Anda di halaman 1dari 7

Kajian Berkaitan Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Video Dalam Proses Pengajaran Dan

Pemudahcaraan (PDPC) Subjek Sejarah Bagi Murid Tingkatan 2

Nur Izzati binti Zakaria


SMK I.J Convent
Johor Bahru

ABSTRAK

Mata pelajaran sejarah merupakan subjek wajib bagi pelajar di peringkat sekolah. Kaedah konvensional yang
digunakan di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) menyebabkan murid berasa subjek
ini agak membosankan dan kurang minat untuk belajar atas alasan kaedah penyampaian yang digunakan adalah
mendatar dan kurang menarik. Justeru, kaedah penggunaan video dan menjadi alternatif bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi semasa proses PdPc subjek sejarah dilaksanakan. Kajian ini dilakukan untuk mengukur
persepsi murid terhadap kesesuaian pelaksanaan penggunaan video dalam proses PdPc di dalam kelas. Kajian
rintis dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dengan bilangan responden seramai 29 orang dan data
dianalisa menggunakan SPSS versi 22. Selanjutnya, analisis statistik dengan ujian min (purata) digunakan bagi
mengukur persepsi responden terhadap soalan-soalan yang diberikan. Hasil dapatan menunjukkan persepsi
murid terhadap pelaksanaan penggunaan video di dalam kelas berada pada skala yang tinggi apabila purata skor
min yang diperolehi ialah 3.93. Ini bermakna, inovasi penggunaan video di dalam kelas mampu untuk mengatasi
masalah rasa bosan malah murid merasa seronok dan dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap
pembelajaran yang disampaikan. Aplikasi ini juga dilihat mampu untuk memudahkan hubungan komunikasi antara
pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa integrasi teknologi melalui penggunaan video dalam pendidikan adalah
salah satu contoh mekanisme yang berupaya merangsang proses PdPc yang baik dan berkesan di dalam
pendidikan dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan lagi prestasi murid dalam keputusan
pentaksiran dan peperiksaan.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Setelah pemerhatian telah dilaksanakan, kemahiran guru bukan sahaja perlu berpegang kuat
kepada teori pembelajaran malah kekuatan kemahiran untuk mewujudkan suasana PdPc yang lebih
interaktif dan berkesan. Ini dapat dikukuhkan dengan kemahiran untuk menghasilkan bahan PdPc
digital yang dapat mengubah pendekatan secara tradisional kepada pendekatan yang lebih realistik.
Menurut Mok Soon Sang (1996), perubahan pada sistem pendidikan pada dekad 80-an
memerlukan golongan guru mengubah diri ke arah pandangan, sikap, kemahiran dan daya usaha
untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi mempertingkatkan prestasi
dan keupayaan di dalam bidang kerja yang kian mencabar. Adalah amat penting bagi guru bersedia
dari segi pengetahuan, akademik serta kemahiran bagi membolehkan mereka memberikan mutu
pengajaran yang berkualiti melalui teknik pengajaran berunsurkan teknologi.
Menurut David Thourbun (2004), teknologi akan memberi impak positif jika para guru tahu
cara yang betul untuk mengintegrasikan elemen pedagogi serta teori pembelajaran ke dalam
penghasilan bahan PdPc digital. Keyakinan, daya juang dan kreativiti para guru menjadi elemen
tambahan terhadap penghasilan bahan PdPc digital.
Apa yang menjadi sasarannya adalah teknologi dapat melahirkan para guru cemerlang.
Bahkan bukan sekadar guru, namun teknologi melahirkan pengguna aktif iaitu murid yang
berpengetahuan. Tambahan pula, teknologi akan memaksa guru untuk memperkembangkan definisi
pembelajaran dengan memasukkan konsep pembelajaran yang baru. Pada zaman kini, adalah susah
bagi kita untuk menilai sejauh mana penguasaan teknologi di kalangan guru. (Duran, 1999)
Untuk memudahkan lagi guru bagi mendapatkan sumber, video-video yang bersesuaian boleh
dimuat turun dari laman YouTube. YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk
memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu
Web 2.0 yang popular. YouTube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video
dan terlibat dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta, iaitu satu aktiviti yang
meningkatkan literasi visual murid, yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya elektronik
masa kini (Embi, 2011).
Justeru itu, berdasarkan kajian-kajian terdahulu serta pengalaman pengkaji sendiri, dapat
diperhatikan bahawa walaupun seseorang guru pernah mempelajari ilmu teori pembelajaran serta
pedagogi namun kelemahan akan wujud apabila guru itu tidak tahu mengaplikasikan ilmu tersebut
dalam pembinaan bahan pengajaran digital. Ini disokong dengan masih ada lagi para guru yang
menggunakan penyampaian mengikut kaedah tradisional iaitu ”chalk and talk”.
Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah penggunaan
video dan menjadi alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses PdPc subjek
sejarah dilaksanakan. Kajian ini dilakukan untuk mengukur persepsi murid terhadap kesesuaian
pelaksanaan penggunaan video dalam proses PdPc di dalam kelas.
2. FOKUS KAJIAN

