimana murid akan berupaya menguasai bahan baru. Beliau berpendapat bahawa pengajaran harusmeliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada yang dipunyai olehmurid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut. Kajian Lawson(1985), menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa faktor-faktor yangmenghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh persekitaran sosial yangtidak mencabar intelek, murid bersifat menyendiri, keupayaan mental yang rendah dan stail peribadiyang impulsif.

5. Pendekatan Konstruktivisme / 139Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu yang belummencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan mental seseorang yanglebih berkemampuan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya melakukannya sendiridan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot, 2000). Sokongan boleh diberikan dalambentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya, persekitaran pembelajaran yang berstruktur ataustrategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan mengaitkannya denganpengetahuan sedia ada. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih dewasa sepertiguru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep yang sukardikuasai secara bersendirian. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah menyediakansokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun Awal atau AdvanceOrganizer, pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan

isi kandungan pelajaran.Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalammenentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. Menurut beliau pembelajaran merupakan konstruksosial yang diolah melalui penggunaan bahasa. Pembelajaran adalah satu proses mengintepretasi apayang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. Ia berlaku secara berterusanmelalui pembinaan, pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang diperhatikan. Konteks danpersekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan digunakan,bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Kumpulan individu yang lebih heterogenousakan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan dapat digunakandalam penyelesaian masalah. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai satu proses sosial dimana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan ke situasibaru. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah pembentukanpengetahuan umum untuk semua. Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untukmeningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Dari penerangan tentang teori Vygotsky, senaraikan tiga fakta penting dalam rajah yang diberikan.

Pendekatan Konstruktivisme / 141dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi terkini individu, masadepannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang kepada masyarakat.Apabila kita memahami teori tentang pengalaman, kita sebagai pendidik boleh merangka pengajaransesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid yang dapatmengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk menyumbang kepadamasyarakat. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh murid semasapembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman lampau untukmembolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan. Pengalaman pembelajaran yangdiperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu menggunakan potensinya untukkesejahteraan masyarakat.Jerome Bruner (1915)Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan Vygotsky denganmemberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut teori Bruner (1966)kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang selaras dengan tahapperkembangan iaitu persembahan (1) enaktif - di mana dunia kanak-kanak diwakili melalui objek (2)ikonik - melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa tertentu dan (3)simbolik keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol untuk mengkodpengetahuan.Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid sebagai individu yangaktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia ada mereka. Menurutpandangan beliau, murid memilih dan mentransformasikan maklumat, membina hipotesis danmembuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Kerangka kognitif inilah yang memberikanmakna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu melampaui maklumat yangdiberi (go beyond the information given).Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget, dari sudut sokongan Bruner terhadap intervensi guru.Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif di dalam prosespembelajaran. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan murid mencaribeberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut (Roblyer, Edwards &Havriluk, 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia dipengaruhi oleh usaha-usaha sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Beliau menerangkan bahawa soalan-soalan lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses; bagaimana kita membina

kefahamandan kebenaran; bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan pada masasekarang.Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu menggalakkan muridmencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog secara aktif antara gurudengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai menterjemah maklumatyang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. Kurikulum

9. Pendekatan Konstruktivisme / 143Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Untuk menyokong proses mental ini, murid harusmenjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on, minds-on dan hearts-on. Dewey merujukaktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif.Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang kita gunakan mempengaruhipembelajaran. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri sendiri ketikabelajar. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam teori sosialkonstruktivisnya. Misalnya, pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak membantupembelajaran berbanding bahasa asing.Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran kita amat berkait rapat dengan persekitaransosial dimana kita berada. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling kita seperti guru,rakan, ibu bapa dan keluarga. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada mengasingkanindividu sewaktu pembelajaran. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan murid di bilik darjah.Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat masing-masing dan tidakberinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. Keadaan ini mungkin dapatmengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses pembelajaran murid.Sebagai perbandingan, pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di antara guru danmurid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan.Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. Kita tidak belajar fakta atau teori secara terasing danyang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Apa yang kita pelajari berkait rapat dengan apa yangkita tahu, apa yang kita lalui, apa yang kita suka atau tidak suka. Kita tidak boleh pisahkan apa yangkita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu aktiviti sosial daninteraktif.Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Asimilasi pengetahuan tidak akan berlaku jika kitatidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan untuk pengetahuanbaru. Lebih banyak pengetahuan yang kita

miliki lebih banyak yang kita boleh belajar. Dengan ituadalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid supayapembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia ada murid.Pembelajaran memerlukan masa. Untuk pembelajaran yang signifikan, idea baru yang diterima perludilihat kembali, diuji dan digunakan. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka waktu 10 atau 15minit. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka dengan kadar penerimaanmurid yang berbeza-beza.Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Elemen motivasi memainkan peranan penting dalamproses pembelajaran. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan pengetahuan yangdipelajari. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada kehidupannya, iamempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya.

10. 144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Apakah elemen persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivis?S etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme, bagaimanakah anda boleh menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah membentuk persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Menurut Wilson (1996)persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja bersama danmenyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapaimatlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. Beliau lebih menekankan persekitaranpembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea terhadap pembelajaranyang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik dan bermakna untukmembantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah:Pengetahuan dibinaSeperti yang telah disebut, murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran yang kosong. Setiapmurid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan kompleks. Elemen-elemen ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari.Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus memberikanmuridnya satu pembaris. Guru

tersebut seharusnya membenarkan muridnya meneroka cara mengukursesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid. Murid akan mencari idea bagaimanauntuk mengukur benda-benda yang diberikan. Apa yang penting adalah guru menyediakan beberapatools yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas, pensil, pencungkil gigi atau mancis.Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan dalam bentuk unit-unit tertentu seperti panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas dan sebaginya. Berasaskanpengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran tentang unit-unit ukuranyang standard seperti millimeter, sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna akan berlaku denganlebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek berdasarkan pengalamanpembelajaran yang diberikan oleh guru. Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman pembelajaranmurid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Nyatakan konsep apa yang ingin anda ajar danperincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui.Pembelajaran berlaku secara aktifMenggunakan senario pembelajaran di atas, adalah jelas bahawa murid diberi peluang belajar secaraaktif. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka menentukan panjangsetiap barang yang diberi guru. Dalam situasi pembelajaran ini murid mengeksperimen secara handson dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling tepat untukmenerangkan panjang sesuatu benda. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan semasa proses

11. Pendekatan Konstruktivisme / 145penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan bagi menwujudkansuasana hearts-on. Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on, minds-on danhearts-on yang anda ingin murid anda jalankan.Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektifMurid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi tentangpengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa penerokaan atau pengajaranguru. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses ini denganmenyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarangkeraguan tentang pembelajaran. Langkah

ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Gurujuga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yangdilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada murid.Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod bagaimanaperasaan mereka semasa menjalankan aktiviti. Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah merekaselesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan.Pembelajaran berlaku secara kolaboratifApabila guru memberikan aktiviti penerokaan, langkah awal yang perlu guru jalankan adalah memintamurid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka ingin menerokakonsep yang diberikan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat penting dalampengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Melalui aktiviti ini murid hanya belajar secarasendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk contoh yang diberikan diatas, interaksi sesama sendiri membolehkan murid merunding makna (negotiate meaning) panjangdan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Apabila murid melihat kembali dan membuat refleksi secaraberkumpulan, mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran daripada rakan-rakan. Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti pengajaran secarakolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan keberkesanan pembelajaransecara kolaboratif?Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuanContoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang dijalankan. Semasa muridmeneroka konsep panjang, mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur panjang sesuatubenda. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh diukur denganperalatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali untuk mendapatkan

12. 146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2ukuran panjang. Kebanyakan aktiviti pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaianmasalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan, menjalankan kajian,menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi.Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan

aktiviti untuk menyiasat bagaimana menulenkanair. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh dijalankan sepertimenggunakan alat penuras, proses sulingan, menggunakan arang dan mencipta formula berasaskanstruktur molekul air dan sebagainya. Guru seharusnya merangsang murid memikirkan penyelesaiansama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak. Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Nyatakan kemungkinan penyelesaianyang dicadangkan murid.Pembelajaran sentiasa berkembangPenerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid. Murid mempunyaiidea yang mungkin mereka dapati tidak benar, salah atau tidak mencukupi untuk menerangkanpenegtahuan baru yang mereka tempohi. Idea-idea ini wujud secara sementara sehinggapenyepaduan pengetahuan berlaku.Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang menjalankan prosesfotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang berdaun merah. Dapatanujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan konsep bahawatumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis.Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru? Menurut pandangankonstruktivis, murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan pengetahuan dankefahaman sedia ada beliau. Semasa proses ini berlaku, salah satu perkara berikut mungkin terjadi: Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan pengetahuan sedia ada membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya. Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat yang baru diterima. Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia ada murid dan beliau menolak maklumat baru ini. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada mana-mana kerangka pengetahuan murid dan terapung di dalam minda sehingga murid berkenaan dapat membina makna terhadap maklumat ini. Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme. Anda juga telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di bilik darjah. Berdasarkan kefahaman

dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti ciri yangdiberikan dalam Jadual 9.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak yang berkaitan.

13. Pendekatan Konstruktivisme / 147 Jadual 9.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisNo Ciri / X1 Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid2 Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari3 Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran4 Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama5 Mewujudkan persekitaran pembelajaran tanpa ancaman (non- threatening)6 Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka7 Membentuk pembelajaran bermakna8 Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima9 Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik10 Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan11 Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif12 Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras pemikiran tinggi13 Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif14 Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes15 Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil pembelajaran mereka Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis?M enurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan sebagai sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman murid dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha mewujudkanpengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan. Jonassen (1999)mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong proses pembelajarankonstruktivis:Guru bertindak sebagai model peranan (role model)Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk memperagakansituasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti demonstrasi kerjaamali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau memainkan rakaman dialogdengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membolehkanpengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar rujuk lain dicungkilkeluar untuk dimanfaatkan murid.Guru berperanan sebagai jurulatih.Guru yang memainkan peranan

sebagai seorang jurulatih yang baik mampu menggalakkan muriduntuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah; menganalisis dan memantau

