Anda di halaman 1dari 4

PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU


23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.

CADANGAN KERTAS KERJA


Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah

TAHUN 2015
TARIKH: 15 April 2015
TEMPAT: Padang,Sk Felda Seri Rasau

1.0

PENGENAALAN

Kemahiran berfikir merupakan satu matlamat utama dalam sistem pendidikan di seluruh
dunia pada masa kini dan ia turut digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 20132025 sebagai kesinambungan terhadap apa yang sudah dilaksanakan di sekolah dalam
negara sejak dasar Sekolah Bestari diperkenalkan pada tahun 1998.
Kemahiran berfikir yang merupakan salah satu aspirasi pelajar dalam PPPM
menggariskan bahawa setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara
untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait
pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting mewujudkan pengetahuan baharu.
Dalam kehidupan kita , sememangnya banyak melibatkan aplikasi sains. Samada
kita sedari atau tidak, aplikasi sains selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian. Selaras
dengan hasrat untuk memenuhi aspirasi murid, pertandingan Roket Air dicadangkan
sebagai salah satu aktiviti untuk menggalakan pelajar berfikir untuk menghubungkaitkan
pengetahuan baharu dengan memberikan inspirasi kepada pelajar agar berusaha
menerokai bidang baharu dalam sains dan teknologi. Penciptaan roket boleh direka bentuk
dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling kita. Ianya akan
menghasilkan sesuatu yang menakjubkan di luar jangkaan. Apabila kaedah serta cara-cara
membuatnya diterangkan, semua ini akan dapat membantu pelajar membina dan melihat
sendiri hasil kerja mereka. Proses penghasilan model ini akan mendedahkan pelajar secara
hands on yang mana memerlukan mereka menggabungkan beberapa prinsip sains dan
menerapkan kemahiran berfikir dalam penghasilan model roket air ini. Kejayaan
menghasilkan model ini, pasti dapat memupuk dan menarik minat pelajar tentang sains dan
menanam gambaran bahawa sains adalah menyeronokkan dan menarik.
2.0

OBJEKTIF
Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan untuk :2.1

Memupuk minat pelajar pada mata pelajaran sains dan aplikasinya

2.2

Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan berinovatif

2.3

Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar menghasilkan roket air

2.4

Membina sifat kerjasama dan bantu membantu dalam satu pasukan untuk
mencapai kemenangan

3.0

SASARAN

3.1

Pelajar tahap 2, Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau

3.2

Dilaksanakan secara berkumpulan seramai 5 orang / kumpulan. Sasaran


kumpulan adalah sebanyak 10 kumpulan.

4.0

5.0

6.0

PERANCANGAN AKTIVITI
TARIKH

15 April 2015

HARI

Rabu

MASA

2.30 ptg hingga 5.00 ptg

TEMPAT

Padang sekolah Sk Felda Seri Rasau.

TENTATIF PROGRAM
2.30 ptg 3.00 ptg

Pendaftaran dan taklimat ringkas.

3.00 ptg 5.00 ptg

Pelancaran roket.

STRUKTUR ORGANISASI AKTIVITI


Penasihat

Tuan Haji Zainal Abidin bin Hassan

Aktiviti

Cik Rahayu binti Said


Puan Khairol Akmal binti Ismail

Hadiah

Peralatan dan bahan :

Puan Maznah binti Omar


Encik Zainudin bin Pee
Encik Zakaria bin Mukhtar

Dokumentasi

7.0

Encik Mohd Hamedan bin Embong

SUMBER KEWANGAN YANG DIPOHON


7.1

8.0

Peruntukan PCG Panitia Sains.

PERBELANJAAN

BIL
1
2

9.0

PERKARA
Hamper
Aktiviti
Kertas cupboard
Gunting
Pisau
Tali
Plastik
Selofan tape
Pam basikal
Pelancar Roket
Paip PVC inci
Sesiku PVC
Penutup PVC
Gam PVC
JUMLAH

KEPERLUAN
10 buah

ANGGARAN
RM 10.00

JUMLAH
RM 100.00

10 keping
10 bilah
10 bilah
2 gulung
3 bungkus
10 gulung
1 buah

RM 5.00
RM 1.50
RM 1.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 1.50
RM 30.00

RM
RM
RM
RM
RM
RM
RM

RM
RM
RM
RM

RM 6.00
RM 2.00
RM 1.00
RM 6.00
RM 260.00

2 kaki
2 unit
2 unit
1 tin (kecil)

3.00
1.00
0.50
6.00

50.00
15.00
10.00
10.00
15.00
15.00
30.00

PENUTUP
Pihak kami berharap agar permohonan ini diluluskan untuk melancarkan aktiviti dan

kebaikan bersama. Diharap aktiviti ini juga dapat digunakan sebagai platfom kepada guru guru untuk mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar khususnya dalam aspek
sains.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(RAHAYU BINTI SAID)

(ZAINAL ABIDIN BIN HASSAN)

Ketua Panitia Sains

Guru Besar

SK Felda Seri Rasau

SK Felda Seri Rasau

s.k

Fail Panitia
PK1

Anda mungkin juga menyukai