Kajian kuantitatif ini bersifat pensampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu merujuk kepada
satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri sampel yang dikehendaki. Kajian rintis ini menggunakan
edaran borang soal selidik kepada 29 orang. Populasi sebenar ialah seramai 161 orang murid
tingkatan 2 di SMK I.J Convent, Johor Bahru. Instrumen soal selidik digunakan menyentuh latar
belakang responden dan persepsi murid terhadap pelaksanaan aktiviti yang dijalankan. Data-data yang
diperolehi selanjutnya dianalisa menggunakan SPSS versi 22. Dalam perihal ini, analisis deskriptif
menggunakan kaedah min dengan skor min dibahagikan kepada 3 tahap. Indikasi menunjukkan nilai
min sebagai rendah apabila mata yang diperolehi < 1.7, sederhana 1.8 – 3.33 dan tinggi 3.34 – 5.00
(lihat Nasharudin & Harun, 2010). Tujuan kajian rintis ini dijalankan ialah bagi melihat sejauhmana
realibiliti soalan yang dikemukakan kepada murid. Hasil ujian yang dijalankan memperlihatkan persepsi
murid terhadap penggunaan video dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah tinggi apabila
skor min yang diperolehi melebihi 3.66 mata.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada kaedah penggunaan
video dalam proses PdPc di dalam kelasbagi Sejarah Tingkatan 2 menunjukkan
kesan yang positif terhadap penguasaan murid.
3.2 Objektif Khusus

a. Mendapatkan persepsi murid terhadap kaedah penggunaan video merangkumi


kefahaman dan minat murid.
b. Mengkaji kesan kaedah penggunaan video dalam proses PdPc menerusi perhatian
keberkesanan berkaitan penguasaan murid berbanding kaedah konvensional.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian dibuat kepada 29 orang murid dari kelas 2 Helen. Manakala populasi sebenar ialah
seramai 161 orang murid tingkatan 2 di SMK I.J Convent, Johor Bahru. Kelas 2 Helen merupakan
kelas ke empat daripada lima kelas dalam tingkatan 2. Tahap penguasaan murid 2 Helen terhadap
subjek Sejarah pada tahap sederhana. Umur responden adalah dalam lingkungan 14 tahun.
Dilaksanakan di dalam kelas dengan menggunakan waktu PdPc sejarah.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid terhadap kefahaman dan penguasaan
dalam subjek Sejarah, beberapa Tindakan tertentu telah diambil. Tindakannya adalah seperti berikut:

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Murid tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat atau selalu memberikan
jawapan yang kurang tepat dan kronologi penceritaan peristiwa sejarah yang tidak tersusun
apabila disoal oleh guru secara lisan di dalam kelas
Selain itu, murid juga menunjukkan minat yang rendah terhadap tajuk-tajuk dalam
subjek Sejarah. Ini dapat dibuktikan apabila tidak menguasai fakta-fakta sejarah dengan
mudah kerana murid hanya melaksanakan kaedah tradisional dengan hanya membaca fakta
sejarah dari bahan-bahan bacaan sahaja.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian
Hasil tugasan menunjukkan kesukaran untuk murid menjawab dan menghuraikan
kronologi penghijrahan Parameswara ke Melaka dengan teratur dan tersusun. Ini adalah kerana
murid hanya membaca dan memahami maklumat yang diperolehi dari dari bahan bacaan
semata-mata. Hasil daripada ujian pra yang dijalankan murid mengambil masa yang lama
untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan jawapan yang diberikan juga tidak
lengkap.
Pemerhatian awal telah dijalankan terhadap tingkahlaku murid di dalam kelas. Sebelum
kajian, saya telah mengenalpasti murid menghadapi masalah-masalah seperti pasif, kurang
memberikan respon, kurang menunjukkan ekspresi muka yang riang dan tidak menumpukan
perhatian.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Bagi mencapai objektif kajian saya, saya telah merancang untuk menggunakan kaedah
video dalam pengajaran saya bagi Tajuk Penghijrahan Parameswara ke Melaka. Menurut
Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), murid dapat mempelajari sesuatu konsep dari video
pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Jadi, video
dipercayai dapat memperkukuhkan lagi pembentukan konsep di samping menghasilkan
pembelajaran yang lebih luas mendalam. Misalnya dalam tajuk Penghijrahan Parameswara ke
Melaka, cara dan sebab penghijrahan dapat ditunjukkan melalui media bergerak dan ini dapat
mengekalkan ingatan murid.
Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi
pelajar untuk mempelajarinya. Melalui video, sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pelajar dalam pengajaran Sains. Yusup dan Alwiah (1999) telah menyatakan bahawa
penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. Melalui video,
murid-murid boleh membayangkan sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan. Misalnya
sebab penghijrahan, peristiwa yang terjadi sepanjang penghijrahan dan sebagainya. Ia dapat
merangsang deria-deria individu di samping menyediakan pengalaman sebenar.
Yusup dan Sharifah Alwiah (1999) juga menyatakan penggunaan video dapat
disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke peringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al.
(2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Antaranya ialah video senang
dirakam dan dimainkan semula. Oleh itu, murid-murid lemah dapat mengimbas kembali
pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

Pelaksanaan Tindakan Saya telah melaksanakan kajian saya dengan mengaplikasikan


prinsip Kurt Lewin, yang telah menggariskan beberapa peringkat yang penting seperti berikut:

5.4.1 Aktiviti 1 – Peringkat Pertama: Mengenal pasti isu atau masalah sebenar
Langkah 1: Mendapatkan maklumat daripada guru tentang pelajar yang bermasalah dan
hasil keputusan murid dalam ujian bulanan lepas.
Langkah 2: Memilih 29 orang murid Kelas 2 Helen sebagai responden kajian.
Langkah 3: Mengadakan sesi PdPc awal tentang tajuk kronologi Penghijrahan
Parameswara ke Melaka tanpa menggunakan video serta menjalankan
tinjauan awal.
Langkah 4: Menganalisis lembaran kerja murid dan hasil pemerhatian. Guru dapat
mengenalpasti masalah sebenar yang wujud pada responden.
Refleksi

Aktiviti peringkat pertama dilaksanakan dengan menggunakan masa yang agak


panjang untuk murid menyempurkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Keadaan
persekitaran kelas juga dalam keadaan bising dan tidak dapat dikawal kerana murid cuba
berbincang dan menggunakan buku teks sebagai rujukkan.

5.4.2 Aktiviti 2 – Merancang


Tindakan
Langkah 1: Menyediakan tugasan dan menjalankannya sebagai tinjauan
awal.
Langkah 2: Mencari, memuat turun dan mengumpul video melalui sumber-sumber.
Langkah 3: Penghasilan video klip sendiri menggunakan Window Movie Maker dan
Powtoon.
Langkah 4: Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian tajuk Pengasasan Melayu
Melaka dan Kronologi Penghijrahan Parameswara ke Melaka.
Langkah 5: Penyediaan soalan-soalan temubual dan borang soal selidik
Refleksi

Aktiviti peringkat kedua dilaksanakan dengan menggunakan masa lebih pendek untuk
murid menyempurkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Keadaan persekitaran kelas
juga dalam keadaan teratur dan terkawal kerana muraid tidak berbincang dengan murid lain
kerama mereka memberi tumpuan terhadap tayangan video yang dipaparkan oleh guru.

5.4.3 Aktiviti 3 – Melaksanakan


Tindakan
Langkah 1: Pelaksanaan sesi PdPc dengan mengaplikasikan video dalam kelas.

Terdapat 3 peringkat semasa pengajaran dan pembelajaran dengan video:

i. Pra tontonan: Guru akan menguji pengalaman dan pengetahuan awal murid,
menerangkan istilah atau perkataan baru dalam tajuk yang diajar serta
menjelaskan apa yang harus dilakukan oleh murid semasa tayangan.

ii. Semasa tontonan: Murid menonton tayangan dan mencatat isi-isi yang
penting mengikut kehendak dan panduan yang diberikan oleh guru. Semasa
tayangan video, ia harus dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru
kecuali perlu.

Rajah 1: menunjukkan keadaan semasa murid menonton video-video yang


ditayangkan.

iii. Pasca tontonan: Selepas tontonan, guru akan mengadakan sesi soal jawab
berlandasan apa yang ditonton dan dicatat oleh murid tetapi dalam masa yang
sama memberi penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang
dipelajari.
5.4.4 Aktiviti 4 – Mengumpul data
Langkah 1: Mendapatkan maklum balas daripada rakan pembimbing
Langkah 2: Membuat pemerhatian terhadap penglibatan murid
Langkah 3: Mengedarkan lembaran kerja sebagai tinjauan akhir
Langkah 4: Menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2.
Langkah 5: Mengedarkan borang soal selidik kepada semua responden kajian

5.4.5 Aktiviti 5 – Membuat refleksi


Langkah 1: Menganalisis semua data yang dikumpul dan membuat refleksi terhadap
kajian yang telah dijalankan.
5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

Soal Selidik Soal selidik merupakan instrumen untuk mengumpul data secara
formal. Dalam kajian ini, soal selidik dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan
video dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam tajuk Penghijrahan
Parameswara ke Melaka. Ia terbahagi kepada dua bahagian, kod kefahaman dan kod
minat. Teknik Menganalisis Data Saya telah menggunakan analisis kandungan untuk
menganalisis data kajian.
5.5.1 Soal selidik
Kajian rintis dilakukan dalam kajian ini bagi meninjau persepsi dan penerimaan
terhadap penggunaan video dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Edaran soal
selidik dilakukan kepada 29 orang murid dan dianalisa menggunakan Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS). Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif bagi
mengenal pasti kekerapan, peratusan dan skor min.
5.5.2 Analisis Soal selidik

Berdasarkan kepada Jadual 1, hasil dapatan menunjukkan keputusan yang sangat


positif. Seramai 23 orang pelajar (79.31 %) amat bersetuju dan setuju (iaitu pada skala 4
dan 5) bahawa penggunaan klip video membantu mereka memahami topik yang diajar
dengan baik. Pelajar yang berpendapat klip video berjaya menarik minat mereka untuk
belajar mata pelajaran ini adalah 28 orang iaitu (96.55%) dari keseluruhan jumlah pelajar.
Seterusnya 100% pelajar bersetuju (pada skala 4 and 5) penggunaan klip video adalah
lebih menarik dan 100% bersetuju pembelajaran dengan menggunakan klip video adalah
lebih berkesan.

Jadual 1 : Persepsi Pelajar Tentang Penggunaan Klip Video

Persepsi Pelajar Peratusan (N)


Amat Setuju Setuju Agak Setuju Tidak Setuju
Bantu faham topik dengan 75.86% (22) 3.45% (1) 29.69% (6) -
baik
Tarik minat untuk belajar 89.66% (26) 6.90% (2) 3.45% (1) -
Lebih menarik dari 93.10% (27) 6.90% (2) - -
konvensional
Lebih berkesan dari 72.41% (21) 27.59% (8) - -
konvensional
6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penilaian Tindakan Penggunaan video didapati bermanfaat dalam meningkatkan


