Anda di halaman 1dari 10

Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar.

Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh
belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang
lain. Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar
yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza.
Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran, mereka
masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran
ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan
dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara kanak-
kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca tetapi akan lemah
apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah
masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta
kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia
pula menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak
akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama
lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang
serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan
huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Kanak-kanak
disleksia kurang menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi
masalah apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat matematik.
Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskalulia
Bagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka memerlukan perhatian dan
pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini
merasakan diri mereka lemah dan malas dalam pembelajaran apabila mereka tidak
boleh menguasai proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka menghadapi
kesulitan yang berpanjangan baik dalam menulis, membaca maupun dalam
pengiraan, ini akan mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi. Mereka
akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang lain dapat melakukan aktiviti tanpa
sebarang masalah sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka timbul
persoalan bahawa adakah mereka ini lembam atau bodoh. Inilah kesimpulan yang
sering dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.
Membina self-esteem dan keyakinan diri.
Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti penggunaan phoneme, buku-buku
yang menarik dan permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang paling asas
yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak ini ialah pembinaan keyakinan diri yang
tinggi. Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak kelihatan secara fizikal. Jika
seorang kanak-kanak yang tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan
diberikan. Sudah tentu dia tidak boleh menulis, tangannya patah. Tidak ada kaitan
dengan kecerdasannya. Tetapi tidak ada sesiapa yang akan berkata, Sudah tentu
dia tidak boleh menulis, dia telah mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada
kaitan dengan kecerdasannya.
Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai dan lembab adalah tidak
tepat, ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri
dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka agar lebih bersedia dan
positif menerima pembelajaran yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu
mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana kawan-kawan yang lain kerana
usaha ini tidak akan memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina
gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini, mereka akan melihat bahawa
masalah pembelajaran mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama
seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Mereka juga
ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.
Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan dalam bidang fizikal co-
coordination, kreatif dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka akan
dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa yang lemah dalam bidang yang
sama. Salah satu cara yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan
menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang
diperlukan adalah lebih kurang lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa
yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh dilakukan oleh guru ataupun
ibu bapa. Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan kelemahan dirinya
mengikut fahaman mereka, dia akan menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan
lain yang mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka juga mempunyai
kekuatan di bidang-bidang yang berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu
dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya kerana mereka pandai
membaca atau pandai mengira, tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka
mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka membantu, rajin atau menghormati
orang tua. Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak ini dapat melihat
bahawa diri mereka juga seorang yang berjaya walaupun mengalami berbezaan dari
segi pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain.
Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan menjadi satu titik permulaan
bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan self-esteem
yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia menerima pembelajaran dalam
membina kemahiran membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan
sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang harus diberikan bagi
kejayaan dalam bidang bukan akademik, memberi penghargaan kepada mereka
yang berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang telah dilakukan dan
bukan hasilnya. Tidak semua kanak-kanak akan menghasilkan keputusan yang baik
tetapi semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan dan usaha gigih
mereka serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diberikan.
Dengan mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak bahawa mencuba
adalah lebih penting dari mendapat markah penuh dalam setiap
peperiksaan.(B.W.,Tennessee).
Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinan diri dan self-esteem kanak-
kanak ialah dengan cara menerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah ini
tentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segi saintifik. Keyakinan diri
berasaskan fakta-fakta saintifik akan menghasilkan pemahaman, keupayaan
membuat keputusan dan self-esteem. Ini telah disarankan oleh Dr. Debby Zambo
dari Arizona State University West, College of Education.
Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifik mengenai perbezaan saiz otak,
disleksia, diskalkulia akan menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yang
terlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dan tidak kompleks, sesuai
dengan tahap pemahaman seorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yang
disampaikan perlu disertakan dengan keyakinan dan boleh dipercayai serta
bersesuaian dengan aras kanak-kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yang
disampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akan lebih faham perbezaan mereka
dan mengerti bahawa mereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperti cara
yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa.
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia
dan diskalkulia. Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi perkomputeran
sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. ICT mempunyai
keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap
diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah
menyenaraikan enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran
pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat
pengurusan pembelajaran, alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah
eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Kelebihan penggunaan ICT
di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter
(2004) namun keseronokan yang dialami semasa penggunaan komputer dan
peralatan ICT yang lain boleh mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT
berkenaan sebagai alat bantu mengajar.
