Anda di halaman 1dari 31

UNIT 9

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori
pembelajaran konstruktivisme.
2. Menerangkan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa Konstruktivis.
PENGENALAN
Rajah 9.1 Penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran
Apakah pandangan anda tentang apa yang sedang berlaku di bilik darjah yang
ditunjukkan
pada Rajah 9.1.? Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan murid ini? Apakah
peranan guru
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran begini?
Pendekatan Konstruktivisme / 135ISI KANDUNGAN
Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara konstruktivis?
ecara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba
menerangkan
bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti bagaimana manusia
membina
kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan melihat
semula
(membuat refleksi) pengalaman tersebut. Sebagai contoh, apabila kita berhadapan
dengan sesuatu
yang baru, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang telah kita lalui
berdasarkan
pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Dalam usaha ini, kita mungkin
menerima idea baru ini
dan membuang idea lama atau membuang idea baru kerana merasakan ia tidak
relevan kepada kita.

Dalam apa situasi pun, kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea
baru dan membina
pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita lalui atau idea sedia ada kita.
Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Murid yang datang ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu
dipenuhi tetapi sebagai
individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang
akan menjadi asas
kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru dibina sendiri
setelah murid
menyelaraskannya dengan pengalaman lampau dan idea sedia ada yang mereka
bawa ke bilik darjah.
Premis asas konstruktivisme adalah:
Murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan
mereka sendiri
Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
Pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea mereka sedia ada
mereka
dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat
baru yang diterima
semasa pengajaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang
merangsang murid melalui
teknik-teknik pembelajaran yang aktif, menggunakan situasi sebenar dan
membolehkan murid
memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang
diajar.
Apa itu Teori Pembelajaran Konstruktivisme?
ebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang pengajaran dan
pembelajaran

berasaskan paradigma konstruktivis, idea-idea teoris utama tentang


konstruktivisme
dibincangkan terlebih dahulu untuk memudahkan kita memahami konstruktivisme,
unit ini akan
membincangkan idea teoris utama paradigma ini.
Jean Piaget (1896 1980)
Piaget mengutarakan perkembangan kognitif sebagai satu proses perkembangan
biologi. Teori
perkembangan kognitif Piaget adalah satu teori konstruktivis kerana beliau melihat
perkembangan
pemikiran manusia berlaku melalui pembinaan pengetahuan yang diperolehi
melalui pelbagai
S
S
136 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2pengalaman. Menurut Piaget, pengetahuan bukan datang dari luar tetapi melalui
berinteraksi secara
aktif secara fizikal atau mental dalam mencari makna terhadap pengalaman
tersebut. Penglibatan aktif
ini sangat perlu untuk perkembangan kognitif seseorang individu.
Kanak-kanak dibekalkan dengan struktur biologi seperti sistem saraf untuk
digunakan dalam proses
pembelajaran. Struktur ini menyediakan penyesuaian kepada persekitaran mereka
ketika melalui
proses pembelajaran. Menurut Piaget perkembangan mental kanak-kanak melalui
empat peringkat
penting iaitu sensorimotor, pra-operasi, konkrit dan operasi formal. Peralihan
perkembangan kognitif
dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi memerlukan kematangan,
pengalaman fizikal,
interaksi sosial dan keseimbangan kognitif. Kematangan dan keseimbangan kognitif
adalah faktor

dalaman yang tidak boleh dikawal, sementara pengalaman fizikal dan interaksi
sosial adalah situasi
luaran yang boleh diwujudkan dan distruktur melalui sistem persekolahan
(Wadsworth, 1971).
Menurut Piaget lagi, pengetahuan dan struktur kognitif dibina sedikit demi sedikit
semasa kanak-kanak
berinteraksi dengan persekitaran dalam usaha untuk mencari makna. Kanak-kanak
seterusnya
membina pengetahuan dalam struktur kognitif mereka melalui gambaran dan
interpretasi yang mereka
lakukan. Struktur kognitif kanak-kanak dikatakan mempunyai skemata yang
sentiasa mengalami
perubahan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan sebab itu, pemahaman
konsep hanya
boleh diperolehi melalui penemuan dan pembinaan semula idea secara aktif.
Apabila kanak-kanak
mencapai umur 11-15 tahun mereka akan beralih ke era operasi formal. Pada
peringkat ini mereka
boleh berfikir secara logik, boleh menyelesaikan masalah hipotetikal dan verbal
serta boleh berhujah
secara saintifik.
Modifikasi terhadap struktur kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan melalui
proses asimilasi
dan akomodasi dan keseimbangan (equilibration). Ketiga-tiga proses ini adalah
penting dalam
menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan ia berlaku melalui proses
pembelajaran. Assimilasi
adalah proses dimana individu menggunakan skema sedia ada untuk menerima
maklumat baru.
Melalui proses ini individu belajar dengan mengaitkan maklumat baru dengan apa
yang telah sedia
diketahui dan mengintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada. Proses
akomodasi pula adalah

proses dimana skema sedia ada individu berubah akibat penerimaan pengetahuan
baru.
Jika pengetahuan baru yang diterima tidak serasi atau tidak bertepatan dengan
skema asal, perubahan
akan dilakukan dan modifikasi skema terjadi. Keseimbangan merujuk kepada
kawalan kendiri secara
dalaman iaitu mengimbangkan apa yang berlaku di antara proses asimilasi dan
akomodasi. Apabila
pengetahuan baru tidak bertepatan dengan skema sedia ada, maka berlaku
ketidakseimbangan atau
disonans kognitif. Proses kawalan kendiri secara dalaman akan mencari
keseimbangan baru supaya
maklumat baru yang diterima berpadanan dengan apa yang telah diketahui
sebelumnya.
Dua asas penting dalam konstruktivisme Piaget ialah pembelajaran adalah aktif dan
autentik. Melalui
pengalaman individu mencari makna menggunakan skema kognitif,
mengasimilasikan maklumat dan
mengakomodasikannya ke dalam skema kognitif mereka. Kefahaman yang dibina
akan seterusnya
memandu kelangsungan penerokaan pengetahuan di dalam persekitaran yang
berkaitan. Kerangka
kognitif berkaitan kefahaman yang terbentuk ini sering kali dikenali sebagai skema.
Asas ini
mencadangkan dua prinsip pengajaran yang utama iaitu pemahaman hanya
berlaku melalui interaksi
Pendekatan Konstruktivisme / 137bersama persekitaran dan konflik kognitif yang
berlaku merupakan stimulus kepada pembelajaran
(Elliot, et al., 2000).
Apakah implikasi Teori Perkembangan Piaget terhadap pengajaran dan
pembelajaran
dibilik darjah?

Daripada penerangan di atas senaraikan lima fakta asas tentang Teori Piaget.
Lev Vygotsky (1896-1934)
Lev Vygotsky (1896-1934), menumpukan kajiannya terhadap psikologi pendidikan
dan perkembangan
serta psikopatologi. Hasil kajiannya mempengaruhi kefahaman pendidik berkaitan
perkembangan
kognitif dan berbahasa. Tiga konsep asas yang dikemukakan oleh Vygotsky, yang
mempunyai
implikasi secara langsung terhadap pembelajaran, adalah zon perkembangan
terdekat (zone of
proximal development atau ZPD), perancah (scafolding) dan konteks sosio-budaya
pengetahuan
(Elliot, 2000). Vygotsky (1978) percaya bahawa pembelajaran pada kanak-kanak
berlaku di dalam
satu zon perantara ZPD ini iaitu satu kawasan di antara aras perkembangan
sebenar kanak-kanak
yang diukur berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara
bersendirian dengan aras
potensi perkembangan yang diboleh dicapai berdasarkan penyelesaian masalah
berbantukan orang
dewasa mahupun rakan sebaya.
Konsep Vygotsky berkaitan ZPD adalah sangat penting kerana ia membantu guru
membuat keputusan
tentang apa yang berupaya dilakukan murid pada peringkat tertentu dan juga
mengenalpasti zon di
mana murid akan berupaya menguasai bahan baru. Beliau berpendapat bahawa
pengajaran harus
meliputi aktiviti pada aras perkembangan mental yang lebih tinggi sedikit daripada
yang dipunyai oleh
murid sebagai rangsangan kepada murid untuk bertindak mencapai aras tersebut.
Kajian Lawson

(1985), menyokong pendirian Vygotsky melalui kajiannya yang mendapati bahawa


faktor-faktor yang
menghalang perkembangan kemahiran penaakulan adalah disebabkan oleh
persekitaran sosial yang
tidak mencabar intelek, murid bersifat menyendiri, keupayaan mental yang rendah
dan stail peribadi
yang impulsif.
138 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2Vygotsky juga mencadangkan konsep perancah (scafolding) di mana ZPD individu
yang belum
mencapai keupayaan mental aras tinggi akan mendapat sokongan keupayaan
mental seseorang yang
lebih berkemampuan. Sokongan ini akan berkurangan setelah individu berjaya
melakukannya sendiri
dan mengambilalih tanggungjawab pembelajarannya (Elliot, 2000). Sokongan boleh
diberikan dalam
bentuk gerakerja kolaboratif bersama rakan sebaya, persekitaran pembelajaran
yang berstruktur atau
strategi yang membantu murid mengorganisasikan pengetahuan baru dan
mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada. Vygotsky menekankan bahawa sokong mereka yang lebih
dewasa seperti
guru dan bantuan rakan sebaya boleh membantu murid menguasai konsep-konsep
yang sukar
dikuasai secara bersendirian. Implikasi pengajaran berkaitan perencahan adalah
menyediakan
sokongan dalam menyelesaikan masalah dan boleh dilakukan melalui Penyusun
Awal atau Advance
Organizer, pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan isi
kandungan pelajaran.
Selain itu Vygotsky juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh budaya
dalam

menentukan bagaimana murid berfikir dan belajar. Menurut beliau pembelajaran


merupakan konstruk
sosial yang diolah melalui penggunaan bahasa. Pembelajaran adalah satu proses
mengintepretasi apa
yang boleh dipindahkan dan dikawal sendiri oleh murid berkenaan. Ia berlaku
secara berterusan
melalui pembinaan, pentafsiran dan pengubahsuaian terhadap apa yang
diperhatikan. Konteks dan
persekitaran di mana pembelajaran berlaku menentukan bagaimana pengetahuan
digunakan,
bagaimana ia diaplikasikan dan oleh siapa ia digunakan. Kumpulan individu yang
lebih heterogenous
akan melebarkan ZPD kerana lebih banyak perspektif dan hubungan pengetahuan
dapat digunakan
dalam penyelesaian masalah. Oleh itu pembelajaran haruslah dijalankan sebagai
satu proses sosial di
mana pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan
pengetahuan ke situasi
baru. Perkongsian makna berlaku melalui interaksi membina ini menuju ke arah
pembentukan
pengetahuan umum untuk semua.
Bagaimana anda boleh menggunakan kefahaman anda tentang ZPD Vykotsky untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
Dari penerangan tentang teori Vygotsky, senaraikan tiga fakta penting dalam rajah
yang
diberikan.
Pendekatan Konstruktivisme / 139John Dewey (1859 1952)
John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait
rapat. Menurut
Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu
kepada masyarakat

dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya mempunyai matlamat


sosial yang lebih
meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat
yang lebih efektif.
Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan
cara ini tidak boleh
menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat
yang demokratik.
Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting
sama ada untuk
jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab
untuk menyediakan
pengalaman yang berguna untuk membolehkan murid menyumbang kepada
masyarakat. Untuk
mencapai tujuan ini pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi
pengalaman manusia.
Seorang pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang
individu adalah
berbeza dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang
disediakan adalah
standard bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza
apabila melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina
mestilah mengambil
kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu.
Berlandaskan pemikiran beliau, Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of
Experience) yang
berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey,
pengalaman
timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi.
Kesinambungan merujuk
kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa
depannya, sama

ada baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu
akibat sesuatu
situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah
berasaskan
interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya.
Sebagai contoh,
pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada
bagaimana guru menyedia
dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui
pengajaran dan
pembelajaran subjek yang serupa.
Adakah pembelajaran subjek matematik yang anda lalui ketika anda berada di
sekolah
rendah mempengaruhi pembelajaran anda semasa anda berada di sekolah
menengah? Mengapa?
Menurut Dewey lagi, nilai sesuatu pengalaman berbeza untuk setiap individu.
Pengalaman yang
mendatangkan faedah kepada seseorang individu mungkin tidak berfaedah kepada
individu lain.
Individu menggunakan pengalaman lampau samada positif atau negatif untuk
mengatur strategi
supaya bejaya dalam hidup. Oleh yang demikian pengalaman merupakan sesuatu
yang kaya dengan
kebenaran dan pengetahuan. Apabila seseorang mempelajari sesuatu, kefahaman
yang dibina
daripada peristiwa pembelajaran itu bersifat peribadi kerana ia merupakan hasil
interaksi antara
pengalaman murid dengan peristiwa pembelajaran tersebut. Memandangkan setiap
murid membawa
pengalaman lampau yang berbeza, setiap peristiwa pembelajaran akan
menghasilkan pengalaman
baru yang berbeza kepada setiap murid. Oleh yang demikian nilai sesuatu
pengalaman harus dilihat

140 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2dari segi sejauh mana pengalaman tersebut membawa kebaikan kepada situasi
terkini individu, masa
depannya dan bagaimana pengalaman tersebut boleh diguna untuk menyumbang
kepada masyarakat.
Apabila kita memahami teori tentang pengalaman, kita sebagai pendidik boleh
merangka pengajaran
sesuatu subjek secara progresif dengan mengambil kira pengalaman lampau murid
yang dapat
mengembangkan lagi pengalamannya dan meningkatkan keupayaannya untuk
menyumbang kepada
masyarakat. Dewey amat menekankan tentang kualiti pengalaman yang dilalui oleh
murid semasa
pembelajaran dan keperluan seseorang pendidik untuk memahami pengalaman
lampau untuk
membolehkannya merekabentuk pengajaran yang berkesan. Pengalaman
pembelajaran yang
diperolehi daripada pengajaran ini seharusnya membolehkan individu
menggunakan potensinya untuk
kesejahteraan masyarakat.
Jerome Bruner (1915)
Idea Bruner tentang teori pendidikan adalah berlandaskan pemikiran Piaget dan
Vygotsky dengan
memberi penekanan terhadap perolehan dan penggunaan pengetahuan. Menurut
teori Bruner (1966)
kanak-kanak membina pengetahuan menggunakan tiga mod perwakilan yang
selaras dengan tahap
perkembangan iaitu persembahan (1) enaktif - di mana dunia kanak-kanak diwakili
melalui objek (2)
ikonik - melibatkan penggunaan imej mental yang mewakili objek atau peristiwa
tertentu dan (3)
simbolik keupayaan mengubah tingkah laku dan imej ke dalam sistem simbol
untuk mengkod

pengetahuan.
Asas utama di dalam kerangka teori pembelajaran Bruner adalah melihat murid
sebagai individu yang
aktif membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan terkini dan sedia
ada mereka. Menurut
pandangan beliau, murid memilih dan mentransformasikan maklumat, membina
hipotesis dan
membuat keputusan berpandukan kerangka kognitif mereka. Kerangka kognitif
inilah yang memberikan
makna dan mengorganisasikan pengalaman serta membolehkan individu
melampaui maklumat yang
diberi (go beyond the information given).
Pandangan Bruner berbeza dengan Piaget, dari sudut sokongan Bruner terhadap
intervensi guru.
Bruner berpendapat guru boleh mendorong murid untuk mengambil peranan aktif
di dalam proses
pembelajaran. Penglibatan guru yang menggalakkan penerokaan membolehkan
murid mencari
beberapa alternatif serta mengenali hubungan antara alternatif-alternatif tersebut
(Roblyer, Edwards &
Havriluk, 1997). Bruner (1990) menyatakan bahawa tindak tanduk manusia
dipengaruhi oleh usahausaha
sosial untuk memberi makna kepada persekitarannya. Beliau menerangkan bahawa
soalansoalan
lampau seperti perkaitan antara minda dengan proses; bagaimana kita membina
kefahaman
dan kebenaran; bagaimana minda dibentuk oleh sejarah dan budaya adalah relevan
pada masa
sekarang.
Implikasi teori pembelajaran Bruner terhadap pengajaran adalah guru perlu
menggalakkan murid

mencari atau membina pengetahuan sendiri dan proses ini memerlukan dialog
secara aktif antara guru
dengan murid (pembelajaran sokratik). Tugas utama guru lebih dilihat sebagai
menterjemah maklumat
yang akan dipelajari ke dalam kerangka yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada
murid. Kurikulum
Pendekatan Konstruktivisme / 141juga perlu dibina dalam bentuk berpilin supaya
murid dapat membina pengetahuan secara berterusan
dengan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang telah terdahulu
dibina.
Kenal pasti perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional. Isikan
pandangan anda pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 9.1
Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional
Elemen Pengajaran dan pembelajaran
konstruktivis
Pengajaran dan pembelajaran
tradisional
Strategi/aktiviti
pengajaran
Peranan Murid
Peranan Guru
Penilaian/
penaksiran
Apakah prinsip asas pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme?
elepas kita membincangkan dengan terperinci idea daripada teoris yang banyak
mempengaruhi
pembelajaran melalui pendekatan ini, mari kita lihat pula huraian prinsip asas
pembelajaran
berdasarkan pendekatan konstruktivisme:

Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input
sensorinya dan
membina pengetahuan melaluinya. Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid
memerlukan aktivitiaktiviti
yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid
bukanlah individu
pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja.
Individu belajar bagaimana untuk belajar ketika melalui proses pembelajaran.
Pembelajaran bukan
hanya melibatkan pembinaan pengetahuan tetapi juga pembinaan sistem
pembelajaran di mana
makna yang dibina untuk sesuatu konstruk membolehkan kita memberi makna
kepada perkara lain
yang berkaitan. Sebagai contoh, apabila kita mempelajari jujukan peristiwa sejarah
berdasarkan tarikh
ia berlaku, pada masa yang sama kita memahami maksud istilah kronologi.
S
A
142 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2Pembinaan makna melibatkan aktiviti mental. Untuk menyokong proses mental ini,
murid harus
menjalani pembelajaran secara aktif melalui aktiviti hands-on, minds-on dan heartson. Dewey merujuk
aktiviti-aktiviti ini sebagai aktiviti reflektif.
Pembelajaran melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa yang kita gunakan
mempengaruhi
pembelajaran. Kajian empirikal menunjukkan bahawa individu bercakap dengan diri
sendiri ketika
belajar. Peranan bahasa dalam pembelajaran amat ditekankan oleh Vygotsky dalam
teori sosial
konstruktivisnya. Misalnya, pengajaran menggunakan bahasa ibunda lebih banyak
membantu

pembelajaran berbanding bahasa asing.


Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial. Pembelajaran kita amat berkait rapat
dengan persekitaran
sosial dimana kita berada. Pembelajaran dipengarauhi oleh individu lain disekeliling
kita seperti guru,
rakan, ibu bapa dan keluarga. Pengajaran secara tradisional lebih terarah kepada
mengasingkan
individu sewaktu pembelajaran. Ini amat ketara jika kita memerhatikan kedudukan
murid di bilik darjah.
Guru yang dilihat sebagai autoriti akan memastikan murid berada di tempat
masing-masing dan tidak
berinteraksi dengan murid lain sewaktu pengajaran berjalan. Keadaan ini mungkin
dapat
mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah namun ia tidak membantu proses
pembelajaran murid.
Sebagai perbandingan, pendekatan konstruktivis menitik beratkan interaksi sosial di
antara guru dan
murid atau sesama murid dalam mencari makna dalam membina pengetahuan.
Pembelajaran berlaku dalam sesuatu konteks. Kita tidak belajar fakta atau teori
secara terasing dan
yang tidak berkait dengan kehidupan sebenar. Apa yang kita pelajari berkait rapat
dengan apa yang
kita tahu, apa yang kita lalui, apa yang kita suka atau tidak suka. Kita tidak boleh
pisahkan apa yang
kita belajar dan apa yang berlaku di sekeliling kita kerana pembelajaran adalah satu
aktiviti sosial dan
interaktif.
Manusia memerlukan pengetahuan untuk belajar. Asimilasi pengetahuan tidak akan
berlaku jika kita
tidak mempunyai sesuatu kerangka awal pengetahuan yang boleh dijadikan pautan
untuk pengetahuan

baru. Lebih banyak pengetahuan yang kita miliki lebih banyak yang kita boleh
belajar. Dengan itu
adalah sangat penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid
supaya
pembelajaran baru dapat diasimilasi secara bermakna dengan pengetahuan sedia
ada murid.
Pembelajaran memerlukan masa. Untuk pembelajaran yang signifikan, idea baru
yang diterima perlu
dilihat kembali, diuji dan digunakan. Proses ini tidak boleh berlaku dalam jangka
waktu 10 atau 15
minit. Menyedari perkara ini penting kerana guru akan bersifat lebih terbuka
dengan kadar penerimaan
murid yang berbeza-beza.
Motivasi ialah salah satu kunci pembelajaran. Elemen motivasi memainkan peranan
penting dalam
proses pembelajaran. Salah satu aspek motivasi adalah menyedari kegunaan
pengetahuan yang
dipelajari. Jika murid merasakan sesuatu pengetahuan itu adalah relevan kepada
kehidupannya, ia
mempunyai nilai yang tinggi dan memotivasikan murid untuk mempelajarinya.
Pendekatan Konstruktivisme / 143Apakah elemen persekitaran pengajaran dan
pembelajaran konstruktivis?
etelah mendalami prinsip-prinsip asas konstruktivisme, bagaimanakah anda boleh
menterjemahkan prinsip ini ke dalam bilik darjah? Salah satu aspek adalah
membentuk
persekitaran pembelajaran yang menyokong paradigma konstruktivisme. Menurut
Wilson (1996)
persekitaran pembelajaran konstruktivis merupakan tempat di mana murid bekerja
bersama dan
menyokong antara satu dengan yang lain dan menggunakan pelbagai alat dan
sumber bagi mencapai

matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah. Beliau lebih menekankan


persekitaran
pembelajaran dan bukan persekitaran pengajaran untuk mengetengahkan idea
terhadap pembelajaran
yang lebih fleksibel di mana penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti autentik
dan bermakna untuk
membantu murid membina pemahaman dan mengembangkan kemahiran
penyelesaian masalah.
Antara elemen yang perlu ada dalam persekitaran konstruktivis adalah:
Pengetahuan dibina
Seperti yang telah disebut, murid tidak datang ke bilik darjah dengan pemikiran
yang kosong. Setiap
murid mempunyai satu set pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang unik dan
kompleks. Elemenelemen
ini akan menjadi asas kepada apa yang akan mereka pelajari.
Contoh: Seorang guru yang ingin mengajar konsep ukuran panjang tidak akan terus
memberikan
muridnya satu pembaris. Guru tersebut seharusnya membenarkan muridnya
meneroka cara mengukur
sesuatu benda mengikut cara yang boleh difikirkan oleh murid. Murid akan mencari
idea bagaimana
untuk mengukur benda-benda yang diberikan. Apa yang penting adalah guru
menyediakan beberapa
tools yang boleh dijadikan alat mengukur seperti klip kertas, pensil, pencungkil gigi
atau mancis.
Pada akhir aktiviti ini murid akan sedar bahawa ukuran panjang boleh dinyatakan
dalam bentuk unitunit
tertentu seperti panjang sebatang pensil adalah 6 unit klip kertas dan sebaginya.
Berasaskan
pengalaman ini guru boleh membina pengetahuan murid dengan pengajaran
tentang unit-unit ukuran

yang standard seperti millimeter, sentimeter dan sebagainya. Pembinaan makna


akan berlaku dengan
lebih berkesan kerana murid telah meneroka makna panjang atau pendek
berdasarkan pengalaman
pembelajaran yang diberikan oleh guru.
Sediakan satu aktiviti bagaimana anda dapat menyediakan pengalaman
pembelajaran
murid sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Nyatakan konsep apa yang ingin
anda ajar dan
perincikan pengalaman pembelajaran yang anda ingin murid anda lalui.
Pembelajaran berlaku secara aktif
Menggunakan senario pembelajaran di atas, adalah jelas bahawa murid diberi
peluang belajar secara
aktif. Murid mempunyai akses kepada peralatan yang diperlukan untuk mereka
menentukan panjang
setiap barang yang diberi guru. Dalam situasi pembelajaran ini murid
mengeksperimen secara handson
dan minds-on dengan peralatan yang diberikan untuk mendapatkan ukuran paling
tepat untuk
menerangkan panjang sesuatu benda. Interaksi murid dengan peralatan dan rakan
semasa proses
S
144 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2penerokaan ini menjadikan pembelajaran berlaku secara aktif dan menyeronokkan
bagi menwujudkan
suasana hearts-on.
Untuk aktiviti yang telah anda bina kenalpasti apakah aktiviti hands-on, minds-on
dan
hearts-on yang anda ingin murid anda jalankan.
Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif

Murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri secara menjalankan refleksi


tentang
pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sama ada melalui fasa
penerokaan atau pengajaran
guru. Langkah ini akan memahirkan mereka belajar. Guru boleh membantu proses
ini dengan
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan
tentang sebarang
keraguan tentang pembelajaran. Langkah ini boleh dilakukan secara berkumpulan
atau individu. Guru
juga perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang
pembelajaran yang
dilalui dan kaitannya dengan pengalaman lampau atau pengetahuan sedia ada
murid.
Contoh: Guru meminta murid menyediakan buku log di mana murid boleh merekod
bagaimana
perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.
Bina dua soalan berbentuk reflektif yang boleh anda berikan kepada murid setelah
mereka
selesai menjalankan aktiviti pembelajaran yang anda sediakan.
Pembelajaran berlaku secara kolaboratif
Apabila guru memberikan aktiviti penerokaan, langkah awal yang perlu guru
jalankan adalah meminta
murid untuk berbincang dalam kumpulan untuk menentukan bagaimana mereka
ingin meneroka
konsep yang diberikan. Aktiviti secara kolaboratif ialah satu aspek yang sangat
penting dalam
pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis. Melalui aktiviti ini murid hanya
belajar secara
sendiri tetapi mereka juga belajar daripada rakan-rakan sekumpulan. Untuk contoh
yang diberikan di

atas, interaksi sesama sendiri membolehkan murid merunding makna (negotiate


meaning) panjang
dan bagaimana ukuran boleh dilakukan. Apabila murid melihat kembali dan
membuat refleksi secara
berkumpulan, mereka boleh mempelajari strategi atau kaedah pembelajaran
daripada rakan-rakan.
Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa anda menjalankan aktiviti
pengajaran secara
kolaboratif? Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk mempastikan
keberkesanan pembelajaran
secara kolaboratif?
Pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penemuan
Contoh yang diberikan di atas jelas menunjukkan aktiviti penemuan yang
dijalankan. Semasa murid
meneroka konsep panjang, mereka cuba mencari penyelesaian untuk mengukur
panjang sesuatu
benda. Aktiviti penemuan yang dijalankan memberi andaian bahawa benda boleh
diukur dengan
peralatan yang mempunyai panjang tetap yang boleh digunakan berulang kali
untuk mendapatkan
Pendekatan Konstruktivisme / 145ukuran panjang. Kebanyakan aktiviti
pembelajaran konstruktivis adalah berasaskan penyelesaian
masalah. Murid akan menggunakan proses inkuiri untuk bertanya soalan,
menjalankan kajian,
menggunakan sumber yang ada untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang
dihadapi.
Contoh: Sekumpulan murid tingkatan empat diberikan aktiviti untuk menyiasat
bagaimana menulenkan
air. Penerokaan pelajaran menghasilkan beberapa contoh kaedah yang boleh
dijalankan seperti
menggunakan alat penuras, proses sulingan, menggunakan arang dan mencipta
formula berasaskan

struktur molekul air dan sebagainya. Guru seharusnya merangsang murid


memikirkan penyelesaian
sama ada di peringkat konkrit atau pun abstrak.
Ciptakan satu aktiviti penemuan untuk murid anda. Nyatakan kemungkinan
penyelesaian
yang dicadangkan murid.
Pembelajaran sentiasa berkembang
Penerokaan yang berterusan akan menimbulkan lebih banyak soalan pada murid.
Murid mempunyai
idea yang mungkin mereka dapati tidak benar, salah atau tidak mencukupi untuk
menerangkan
penegtahuan baru yang mereka tempohi. Idea-idea ini wujud secara sementara
sehingga
penyepaduan pengetahuan berlaku.
Contoh: Seorang murid beranggapan bahawa hanya tumbuhan hijau sahaja yang
menjalankan proses
fotosintesis sehinggalah beliau menguji kehadiran kanji pada tumbuhan yang
berdaun merah. Dapatan
ujian ini akan mengubah kerangka pengetahuan beliau untuk menyepadukan
konsep bahawa
tumbuhan berdaun merah juga mampu menjalankan proses fotosintesis.
Apakah yang akan berlaku apabila murid mempelajari sesuatu konsep baru?
Menurut pandangan
konstruktivis, murid itu akan membandingkan maklumat baru diterima dengan
pengetahuan dan
kefahaman sedia ada beliau. Semasa proses ini berlaku, salah satu perkara berikut
mungkin terjadi:
Maklumat baru yang diterima adalah sepadan atau konsonan dengan
pengetahuan sedia ada
membuatkan ia mudah diterima sebagai kefahaman barunya.

Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia
ada murid
dan beliau berusaha menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat
yang baru
diterima.
Maklumat baru yang diterima tidak sepadan atau disonan dengan kerangka sedia
ada murid dan
beliau menolak maklumat baru ini. Maklumat yang ditolak tidak akan tersemat pada
mana-mana
kerangka pengetahuan murid dan terapung di dalam minda sehingga murid
berkenaan dapat
membina makna terhadap maklumat ini.
Anda telah mempelajari teori-teori yang mendasari pendekatan konstruktivisme.
Anda juga
telah diberi penerangan tentang persekitaran konstruktivis yang boleh dijalankan di
bilik
darjah. Berdasarkan kefahaman dan contoh-contoh yang telah diberikan kenalpasti
ciri yang
diberikan dalam Jadual 9.2 dengan menandakan / (Ada) atau X (Tiada) pada kotak
yang berkaitan.
146 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2Jadual 9.2 Ciri persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivis
No Ciri / X
1 Memanjangkan tanggung jawab pembelajaran ke atas murid
2 Memberi peluang murid menentukan apa yang perlu mereka pelajari
3 Membantu murid mengurus aktiviti pembelajaran
4 Membantu murid menyumbang ke arah pembelajaran bersama
5 Mewujudkan persekitaran pembelajaran tanpa ancaman (nonthreatening)
6 Membantu murid mengembangkan kesedaran metakognitif mereka
7 Membentuk pembelajaran bermakna

8 Menggunakan pengetahuan sedia ada secara maksima


9 Mengukuhkan pengajaran dalam situasi realistik
10 Mengadakan pelbagai cara mempelajari bahan
11 Merangsang pembinaan pengetahuan secara aktif
12 Menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti untuk merangsang aras
pemikiran tinggi
13 Menggalakkan tinjauan dari pelbagai perspektif
14 Menggalakkan cara penyelesaian masalah yang kreatif dan luwes
15 Menyediakan mekanisme untuk murid mempersembahkan hasil
pembelajaran mereka
Apakah peranan guru dalam pengajaran konstruktivis?
enurut Jonassen (1999), konsep pembelajaran konstruktivis melihat pengetahuan
sebagai
sesuatu yang dibina secara individu dan sosial berasaskan interpretasi pengalaman
murid
dengan dunianya. Implikasi kepada pengajaran adalah untuk guru berusaha
mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang akan memudahkan pembinaan pengetahuan.
Jonassen (1999)
mengutarakan tiga aktiviti penting dalam pengajaran guru yang boleh menyokong
proses pembelajaran
konstruktivis:
Guru bertindak sebagai model peranan (role model)
Guru boleh menggalakkan aktiviti penerokaan dengan cara menjadi model untuk
memperagakan
situasi pembelajaran yang berkaitan. Aktiviti ini mungkin berbentuk fizikal seperti
demonstrasi kerja
amali ataupun dalam bentuk bukan fizikal seperti mengadakan diskusi atau
memainkan rakaman dialog

dengan pakar dalam bidang berkenaan. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk
membolehkan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang terdapat pada guru atau pakar
rujuk lain dicungkil
keluar untuk dimanfaatkan murid.
Guru berperanan sebagai jurulatih.
Guru yang memainkan peranan sebagai seorang jurulatih yang baik mampu
menggalakkan murid
untuk melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah; menganalisis dan
memantau
M
Pendekatan Konstruktivisme / 147perkembangan murid dari segi perolehan
kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru juga memandu
murid melalui maklum balas serta nasihat berkaitan dengan cara meningkatkan
prestasi atau
menimbulkan pemikiran refleksi murid terhadap apa yang telah dibelajar. Di
samping itu guru
berperanan sebagai jurulatih dalam membetulkan andaian salah.
Guru berperanan sebagai perancah.
Guru memainkan peranan sebagai perancah untuk membantu dan membimbing
murid berinteraksi
dengan masalah, murid-murid lain dan persekitaran. Aktiviti perancah memerlukan
guru kadang kala
mengubahsuai sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu masalah supaya proses
pembelajaran yang
tergendala dapat diteruskan. Antara usaha guru untuk membantu murid dengan
cara perancah adalah
menyesuaikan darjah kesukaran masalah; menstruktur semula masalah dan
menggunakan penilaian
alternatif.

Selain tiga peranan yang diberikan di atas, bolehkah anda memikirkan peranan lain
yang
boleh dimainkan oleh guru dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis?
Adakah anda seorang guru konstruktivis?
Lawati URL ini:
http://surveylearning.moodle.com/cles/papers/CLES_AERA94_Award.htm
dan baca artikel CLES: An instrument for monitoring the development of
constructivist learning
environments Muat turun soal selidik CLES dari MyGuru2 dan perbanyakkan. Tadbir
soal selidik ini di
kelas yang anda ajar. Tulis sebuah laporan berdasarkan dapatan anda.
Apakah ciri murid yang dihasilkan melalui pendekatan konstruktivis?
Pelajar yang melibatkan diri secara bermakna dalam proses pembelajaran dilihat
sebagai mereka
yang:
bertanggung jawab ke atas pembelajaran mereka sendiri
mempunyai kawalan kendiri dan menentukan matlamat pembelajaran mereka
berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri
berupaya menyelesaikan masalah
tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi
baru
belajar di antara satu dengan yang lain secara kolaboratif dan berinteraksi secara
generatif
dengan guru.
Model pengajaran konstruktivisme
erdapat beberapa jenis model pengajaran yang mengambil kira pendekatan
konstruktivis.
Antaranya ialah model 5E (Engagement, Exploration, Explanation, Enhancement,
Evaluation)

dan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa. Rajah 9.2 menunjukkan Model Kitar
Pembelajaran 4Fasa.
T
148 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2Rajah 9.2 Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa
Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa ini sangat mudah diikuti dan diaplikasi kerana
model ini menunjukkan
urutan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas tanpa ada pertindanan antara
satu fasa dengan
satu fasa yang berikutnya. Penaksiran dan penilaian pembelajaran tidak dijadikan
sebagai satu fasa
terasing kerana kedua-dua proses ini berlaku dalam setiap fasa pengajaran dan
pembelajaran. Berikut
merupakan huraian setiap fasa pengajaran:
Fasa 1: Permulaan/Mencungkil Idea
Guru mengaitkan pelajaran lepas yang berkaitan dengan pelajaran baru
Guru mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang mempersembahkan
dan menyatakan
idea dan pengetahuan sedia ada mereka
Langkah pertama ke arah memurni, menyusun semula, dan/atau mengatasi
miskonsepsi jika
ada
Menyediakan murid dan guru untuk berinteraksi dengan idea murid secara
bermakna ke arah
pembinaan pengetahuan baru
Perlu menarik dan mengujakan bagi meningkatkan semangat belajar murid
Fasa 2: Menstruktur/Menstruktur semula idea
Membina idea dan kefahaman baru