14. 148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2perkembangan murid dari segi perolehan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru juga memandumurid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan prestasi ataumenimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Di samping itu guruberperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah.Guru berperanan sebagai perancah.Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing murid berinteraksidengan masalah, muridmurid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah memerlukan guru kadang kalamengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses pembelajaran yangtergendala dapat diteruskan. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan cara perancah adalahmenyesuaikan darjah kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan menggunakan penilaianalternatif. Selain tiga peranan yang diberikan di atas, bolehkah anda memikirkan peranan lain yangboleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis? Adakah anda seorang guru konstruktivis? Lawati URL ini: http://surveylearning.moodle.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.htmdan baca artikel CLES: An instrument for monitoring the development of constructivist learningenvironments Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. Tadbir soal selidik ini dikelas yang anda ajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda.Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis?Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat sebagai merekayang: bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri berupaya menyelesaikan masalah tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara generatif dengan guru.Model pengajaran konstruktivismeT erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan konstruktivis. Antaranya ialah model 5E

(Engagement, Exploration, Explanation, Enhancement, Evaluation) dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Rajah 9.2 menunjukkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa.

15. Pendekatan Konstruktivisme / 149 Rajah 9.2 Model Kitar Pembelajaran 4FasaModel Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana model ini menunjukkanurutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara satu fasa dengansatu fasa yang berikutnya. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan sebagai satu fasaterasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan pembelajaran. Berikutmerupakan huraian setiap fasa pengajaran:Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan dan menyatakan idea dan pengetahuan sedia ada mereka Langkah pertama ke arah memurni, menyusun semula, dan/atau mengatasi miskonsepsi jika ada Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara bermakna ke arah pembinaan pengetahuan baru Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar muridFasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea Membina idea dan kefahaman baru Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid supaya lebih bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran)

16. 150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Fasa 3: Aplikasi idea Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Melakukan penaksiran untuk pembelajaranFasa 4: Refleksi/Penutup Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru yang dibina Meringkaskan apa yang telah dipelajari Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil pembelajaran tersebut Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat

refleksi keseluruhan pengalaman pembelajaran mereka Mengaitkan dengan pelajaran akan datangRUMUSANJ onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran konstruktivis kepada beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui pengajaran boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan dankeadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. Fokus pengajaran haruslahkepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran. Pengajaran juga harustertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran pembelajaran berasaskan kesdi mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaranmereka. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran, membolehkanpembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaanpengetahuan secara kolaboratif.

17. Pendekatan Konstruktivisme / 151PETA MINDAKATA KUNCI 1. Pendekatan Konsruktivisme 6. Mencungkil idea 2. Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa 7. Menstruktur idea 3. Reflektif 8. Mengaplikasi idea 4. Kolaboratif 9. Autentik 5. Pengetahuan sedia ada 10. Hands-on, minds-on, hearts-onPENILAIAN KENDIRI 1. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis? 2. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan pendekatan konstruktivis? 3. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan konstruktivis.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan membina pengetahuan atau membina kefahaman? 5. Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran berfikir murid. 6. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran komunikasi dan sosial murid? Bincangkan.

18. 152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 7. Reka bentuk satu rancangan mengajar berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4Fasa. 8. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat konstruktivis dan mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9. Bincangkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan

keberkesanan pendekatan konstruktivisme.RUJUKANAbruscato, J. & DeRosa, A. A. (2010). Teaching children science. (7th Ed.). New York: Pearson International Edition.Bass, J. E., Contant, T, L. & Carin, A. A. (2009). Teaching science as inquiry. (11th Ed.) New York: Pearson International Edition.Elliot, S., Kratochill, T., Littlefield, J., Cook, J., dan Travers, J. (2000). Educational Psychology: Effective Teaching, Effective Learning. (3rd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.Jonassen, D. H. (1999). Designing constructivist learning environments. Dalam C. M. Reigeluth (ed.) Instructional design teories & models. A new paradigm of instructional theory. Vol II. Mahwah, NJ: LEA Publishers.Jonassen, D.H. (1994). Thinking Technology: toward a constructivist design model. Educational Technology. 34-37.Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSIVygotsky, L. S. (1978). Minds in society. MA: Harvard University Press.Wardsworth, B. J. (1971). Piagets theory of cognitive development. New York: Longman.

19. Pendekatan Konstruktivisme / 153 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional Elemen Pengajaran dan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran konstruktivis tradisionalStrategi/aktiviti Berpusatkan pelajar Berpusatkan gurupengajaranPeranan Pelajar Pembina pengetahuan Penerima pengetahuanPeranan Guru Pemuda cara pembelajaran Pemberi maklumatPenilaian/ Penilaian berterusan, secara holistik Penilaian tradisional melalui ujian danpentaksiran dan autentik peperiksaan (pensil dan kertas) setelah pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai