Anda di halaman 1dari 2

TEMA 10: PELANCONGAN

UNIT 19: PESONA MALAYSIA

16 Februari 2019, Sabtu.


Aku membantu ayah memasukkan semua beg ke dalam kereta
sebelum memberitahu jiran bahawa kami akan melancong ke
Pulau Langkawi. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di
Rawang, Ipoh dan Taiping. Perjalanan dari Seremban ke
Kedah mengambil masa hampir enam jam. Ayah membeli
empat keping tiket feri sejurus tiba di Terminal Penumpang
Kuala Kedah. Ayah memunggah beg selepas meletak kereta
di tempat yang dikhaskan untuk pengunjung yang hendak ke
pulau itu. Kira-kira sejam setengah kemudian, kami selamat
tiba di pulau yang turut dikenal sebagai permata Kedah itu.

17 Februari 2019, Ahad.


Kami sekeluarga menginap di sebuah hotel sepanjang bercuti
di pulau ini. Ayah menyewa sebuah kereta untuk membawa
kami melawat ke tempat-tempat yang menarik seperti Makam
Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras Terbakar dan Gunung Mat
Cincang selain membeli belah di Pekan Kuah. Untuk pergi ke
puncak Gunung Mat Cincang, kami menaiki kereta kabel.
Mukaku pucat seperti mayat kerana berasa takut. Kami
sempat melihat proses membuat minyak gamat di sebuah
kilang yang terletak di Pekan Kuah. Perniagaan itu
diusahakan oleh Pak Ismail. Ayah membeli 20 botol minyak
gamat untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan sepejabatnya.
Sambil berehat di hotel, kami melihat gambar-gambar yang
telah kami rakamkan dengan kamera digital. Berbaloi rasanya
melancong di sini. Sebelum pulang esok, kami bercadang
hendak mandi-manda di Tanjung Rhu.
TEMA 10: PELANCONGAN
UNIT 19: PESONA MALAYSIA

16 Februari 2019, Sabtu.


Aku membantu ayah memasukkan semua beg ke dalam kereta
sebelum memberitahu jiran bahawa kami akan melancong ke
Pulau Langkawi. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di
Rawang, Ipoh dan Taiping. Perjalanan dari Seremban ke
Kedah mengambil masa hampir enam jam. Ayah membeli
empat keping tiket feri sejurus tiba di terminal penumpang
Kuala Kedah. Ayah memunggah beg selepas meletak kereta
di tempat yang dikhaskan untuk pengunjung yang hendak ke
pulau itu. Kira-kira sejam setengah kemudian, kami selamat
tiba di pulau yang turut dikenal sebagai permata Kedah itu.

17 Februari 2019, Ahad.


Kami sekeluarga menginap di sebuah hotel sepanjang bercuti
di pulau ini. Ayah menyewa sebuah kereta untuk membawa
kami melawat ke tempat-tempat yang menarik seperti Makam
Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras Terbakar dan Gunung Mat
Cincang selain membeli belah di Pekan Kuah. Untuk pergi ke
puncak Gunung Mat Cincang, kami menaiki kereta kabel.
Mukaku pucat seperti mayat kerana berasa takut. Kami
sempat melihat proses membuat minyak gamat di sebuah
kilang yang terletak di Pekan Kuah. Perniagaan itu
diusahakan oleh Pak Ismail. Ayah membeli 20 botol minyak
gamat untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan sepejabatnya.
Sambil berehat di hotel, kami melihat gambar-gambar yang
telah kami rakamkan dengan kamera digital. Berbaloi rasanya
melancong di sini. Sebelum pulang esok, kami bercadang
hendak mandi-manda di Tanjung Rhu.

Anda mungkin juga menyukai