Anda di halaman 1dari 1

Selasa 15.9.

2020
1000 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau
Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila
melihat keindahan laut yang saujana luasnya.

12.00 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan
perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di
Pulau Lagenda ini.

1230 tengah hari


Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis
ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana
pengunjung tidak dibenarkan merakam foto sebagai kenang-kenangan.

Rabu 16.9.2020
8.00 pagi
Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik
Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di
sini.Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh
perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.

12.00 pagi
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana
berasa gayat berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat
keindahan Pulau Langkawi.

3.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan Kuah,kami bertolak pulang.Kami menaiki feri ke
Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat
menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.

Anda mungkin juga menyukai