Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN CATATAN :

- CATATAN BEBERAPA HARI

20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli
Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori
Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran
kerajaan negeri Kedah.

21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan
untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan
pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan. Pelayaran kepulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,kayak
kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga
melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan
bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal
menemui beting pasir.

Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya
peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam
pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.

23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak
seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah pelayaran nanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami
pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak.
Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak
dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Anda mungkin juga menyukai