Anda di halaman 1dari 1

Selasa, 14 Februari 2012

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ. IDRIS


Dulu saya kerap diminta teman-rakan menyediaakan teks ucapan sempena majlis anugerah Cemerlang beberapa buah sekolah. Berikut merupakan salah satu teks
yang saya sediakan pada tahun 2008 bagi sesiapa yang ingin memanafaatkan.

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ. IDRIS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG, SEKOLAH KEBANGSAAN HJ. IDRIS PADA 2 JULAI 2008 JAM 9.00 PAGI









Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka
kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh
Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang
tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta
ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita
sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan
cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris
yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya
bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa
juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-
mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus memberi, agar para pelajar bersedia untuk menerima. Selain insan
yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka.
Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha
menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato Azhar Mansor, Datuk Sharifah Mazlina dan Dato Syeikh Muzzaffar sendiri melalui
pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu tuan-tuan dan puan-
puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-
tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap
agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka
dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah
kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang
ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa
akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal
mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan
kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan
bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan
secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. InsyaAllah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja
yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai