Anda di halaman 1dari 7

KONSTRUKTIVISME

Pada masa lapang kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan.Perbuatan itu dianggap sebagai perbuatan yang tidak memberi makna kepada mereka dan membazir masa dan tenaganya. Tetapi melalui bermainlah kanak-kanak belajar pelbagai perkara secara tidak langsung. Pembelajaran atau penerimaan ilmu pengetahuan berlaku secara tidak formal.pembelajaran berlaku dalam bentuk beraktiviti ini dimaksudkan belaku pembinaan pengetahuan yang dikenali KONSTRUKTIVISME. Dalam bahasa inggeris konstruk dikenali sebagai construct yang dimaksud sebagai membina mengikut Kamus Dwibahasa. Dari tajuk, kita dapat sesuatu gambaran tentang teori ini. Dengan ini individu sentiasa mencari dan membina pengetahuan secara sendiri berasaskan pengalaman sedia ada (skema). Dalam KONSTRUKTIVISME pelajar telah membina pengetahuan diri sendiri dan mereka dikenali sebagai Pembina pengetahuan bukan mereka dikenali sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang apa yang mereka pelajari dan mengaitkanya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada ( skema) dan mereka tidak akan menerima suatu ilmu atau pengetahuan secara bulat-bulat dari manamana. Teori pembelajaran KONSTRUKTIVISME mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Dalam teori pembelajaran ini kita dapat melihat cara-cara maklumat diuruskan. Dalam teori KONSTRUKTIVISME , mempunyai dua orang tokoh terkenal, iaitu Jean Piaget dan Vygotsky. Tokoh-Tokoh ini memberi pandangang kepada dua jenis iaitu konstruktivisme psikologi/individu/kognitif (Jean Piaget) dan konstruktivisme sosial (Vygotsky). Teori KONSTRUKTIVISME Psikologi/individu/kognitif (Jean Piaget) Jean Piaget(1896-1980) adalah seorang tokoh yang terkenal dalam teori perkembangan kognitif dan juga beliau terkenal dalam memberi pandangan tentang cara-cara manusia membina pengetahuan. Menurut beliau, keupayaan mengurus pengetahuan dan maklumat berlaku secara peringkat.

Proses membina pengetahuan dalam seseorang juga belaku secara peringkat yang mula dengan pengetahuan sedia ada (skema) dalam kognitif. Skema bermaksud struktur asas dalam organisasi mental. Pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku juga bermaksud skema.

Dalam fikiran saya muncul sebuah, iaitu bagaimanakah pengetahuan dibina secara tidak langsung. Tetapi saya dapat jawapan yang kukuh selepas saya habis baca teori ini. Perkara atau maklumat yang baru kita pelajari masuk atau disesuaikan dalam strukutur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi bermaksud bahawa proses menyesuaikan dan menerima perkara baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran, ianya dikenali sebagai equilibrasi.

Jean Piaget menerangkan proses equilibrasi bahawa bahagi kepada dua, iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi Semasa kita menerima perkara atau maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri yang serupah dengan maklumat yang sedia ada dalam skema, perkara tersebut telah menerima dengan mudah ke dalam struktur kognitif. Proses inilah dikenali equilibrasi. Akomodasi Bukan semua perkara atau maklumat bersama dengan skema kita dan tidak setiap kali berlaku asimilasi dalam struktur kognitif. Kadang kala, perkara atau maklumat yang baharu kita menerima tidak mempunyai ciri-ciri sama seperti maklumat dalam skema, dan maklumat baharu itu ganggu-gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dikenali sebagai disequilibrasi. Perkara atau maklumat tersebut tidak dapat menerima atau diserap masuk. Perkara tersebut akan terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui perbincangan, pembacaan atau melalui apa-apa, barulah perkara atau maklumat baharu itu diterima masuk. Dengan ini, akhirnya berlaku equilibrasi dalam struktur kognitif.

Asimilasi dan akomodasi mengambil bahagian dalam kehidupan sepanjang hayat dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran (equilibrasi).Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks. Skema juga menjadi lebih kompleks.

Dengan skema lebih kompleks , dapat membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus. Asimilasi dan akomodasi susah nak faham dan sukar cari maklumat. Saya boleh menerang tentang asimilasi dan akomodasi secara mudah denga memberi contoh. Kita ambil kira bahawa kita ada 4 buah bekas untuk menyimpan dadu. Sesebuah bekas itu boleh isi sebiji dadu sahaja (maksimum). Dalam asimilasi, kita mempunyai 4 biji dadu dan kita dapat menyimpan dalam 4 buah (sebiji dadu dalam sebuah bekas) tanpa mengubah apa-apa dan tanpa berfikir serta tidak ada apa-apa kompleks. Dalam akomodasi pula, apabila kita dapat sebiji dadu lagi ( lima biji), akan berlaku ganggu-gugat (disequilibrasi). Dengan ini skema kena berubah. Kita akan menyimpan sebiji dadu yang baru dapat simpan dalam bekas yang lama. Dengan ini sebuah bekas mempunyai dua biji dadu dan tiga buah bekas lagi mempunyai sebiji dadu. Setelah keputusan dibuat dan dadu itu telah di simpan dalam bekas dengan senang. Akhirnya, belaku equilibrasi secara tidak langsung. Proses membuat pengubahasusian dan penyesuaian ini sama seperti otak kita mengubah skema untuk mengakomodasi maklumat baharu.

1
Skema (Pengetahuan Sedia Ada) Adaptasi (Proses Penyesuaian)

Asimilasi

Equilibrasi

Disequilibrasi
Akomodasi

Asimilasi : maklumat baru yang serap serupa dengan skema

Akomodasi : maklumat baru yang serap tidak serupa dengan skema dan kena berubah skema

Teori Konstruktivisme sosial Menurut Vygotsky, konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis,logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Dalam teori ini sosial memainkan peranan tinggi dan penting serta utama terhadap pembelajaran. Dengan teori sosial inilah seseorang individu bertemu, berkongsi dan saling membina maklumat baru. Semasa seorang pelajar yang dapat menglibat dengan orang lain, pelajar tersebut dapat peluang untuk menilai dan meningkatkan ilmu atau pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman ( Gauvain, 2001). Pandangan Vygotsky tentang teori ini bahawa pembelajaran yang menjalakan melalui bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Teori ini mempunyai beberapa pandangan, iaitu;

a) Sejarah pelajar, pengalaman, pertemuan dan budaya sekeliling atau masyarakat sangat memberi impak dalam pembelajaran individu pelajar. b) Pembelajaran dalam teori ini dijalankan secara kumpulan( situasi sosial). c) Dalam teori ini guru hanya menjadi pembimbing atau fasilitator pembelajaran. d) Dalam teori ini juga mengutamakan kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan palajar dalam sesuatu pembelajaran. e) Pelajar berupaya membuat penilaian ke atas pembelajaran sendiri f) Pelajar juga berupaya menyelesaikan masalah.

g) Tahu bagaimana untuk belajar dan boleh memindahkan pembelajaran ke situasi baru.

Zon Perkembangan Terdekat

Zon Atas

Zon Perkembangan Terdekat (ZPD)

Zon Bawah

Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) bermaksud bahawa tugasan pembelajaran yang tidak dapat lakukan atau sukar dilakukan oleh pelajar, tetapi dapat melakukan atau menguasinya dengan nasihat atau bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukannya secara sendiri, isi pelajaran tersebut dimaksudkan sebagai zon bawah. Sebaliknya kalau pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berad dalam ZPD.Isi pelajaran dalam zon bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran.Isi pelajaran yang berada di zon luar atas , tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain. Contohnya, ZON Atas: Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya boleh menbuat angka 1 hingga 1000 sendiri. ZON Bawah: Kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1 hingga 100.

Dalam ZPD pelajar perlu menguasai isi pelajaran. Kita boleh membantu mereka untuk menguasai isi pelajaran dengan menggunakkan teknik scaffolding. Scaffolding bermaksud bahawa peringkat bimbingan dan sokongan yang dijalakan atau dilakukan mengikut kehendakan pelajar. Tapi bimbingan ini tidak berterus dan dikurangkan bila pelajar dapat menguasai peringkat demi peringkat.Akhir pada bimbingan ini pelajar boleh melakukan secara sendiri. Antara Prinsip-prinsip Konstruktivisme 1) Mengutamakan pelajar dalam pembelajaran. 2) Pembelajaran menjalakan melalui proses aplikasi pengetahuan 3) Pembelajan ini menjalakan secara bertemu dengan masyarakat. 4) Diajar dan di bimbing berasaskan teknik scaffolding.

Implikasi teori Konstruktivisme dalam pengajaran . 1. Guru perlu memberi prihatin terhadap Zon Perkembangan Terdekat juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran. 2. Guru mestilah mengunakan contoh yang pelbagai dan bahan dari mana-mana sumber untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu. 3. Perlu kaitkan pengajaran dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.

4. Mestilah menyediakan penerangan yang betul dan kukuh. Penerangan yang jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang jelas, murid berkemungkinan akan menyalah tafsir arahan atau kehendak guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh ketika sesi perbincangan bersama murid.

Anda mungkin juga menyukai