Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman bercuti.

Tulis nombor dalam kotak kosong untuk membentuk karangan


yang betul. Tampal dalam buku BM2.

Salin semula karangan di dalam buku BM2 mengikut turutan


yang betul.

Setelah sampai di Hotel Berjaya yang telah ditempah


oleh ayah seminggu yang lalu, aku terus merehatkan diri
dahulu.  Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam
Mahsuri yang mempunyai banyak sejarah. Aku berasa sangat
gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi
tentang sejarah Mahsuri.
Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang.
Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Dataran Helang
untuk mengambil gambar. Ayah membeli aiskrim, jagung
rebus dan keropok lekor untuk kami sekeluarga sambil
menunggu sang Mentari terbenam. Kami sempat merakamkan
gambar sekeluarga sebagai kenang-kenangan.
Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki
kereta kabel untuk pertama kalinya. Aku memimpin tangan ibu
ketika berjalan-jalan sambil melihat pemandangan di seluruh
Pulau Langkawi. Walaupun aku berasa gayat, gengaman kuat
tangan ibu, membuat aku rasa terharu akan kasih sayangnya
terhadap aku.
 Saya sangat gembira dan seronok ketika berada di Pulau
Langkawi.  Saya berharap saya akan dapat bercuti lagi disini
pada masa yang akan datang bersama keluarga tercinta.    
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang
bercuti ke sebuah tempat peranginan iaitu Pulau
Langkawi.  Aku berasa sangat seronok kerana itu kali pertama
aku ke sana.  Kami perlu menaiki feri di Jeti Kuala Perlis
untuk sampai ke Pulau Langkawi.   
 Pada hari terakhir di sana, kami sempat melawat Beras
Terbakar.  Ketika di sana, kami sekeluarga sempat membeli-
belah.  Banyak cenderamata yang cantik-cantik terdapat
disitu.  Saya membeli dua helai baju sebagai tanda kenang-
kenangan sewaktu berada di Pulau Langkawi. 

Anda mungkin juga menyukai