Anda di halaman 1dari 4

TEKS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Yg Berusaha Tn. Hj Abdul Razak Bin Othman

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas.

Encik Sarip Bin Jumaat

Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Hjh Sarina Binti Mat Saman,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Abd Kadir bin Md Deh

Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Matapelajaran, Guru-Guru Dan Pelajar-Pelajar Yang


Dikasihi Sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA YANG MAHA ESA, KERANA


DENGAN LIMPAH DAN IZIN-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN
INI UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU
SAINS DAN MATEMATIK BAGI TAHUN 2019
TEKS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

HADIRIN SEKALIAN

Pada tahun ini, panitia-panitia di bawah bidang Sains dan Matematik akan

meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu

Sains dan Matematik yang bertemakan ”Stem Kerjaya Masa Hadapan” .

Program ini dirancang berketepatan dengan Aspirasi Murid yang hendak

dicapai di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025,  berkaitan konsep

“kualiti” yangperlu ada pada murid abad ke-21 disamping mempersiapkan diri

murid  dengan bidang kerjaya yang melibatkan STEM (Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik.

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat

pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai

mata pelajaran yang sukar dan membosankan.  Pada masa yang sama dapat

melahirkan pelajar berketrampilan, kreatif dan inovatif.

Program ini akan  dijalankan selama 1 minggu. Sempena dengan program


tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang ANTARANYA

“Maths In Life”
“maths is Fun”
“ Jom Sihat”
Stem Exploration -Pameran Sains
“ Pop Kuiz Sains”
“Membina site vle frog berinformasi BERTEMAKAN STEM
TEKS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

HADIRIN SEKALIAN, UCAPAN


PERASMI
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa;
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

KINI TIBALAH KITA KEPADA ACARA YANG DINANTIKAN IAITU UCAPAN


PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK.
DENGAN BERBESAR HATI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA
TUAN HJ ABDUL RAZAK BIN OTHMAN PENGETUA SMK NYALAS UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN.

BAGI MENERUSKAN ACARA PADA PAGI INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN


TN HJ ABD RAZAK BIN OTHMAN DENGAN DIIRINGI BARISAN
PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS BAGI
MENJAYAKAN GIMIK PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
BAGI TAHUN 2019

Dipersilakan dahulu tuan pengetua untuk menjayakan eksperimen ” genie in the


bottle”. Untuk pengetahuan semua, eksperimen ini adala tindak balas hidrogen
peroxida dan mangan oksida yang menghasilkan gas oksigen.

Dipersilakan pula semua pentadbir untuk menanam pokok herba sbg simbolik
langkah utk mengurangkan pemanasan global

MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –TINGGI


TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERUSAHA TN HJ ABDUL RAZAK
BIN OTHMAN dan barisan pentadbir menjayakan gimik pelancaran SEBENTAR
TADI
TEKS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Dengan berakhirnya penyampaian UCAPAN DAN GIMIK PERASMIAN


SEBENTAR TADI, maka berakhirlah Majlis Perasmian MINGGU SAINS DAN
MATEMATIK. PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK
LANGSUNG

.SEMOGA program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar DAN
dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang terlibat.

SEKIAN WABILLAHITAUFIKWALHIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SAYA SERAHKAN MAJLIS INI KEPADA EN MOHD AZRIN BIN RAHIM


UNTUK AKTIVITI YANG PERTAMA IAITU MATHS IN LIFE

Anda mungkin juga menyukai