Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Bercuti di Langkawi

Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Langkawi.Kami
ke sana dengan menaiki kapal terbang.Pada mulanya saya berasa agak takut
kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.Tetapi lama-kelamaan saya berasa
selesa dan seronok.Setibanya di sana,ayah menyewa sebuah kereta untuk
memudahkan kami melawat ke tempat-tempat yang menari.Ayah membawa kami
ke tempat penginapan.Oleh sebab terlalu penat,kami mengambil keputusan untuk
berehat.Keesokan paginya,tempat pertama yang kami pergi ialah Gunung
machinchang.untuk sampai ke puncak,kami harus menaiki kereta kabel.Pada
mulanya saya berasa sedikit gayat kerana baru pertama kali saya menaiki kereta
kabel.Lama-kelamaan saya berasa tenang.Tetapi setibanya di atas puncak,saya
kembali menjadi gerun bercampur takut apabila mengetahui saya berada 700
meter dari atas laut.Mujurlah ibu sentiasa menenangkan saya.Tempat kedua yang
kami lawati ialah Makam Mahsuri.Saya bersa sangat teruja apabila membaca
sejarah Mahsuri.Dia merupakan seorang wanita yang jujur sehingga setelah
dibunuh,Mahsuri mengeluarkan darah berwana putih.Menurut cerita penduduk
Langkawi,sebelum Mahsuri meninggal dia telah bersumpah bahawa Langkawi akan
menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.Menurut mereka
juga,sumpahan itu benar-benar berlaku.Seterusnya,ayah membawa kami ke Taman
Buaya.Pelbagai jenis dan saiz buaya yang terdapat di sana.Saya bersa tertarik
apabila melihat seorang pelatih memberi makanan kepada buaya-buaya
tersebut.Tiada rasa takut di dalam diri mereka.Mungkin kerana sudah biasa.Tempat
yang kami lawati seterusnya ialah Underwater World.Jika tadi terdapat pelbagai
jenis buaya,di sini pula terdapat pelbagai jenis haiwan yang berwarna-warni.Sya
berasa sangat seronok semasa melihat burung merak yang berwarna-warni
mengembangkan sayapnya.Burung merak itu kelihatan sangat cantik.Saya juga
dapat melihat haiwan dasar laut seperti ikan,kuda laut,tapak sulaiman dan banyak
lagi.Selain itu, saya juga berpeluang melihat penguin yang comel-comel
belaka.Pada kebiasaannya, pengunjung-pengunjung tidak akan melepaskan peluang
bergambar di Dataran Helang.Kami juga begitu.Sebelum pulang ke negeri kelahiran
iaitu negeri Pahang,kami mengambil gambar di Dataran Helang dan membeli
sedikit cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.

Anda mungkin juga menyukai