Memurni dan menyusun semula prakonsepsi dan pengetahuan sedia ada murid
supaya lebih
bertepatan dengan idea/kefahaman yang hendak dibina
Menyelesaikan masalah miskonsepsi murid
Mempersembahkan idea baru dengan mengaitkannya kepada pengalaman murid
Menaksir kefahaman murid secara berterusan (penaksiran untuk pembelajaran)
Pendekatan Konstruktivisme / 149Fasa 3: Aplikasi idea
Mengaplikasi pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan
Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid
Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Menggunakan secara meluas strategi berfikir seperti mengkonsepsi,
menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan
Melakukan penaksiran untuk pembelajaran
Fasa 4: Refleksi/Penutup
Membandingkan prakonsepsi dan miskonsepsi murid dengan pengetahuan baru
yang dibina
Meringkaskan apa yang telah dipelajari
Melihat semula apa yang sepatutnya dicapai dan kemudian menaksir hasil
pembelajaran
tersebut
Meminta murid membuat kesimpulan dan membuat refleksi keseluruhan
pengalaman
pembelajaran mereka
Mengaitkan dengan pelajaran akan datang
RUMUSAN
onassen (1994) membuat kesimpulan tentang implikasi terhadap pengajaran
konstruktivis kepada

beberapa prinsip yang menjelaskan bagaimana pembinaan pengetahuan melalui


pengajaran
boleh dilakukan. Beliau menyarankan persembahan keadaan sebenar dipelbagaikan
dan
keadaan ini boleh mewakili kerencaman semula jadi dunia sebenar. Fokus
pengajaran haruslah
kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya hasil pembelajaran.
Pengajaran juga harus
tertumpu kepada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran
pembelajaran berasaskan kes
di mana murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju
pembelajaran
mereka. Selain itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan
pembelajaran, membolehkan
pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke
atas pembinaan
pengetahuan secara kolaboratif.
J
150 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2PETA MINDA
KATA KUNCI
1. Pendekatan Konsruktivisme 6. Mencungkil idea
2. Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa 7. Menstruktur idea
3. Reflektif 8. Mengaplikasi idea
4. Kolaboratif 9. Autentik
5. Pengetahuan sedia ada 10. Hands-on, minds-on, hearts-on
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah kelebihan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivis?
2. Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh murid dan guru yang mengadaptasikan
pendekatan

konstruktivis?
3. Terangkan perbezaan diantara idea pengajaran secara tradisional dan
konstruktivis.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan membina pengetahuan atau membina
kefahaman?
5. Terangkan bagaimana pendekatan konstruktivisme mengembangkan kemahiran
berfikir murid.
6. Adakah pendekatan konstruktivisme mempunyai impak terhadap kemahiran
komunikasi dan
sosial murid? Bincangkan.
Pendekatan Konstruktivisme / 1517. Reka bentuk satu rancangan mengajar
berteraskan Model Kitar Pembelajaran 4-Fasa.
8. Pendekatan konstruktivis memberi focus terhadap penglibatan aktif murid
semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan beberapa aktiviti yang bersifat
konstruktivis dan
mampu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Bincangkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan keberkesanan pendekatan
konstruktivisme.
RUJUKAN
Abruscato, J. & DeRosa, A. A. (2010). Teaching children science. (7th Ed.). New York:
Pearson
International Edition.
Bass, J. E., Contant, T, L. & Carin, A. A. (2009). Teaching science as inquiry. (11th
Ed.) New York:
Pearson International Edition.
Elliot, S., Kratochill, T., Littlefield, J., Cook, J., dan Travers, J. (2000). Educational
Psychology: Effective
Teaching, Effective Learning. (3rd Ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.
Jonassen, D. H. (1999). Designing constructivist learning environments. Dalam C. M.
Reigeluth (ed.)

Instructional design teories & models. A new paradigm of instructional theory. Vol II.
Mahwah, NJ:
LEA Publishers.
Jonassen, D.H. (1994). Thinking Technology: toward a constructivist design model.
Educational
Technology. 34-37.
Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan
KPD3026
Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan
Manusia, UPSI
Vygotsky, L. S. (1978). Minds in society. MA: Harvard University Press.
Wardsworth, B. J. (1971). Piagets theory of cognitive development. New York:
Longman.
152 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 &
2JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
Jadual 9.1 Perbezaan antara pengajaran konstruktivis dengan tradisional
Elemen Pengajaran dan pembelajaran
konstruktivis
Pengajaran dan pembelajaran
tradisional
Strategi/aktiviti
pengajaran
Berpusatkan pelajar Berpusatkan guru
Peranan Pelajar Pembina pengetahuan Penerima pengetahuan
Peranan Guru Pemuda cara pembelajaran Pemberi maklumat
Penilaian/
pentaksiran
Penilaian berterusan, secara holistik

dan autentik
Penilaian tradisional melalui ujian dan
peperiksaan (pensil dan kertas) setelah
pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai