Anda di halaman 1dari 1

BULAN SAINS & MATEMATIK

Pada 20 Jun 2011, bertempat di Dewan Perdana PIBG, Bulan Sains & Matematik telah dirasmikan oleh Pn Rahanim binti Abd Rahim iaitu Pengetua SMK Subang Utama. Program Bulan Sains & Matematik ini telah diadakan selama sebulan iaitu sepanjang bulan Jun 2011. Program ini bertemakan SAINS DAN TEKNOLOGI PENJANA UTAMA TRANSFORMASI PENDIDIKAN Antara objektif pelancaran Bulan Sains & Matematik ialah: Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang bidang Sains & Matematik Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek Mencungkil kebolehan dan kreativiti pelajar dalam pelbagai aspek Sains dan Matematik Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Sains dan Matematik merentasi kurikulum dan kokurikulum

Bersempena bulan Sains dan Matematik, beberapa aktiviti dan pertandingan yang menarik telah dianjurkan oleh sekolah. Aktiviti dan pertandingan ini diadakan untuk tujuan mencungkil bakat pelajar yang terpendam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan ialah Pertandingan Eksperimen Sains, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Membina Air Pancut Tertinggi dan Pertandingan Jejak Sains. Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang Matematik, pertandingan seperti Pertandingan Jejak Matematik Tingkatan 2 & 5, Pertandingan G Maths Tingkatan 3, Kuiz Siber Matematik Tambahan dan Pertandingan Sudoku Tingkatan 1 telah diadakan. Tidak lupa juga Pertandingan Melukis Poster Green Biotech dan Pertandingan Menulis Esei Biotechnology Brings More Benefits Than Harm.Discuss. Kesemua aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan meriah daripada para pelajar . Di samping dapat menambah ilmu, pelajar dapat juga berseronok.

HEY MRS ROLL (or should I say mrs shizzy??) Saya sudah menyiapkan tugasan saya. Adakah anda mempunyai apa-apa tugasan lain untuk saya wahai Amalina?? Bagaimana dengan Mesyuarat Agung PIBG?? Adakah anda mahu saya menulis tentang artikel itu?? (HEHE SARCASM ;P ) FatalBlood

Anda mungkin juga menyukai