kefahaman dan minat murid terhadap Subjek Sejarah sekaligus menambahbaik amalan
mengajar guru. Beberapa kekuatan telah ditonjolkan dalam kajian ini. Murid-murid telah lebih
cenderung untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat sama ada dalam lembaran kerja
atau ujian selepas video digunakan. Mereka dapat memberikan kronologi peristiwa dengan
betul, menerangkan sebab atau kesan serta menyenaraikan peristiwa-peristiwa yang terjadi
dengan tepat.
Bilangan soalan yang dijawab betul telah menunjukkan peningkatan yang tinggi.
Tingkah laku murid juga menunjukkan perubahan yang ketara. Sebelum ini, responden kurang
memberi respon, pasif dan tidak ingin melibatkan diri. Selepas kajian dijalankan, mereka mula
memberi tumpuan. Ini disebabkan kandungan-kandungan video yang menarik sukar untuk
mengalih tumpuan murid. Mereka mula ketawa, tersenyum serta mula berkomunikasi dengan
orang di sekelilingnya, seperti rakan dan guru. Mereka akan bertanya soalan tentang apa yang
dilihat disebabkan sikap ingin tahu. Misalnya dalam Tajuk Penghijrahan Parameswara ke
Melaka, video tentang peritiwa yang berlaku disepanjang penghijrahan Parameswara ke
Melaka ditunjukkan. Disebabkan mereka tidak pernah melihat kronologi itu sebelum ini,
mereka berasa hairan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku itu.
Satu kelemahan dalam kajian ini ialah penggunaan video telah mengambil masa yang
lama dalam pengajaran, sedangkan tempoh bagi sesetengah video adalah panjang. Tambahan
pula, sesetengah responden mungkin sukar menangkap isi penting dalam video dalam
tayangan pertama. Biasanya guru akan mengulangi tayangan video supaya murid dapat
mengingati isinya.
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, lima orang responden telah bekerjasama
dalam konteks membantu saya untuk menyempurnakan kajian ini. Contohnya, apabila saya
ingin menjalankan temubual, mereka akan berjumpa dengan saya tepat pada waktu yang
ditetapkan. Bantuan daripada guru pembimbing juga memberi dorongan yang besar kepada
saya. Guru pembimbing saya selalu memberi kebenaran kepada saya sekiranya saya
memerlukan masa untuk mengadakan kelas tambahan atau masa peribadi bersama dengan
responden.
Bagi rakan pembimbing, dia juga sanggup meluangkan masa untuk membantu dalam
pemerhatian serta memberikan maklum balas tentang pengajaran saya. Selepas menjalani
kajian ini, saya telah memahami bahawa seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga harus
menjalin hubungan yang erat dengan muridnya. Hubungan ini boleh terjalin dengan selalu
memberikan kata-kata dorongan atau galakan. Apabila didapati kesalahan murid, guru harus
mencari punca masalahnya dan mencari alternatif untuk menyelesaikannya, misalnya menerusi
kaedah baru dalam kajian tindakan.
Saya juga menguasai kemahiran berkomunikasi semasa dalam sesi temubual.
Penguasaan kemahiran komunikasi telah membantu saya untuk bersosial dan seterusnya
menjalin hubungan yang erat antara satu sama lain. Kajian ini telah memberikan saya input
yang boleh digunapakai dalam kajian tindakan yang bakal dijalankan.Guru perlu kreatif dan
menggunakan daya fikir untuk mendapatkan maklumat yang jitu dalam hasil kajian. Menerusi
kajian yang dijalankan, saya telah mempelajari tentang bahawa setiap kajian tindakan yang
dijalankan perlu mengikut tertib langkah kajian. Ia bukan suatu proses yang dapat dijalankan
dalam satu hari, namun perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lama.
Cadangan Kajian Seterusnya Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya ialah guru
boleh menerapkan penggunaan video dalam pengajaran dan mengadakan aktiviti lanjutan
daripada tayangan video, misalnya mengadakan sesi perbincangan,simulasi, main peranan atau
aktiviti hands-on selepas video untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid. Selain itu, guru
boleh mengambil responden yang lebih ramai. Dengan ini, soal selidik boleh dijalankan di
kalangan murid yang lebih ramai. Pada masa akan datang, saya berharap dapat
mengaplikasikan video untuk mengajar tajuk Sains lain untuk menguji samaada video sesuai
digunakan untuk tajuk tertentu.
Bibliografi

Dr Ismail Zain. (2009, Februari 2). Aplikasi video dalam pembelajaran. Portal Pendidikan
Utusan 2001-2009. Utusan Melayu (M) Berhad. Kuala Lumpur. Diperolehi pada 16 March
2012 dari http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0216&pub=DuniaPendidika
n&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm

Ee Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan,


Guru Dan Sekolah. 2nd .ed. Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Semrau, P. & Boyer,
B.A. (1994). Using interactive video in education. Boston: Allyn and Bacon.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah teori dan Praktis. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff (1999), “Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan
Amalan,” Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Baharuddin Aris et.al (2000) Modul Pengajaran Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
UTM, Skudai, Johor.

Anda mungkin juga menyukai