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia
dan diskalkulia tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian
khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain turut diguna sama. Komponen ICT
yang lain termasuklah pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin putih,
papan kekunci, joystick, capaian internet, alat pengimbas dan papan putih interaktif.
Kebanyakan sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah menerima bekalan
peralatan ICT hasil daripada pelaksanaan program PPSMI yang telah mula
dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun begitu penggunaan alatan ICT
ini hanya berpusatkan PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini ditambah pula dengan
ketidakupayaan guru atau personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-
kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mekanisme biasa yang
dibuat oleh pihak sekolah adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas
berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru sama ada yang mempunyai
opsyen pendidikan khas atau guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan.
Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum adalah Satu program pendidikan disediakan untuk murid
yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,
di ruang yang khusus.
Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dan diskalkulia telah
diterjemahkan secara terperinci oleh seorang penulis yang mempunyai anak
disleksia. Anita Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk Dyslexia and
Information and Communications Technology telah menyatakan bahawa
penggunaan ICT memberikan capaian terhadap kurikulum dan membekalkan
keseronokan dan persekitaran pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap
kanak-kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak disleksia boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah
dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat ICT
bagi mengesan disleksia dan diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut
belajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS (Cognitive Profiling
System), CoPs Baseline dan Lass adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan
disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak. Perisian ini telah dibangunkan
oleh Syarikat Lucid berpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian ini menggunakan
pendekatan permainan komputer untuk menguji kekuatan dan kelemahan kognitif
kanak-kanak yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia dan diskalkulia.
Wordshark, TextHelp Read and Write, Co-Writer, Baileys Book House,
Numbershark, Millies Math House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah contoh-
contoh perisian yang membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia untuk belajar
menulis, membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.
Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia di dalam sesebuah komputer
seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan
Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan kanak-kanak disleksia dan
diskalkulia belajar. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan
impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia
adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang
kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.
Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat
menghubungkan guru atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan
pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh dunia. Melalui internet,
banyak maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-laman sesawang
khusus untuk yang dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan
disleksia dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah pembelajaran.
Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan termaju yang dapat membantu
menangani masalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia.
Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method)
Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiap murid mempunyai tahap,
keupayaan serta kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor tertentu. Oleh
yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting bagi
mengenalpasti kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu mencari satu cara atau kaedah yang membolehkan proses pembelajaran
matematik lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan pengajaran di sekolah
adalah menggunakan sama ada deria penglihatan atau pendengaran semata-mata.
Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya suatu pengalaman yang
amat sukar untuk memahami konsep matematik.
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak berpeluang menjalankan
pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya terhadap
konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah yang paling berkesan untuk
mengajar matematik adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali sebagai
kaedah pelbagai deria(Multisensory methods). Kajian daripada The National Institute
of Child Health and Human Development menunjukkan bahawa kaedah pelbagai
deria adalah pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-
kanak tersebut belajar melalui lebih daripada satu deria terutamanya melalui
sentuhan(touch) dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat merangsang
pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian
atau kesemua deria untuk :
(a) Mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;
(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah sedia ketahui dan
fahami;
(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah
(d) Tap into non-verbal reasoning skill
(e) Memahami perhubungan di antara konsep;
(f) Mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan
datang.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah pelbagai deria. Kaedah ini dapat
membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian beberapa
orang penyelidik mendapati ramai murid memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri.
Jika mereka diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten dengan cara dan
gaya pembelajaran mereka, maka persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi
lebih mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar dengan lebih mudah,
pantas dan boleh mengaplikasikan konsep matematik untuk pembelajaran yang
seterusnya.
Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual. Bahan
visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni
membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat
menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan
visual adalah poster, model, computer, filem, video, multi-image media,
penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang
sesuai.
Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah
pelbagai deria juga dapat merangsang verbal reasoning. Contoh penggunaan
bahan audio adalah pembaca teks berkomputer (computerized text readers), video,
filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai.
Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang melibatkan
deria sentuhan yang dinamakan tactile method. Dalam kaedah ini guru boleh
menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk
mengajar kemahiran matematik seperti mengira, melakukan proses penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, guru juga boleh
menggunakan bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya
untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub,
kuboid, silinder dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga dapat
dipelajari dengan menggunakan aktiviti menggunting dan menampal keratan-
keratan.
Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan badan yang dinamakan
kaedah kinestetik (kinesthetic method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh
murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam mempengaruhi kecerdasan
mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan anggota
badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari
keputusan kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang melibatkan aktiviti
mengira seperti permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi
peluang kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar. Permainan
komputer seperti Solitaire juga membantu murid melakukan penyusunan bersiri.
TEN-FRAME
Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid dyscalculia dapat membantu
mereka untuk mempelajari matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang
setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah lanjutan dari penggunaan
benda maujud dan chip dalam aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-
frame dapat membantu murid untuk melihat secara visual & mengingati secara
mental pola bintik untuk nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan
menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama serta nilai nombor tersebut
secara langsung. Selain daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat membantu
murid mengenalpasti dan menentukan nilai tempat sesuatu digit.
Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras
bagi mengambarkan imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10.
Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu nombor. Sama ada nilainya
banyak atau sedikit. Ataupun murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih
atau kurang nilainya.
Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untuk menemukan strategi
mudah dalam memahami hubungan antara nombor. Ini dapat membantu guru untuk
mengajar murid dalam matematik. Antara contoh Ini dapat membantu guru untuk
mengajar murid dalam matematik. Antara contoh teknik pengajaran yang boleh yang
boleh digunakan untuk mengajar murid ialah mencerakinkan nombor, menggunakan
5 & 5, menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertib dalam penambahan.
CHILD LANGUAGE APPROCH
Child language approach adalah pendekatan yang menggunakan bahasa sebagai
pedekatan pengajaran. Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasa
mereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatan yang boleh digunakan
untuk mengajar kanak-kanak ini adalah dengan menggunakan laras bahasa mereka.
Pendekatan Child language approach di bahagikan kepada 4 peringkat. Pada
peringkat pertama, pengajaran sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaan
bahan samada berbentuk gambar, video atau sebarang simulasi. Murid perlu
menceritakan apa yang dilihat dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami
oleh murid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Material Language, murid perlu
mencaritakan tentang objek-objek yang terdapat di dalam gambar samada tentang
bentuk, warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru boleh membimbing murid
untuk meneroka perkataan-perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkat
ketiga ialah peringkat Mathematical Language. Pada peringkat ini guru perlu
merangsang murid untuk mendapatkan idea matematik ataupun penyataan
matematik daripada gambar tadi. Murid juga perlu menyatakan bilangan objek yang
terdapat pada gambar tersebut. Peringkat terakhir adalah Mathematical Symbols.
Peringkat ini adalah peringkat dimana penggunaan nombor, ayat matematik dan
operasi mula diperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing murid untuk
menyatakan nombor, menyatakan operasi dan seterusnya membina ayat matematik.
Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkan kepada murid terlebih dahulu
sebelum mereka mempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahami penggunaan
nombor dan operasi sepatutnya seiring dengan keupayaan mereka
menggunakannya dalam pelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid- murid
mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidak terbatas kepada algoritma biasa
sahaja. Walaubagaimanapun, pedekatan Child language approach ini adalah
berasaskan kepada pendekatan secara penerokaan. Guru perlu menghindari
penggunaan perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guru perlu mengawal
diri daripada memberikan jawapan terus kepada murid sebaliknya guru perlu
membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhir sekali, guru
perlu membimbing murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka.
Setiap pendekatan yang digunakan mempunyai keistimewaan. Child language
approach memberikan murid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikir dan mereka juga dapat
menyumbangkan buah fikiran meraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada
itu guru juga dapat membaca dan menilai apa yang difikirkan oleh murid.
Pendekatan ini adalah pendekatan yang menarik dan mengembirakan murid
disamping dapat memberikan persekitaran yang selesa kepada murid . Murid dapat
menjadi penutur yang aktif. Mereka juga memperkayakan perbendaharaan kata dan
mencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yang bermakna adalah pembelajaran
yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai