Anda di halaman 1dari 2

Video adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, menghantar dan

menyusun semula gambar bergerak. Biasanya menggunakan filem seluloid, sinyal elektronik,
atau media digital. Video juga boleh dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang
dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kelajuan tertentu. Gambar-gambar yang digabung
tersebut dinamakan frame dan kelajuan pembacaan gambar disebut dengan frame rate,
dengan unit fps (frame per second). Kerana dimainkan dalam kelajuan yang tinggi maka
tercipta ilusi gerak yang halus, semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus
pergerakan yang dipaparkan.
Video juga berdifinisikan sebagai satu media pengajaran yang akan membantu
kepada seorang dan menjadi

satu saluran untuk menyampaikan apa yang di hendak

disampaikan oleh guru kepada para pelajar dengan senang dan kesan. Penghasilan video
pembelajaran yang berkesan, perlulah memberi tumpuan kepada

beberapa aspek yang

penting. Antaranya, warna video, kesan berbunyi, skrip yang mudah, taraf mengikut pelajar
sekolah rendah, panjang video yang sesuai, fokus kepada kandungan pengajaran dan lain-lain.
Saya juga telah menghasilkan sebuah video untuk sesi P&P(pengajaran dan pembelajaran).
Pertama sekali, video yang saya telah digunakan untuk P&P ialah Gagah yang Bijak.
Saya telah menjelaskan nilai kerajinan daripada cerita itu kepada para pelajar. Pada
permulaannya, apabila saya menayangkan video tersebut, pelajar-pelajar susah untuk melihat
objek-objek yang ada dalam video tersebut dan objek-objek ada dalam video tidak
menceritakan kandungan pengajaran. Pencerahan sesuatu gambar atau objek bergantung
pada aspek warna video tersebut. Jika, warna video tersebut gelap maka, objek dalam video
tersebut juga tidak boleh melihat dengan jelas. Saya tidak boleh menerangkan atau
menjelaskan cerita itu dengan menggunakan objek-objek yang ada dalam video tersebut
supaya objek tidak cerah. Tambahan pula, segelintir pelajar datang ke hadapan untuk mencuba
melihat apa yang dipaparkan melalui video tersebut sebenarnya. Masalah seperti ini amat
mengganggu proses P&P saya. Apabila sesuatu video yang menggunakan warna yang terang
dan tidak gelap, maka video itu sangat sesuai untuk digunakan dalam P&P. Pengajaran yang
saya dapatnya ialah untuk menghasilkan sesuatu video yang menarik perlu memberi tumpuan
kepada aspek Warna. Apabila menghasilkan sesuatu video, perlu menumpu kepada suasana
tempat itu sebelum merakamkan video.

Jika suasana itu amat gelap dan tidak ada cahaya dari matahari ataupun cahaya dari
lampu mengabaikan untuk merakamkan video pada masa itu. Ini kerana, jika merakam video
pada masa itu, maka tentulah video tersebut tidak boleh diguna kerana objek objek yang ada
dalam video tersebut mesti tidak boleh nampak dan kalau video itu menjadi video pengajaran
maka, Pengajaran & pembelajaran itu akan di jejas.
Seterusnya, warna yang jelas merupakan suatu aspek yang perlu diambil kira apabila
menghasilkan video yang berkesan. Warna yang kurang jelas atau gelap pada sesuatu video
akan mengurangkan kualiti video tersebut dan video yang tersebut tidak akan menarik para
penonton walaupun ditayangkan. Warna yang gelap pada sesuatu video juga menjadi masalah
kepada para penonton untuk faham isi kandungan dan cerita yang sebenarnya daripada video
itu. Sebagai contohnya, seorang guru pendidikan jasmani sedang menayangkan suatu video
yang menjelaskan prosedur mengelecek bola dengan kaki. Jika warna video itu gelap maka,
pelajar-pelajar susah untuk melihat pergerakan itu dan mereka tidak dapat membuat
pergerakan tersebut.
Video yang saya hasilkan mempunyai kekurangan untuk menyempurnakan aspekaspek yang di atas.

Anda mungkin juga menyukai