Anda di halaman 1dari 35

Teori Pembelajaran Kognitif

• Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang


melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami.
• Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler,
Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth
dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di
mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung
daripada tingkah laku manusia.
• Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan
maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah
untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk
belajar lebih baik.
Teori perkembangan kognitif
oleh Jean Piaget
• Jean Piaget (1896-1980)-seorang ahli kaji
biologi berbangsa swiss yg kemudian
berminat di dalam kaji psikologi. Beliau
amat terkenal dgn teori kognitif atau
inteleknya. Menurut beliau knk-knk
berkembang dari segi mentalnya mengikut
tahap atau peringkat
• Tahap –tahap perkembangan ini mengikut
urutan masa tertentu, ini bererti semua
kanak-kanak melalui semua tahap berikut
– Tahap motor-deria (0-2 tahun)
– Tahap pra-operasi (2-7 tahun)
– Tahap operasi konkrit (7-12 tahun)
– Tahap operasi formal (12 tahun ke atas)
Tahap motor-deria (0- 2 tahun)
• Knk-knk pada tahap ini bergantung pada motor
deria utk berinteraksi dengan alam
persekitarannya
• Ia belajar meneroka persekitaran dengan
mengangkat benda, memainkannya, merasa dan
menggigitnya
• Ia dapat memperhatikan benda itu melalui
penglihatan dan pendengaran bunyinya.
• Apabila sebuah objek yang dilihatnya disimpan
dia menganggapkannya objek itu tidak wujud
lagi, ia belum memperoleh konsep objek kekalan
sehingga umur 2 tahun
Tahap pra-operasi (2-7 tahun)

• Knk-knk tahap ini bersifat egosentrik-


mereka mementingkan diri sendiri
• Ini kerana persekitarannya masih
terkongkong dan peregerakkannya masih
terhad w’pun mereka sudah boleh berjalan
dan berbahasa
• Mereka belum dapat membezakan antara
pandangan diri sendiri dengan pandangan
orang lain. Keadaan ini juga mungkin
mnyebabkan mereka percaya bahawa
dunia ini dicipta untuk diri mereka
• Akibatnya, mereka sukar memahami
kenapa kehendak mereka tidak boleh
dipenuhi dan kenapa mereka perlu
berkongsi sesuatu dengan orang lain
• Apabila umurnya meningkat 4 tahun, knk-knk
akan berubah daripada egosentrik menjadi insan
yang lebih bersifat sosial
• Pelupusan sifat ini bermula dalam diri knk-knk
bila mereka mula berinteraksi dengan orang lain
secara pragmatik, iaitu kebolehan mendengar,
memberi perhatian dan menerima pandangan
orang lain
• Knk-knk tahap ini belum dapat memperoleh
konsep kuantiti, berat, panjang, luas, isipadu,
cecair dan jisim (mass). Contohnya mereka akan
mengatakan bahawa cecair di dalam dua bekas
yang sama saiz dan bentuk jika dituangkan ke
dalam bekas yang berbeza akan berubah dari
segi kuantiti.
• Knk-knk tersebut dikatakan belum mempunyai
konsep pengekalan kuantiti n
• Piaget menyarankan agar guru menyediakan
persekitaran yang merangsangkan untuk
membantu kanak-kanak belajar dan
berkembang sendiri
• Beliau tidak menggalakkan guru mengajar
sesuatu konsep sebelum ianya diperolehi knk-
knk. Menurut beliau knk-knk akan memperolehi
pengalaman dan pengetahuan sendiri secara
aktif jika persekitaran itu sesuai
• Dan orang dewasa dikira akan
membantutkan perkembangannya jika
mereka mengajar sesuatu konsep sebelum
knk-knk mencapai tahap tersebut
• Bagi menentukan samada knnk-knk sudah
mencapai tahap pengekalan, Piaget
menggunakan beberapa ujian. Ujian-ujian
dpt dijalankan oleh guru
Tahap operasi konkrit (7-12 tahun)
• Knk-knk yang sudah memperolehi konsep
pengekalan digolongkan ke dalam tahap ini
• Mereka sudah berupaya menaakul (reasoning)
beberapa operasi mental yg bercorak matematik,
lojik, geometri atau algebra mudah
• Operasi ini hanya dapat dilakukan secara konkrit
iaitu dengan menggunakan benda-benda
maujud atau konkrit
• Oleh itu guru hendaklah sentiasa menngunakan
alat bantu mengajar kerana knk-knk pada tahap
ini masih bergantung pada benda maujud untuk
membina konsep mereka
Tahap operasi formal
(12 tahun ke atas)
• Merupakan tahap paling penting dalam
perkembangan mental remaja.
• Pada tahap ini mereka ada kebolehan
berfikir secara formal atau abstrak
• Mereka sudah dapat menaakul serta
menyelesaikan masalah yang abstrak dan
kompleks
KOGNITIVISME
• .Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget.
Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental.

• Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili


melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema.
Skema akan menentukan bagaimana data dan
maklumat yang diterima akan difahami oleh minda
manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang
ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke
dalam skema ini.
• Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada,
maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau
skema akan diubah suai.
Konstruktivisme.

• Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme


ini lahirlah satu pandangan tentang cara
manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme.
• Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu
yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara
pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan
oleh gurunya.
• HOW??? Murid menyesuaikan sebarang
maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
mereka untuk membentuk pengetahuan baru
dalam mindanya dengan bantuan interaksi
sosial bersama rakan dan gurunya.
Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu

skema,
asimilasi dan
akomodasi

yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi


Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu
menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi
hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur
mental berubah dan boleh disesuaikan semasa
berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran.
Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses
dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah
boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana
individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik
serta pengalaman. Skema sebagai struktur
perkembangan kognitif berubah menerusi proses
asimilasi dan akomodasi
Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar
mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema
yang sedia ada. Proses ini melibatkan:
• a) sesuatu organisma makan makanan,
• b) hadam makanan itu, dan
• c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada
badan manusia.
• Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada
interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang
dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya
tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan
membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.

Akomodasi

• Akomodasi merupakan proses untuk


meminda/menambah skema yang ada atau
menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil
daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema
pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak.
Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan
skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep
atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak
secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan.
• 1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan
rangsangan itu.
• 2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan
baru itu dapat disesuaikan.
• Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.
APAKAH KONSTRUKTIVISME ?

• (McBrien & Brandt,1997)


Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain.
• (Briner, M.,1999)
Murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi
baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh
dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.
KELEBIHAN PEMBELAJARAN
SECARA KONSTRUKTIVISME
Implikasi dalam Pendidikan
• PERANAN MURID DAN GURU SERTA
CABARAN DALAM KELAS
KONSTRUKTIVIS
• perubahan dalam bilik darjah khususnya
tentang peranan murid dan guru serta
cabaran- cabaran yang mungkin dihadapi
oleh mereka dalam pembelajaran secara
konstruktivisme.
Peranan Murid
• Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan
isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan
idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina
asas pengetahuan yang mereka faham.
• Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang
untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
kumpulan.
• Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
Peranan Guru

•Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai


pandangan mereka.
• Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
• Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada
kehidupan mereka.
• Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan
hanya dalam bentuk ujian bertulis.
• Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
hipotesis.
• Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut
jawapan mereka.
• Menggalakkan penemuan oleh murid melalui
pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan
murid menyoal murid yang lain.
• Memberi masa secukupnya kepada murid untuk
menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
• Memberi masa secukupnya kepada murid untuk
membuat perkaitan antara idea-idea yang telah
dijanakan.
• Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam
menjalankan tugasan tertentu.
• Membimbing murid mendapatkan jawapan yang
tepat.
Cabaran Guru Konstruktivis

• Guru merasa mereka tidak mengajar .


• Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran
secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.
• Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak
penting lagi .
• Kawalan kelas agak merosot.
• Guru yang sedang menukar cara mengajar
kepada pendekata konstruktivisme memerlukan
sokongan profesionalisme serta pengukuhan
keyakinan daripada pihak sekolah.
PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA
TRADISIONAL DAN KONSTRUKTIVISME
• SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai