Anda di halaman 1dari 6

DOKUMENTASI

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


PEMIMPIN KECIL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA

TARIKH :

11 FEBRUARI 2018 ( AHAD)

MASA :

09.00 PAGI

TEMPAT :

DEWAN ILMI, SK PAKA

ANJURAN :

JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH, UNIT

BIMBINGAN & KAUNSELING, PSS & KOPERASI SEKOLAH.


LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN KECIL
SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA
2018

1.0 TAJUK
Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Kecil Sekolah Kebangsaan Paka 2018

2.0 HARI / TARIKH


Ahad / 11 Februari 2018

3.0 TEMPAT
Dewan Ilmi Sk Paka

4.0 MASA
08 .30 pagi – 10.30 pagi

5.0 PENGENALAN
Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Kecil ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai
makluman kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing
Rakan Sebaya , Pengawas Koperasi Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas supaya dapat berusaha
mendidik dan memupuk sifat-sifat kepimpinan serta melahirkan pemimpin yang
bertanggungjawab dan berdedikasi serta berakhlak mulia dan menanamkan semangat cintakan
sekolah.

6.0 MATLAMAT
6.1 Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas ini dapat melatih semua Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya , Pengawas
Koperasi Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas menjadi pemimpin yang berkesan dan
bertanggungjawab.
6.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara
seterusnya.

7.0 OBJEKTIF
7.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya , Pengawas Koperasi Sekolah,
Ketua dan Penolong Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
7.2 Semoga dengan pelantikan ini semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya , Pengawas Koperasi Sekolah, Ketua dan
Penolong Kelas yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan
tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.

8.0 KUMPULAN SASARAN


8.1 100 orang Pengawas Sekolah.
8.2 41 orang Pengawas PSS.
8.3 19 orang PRS.
8.4 24 orang Pengawas Koperasi Sekolah
8.5 33 orang Ketua Kelas.
8.6 33 orang Penolong Ketua Kelas.

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Puan Salina Binti Abd Rahman
(GURU BESAR)
Naib Pengerusi : Encik Kamal Baharin bin Abu Bakar
(GPK HEM)
Naib Pengerusi : Encik Zulkafli bin Abd. Rahman
(GPK KURIKULUM)
Naib Pengerusi : En. Hamzah Bin Ismail
(GPK KO-KURIKULUM)
Setiausaha : Encik Azie Kasturi bin Abd Ghani
Naib Setiausaha : Puan Rahimah binti Besar

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Protokol / Gimik : Pn. Noor Fadzillah binti Abd Rahman


Sijil /Buku Program : Cik Rahayu binti Said
Siaraya : En.Wan Ahmad Aswad b.Wan Abd Fatah
Juruacara : Pn. Mazni binti Tahir
Bacaan Doa : En. Abdullah bin Mohammad
Persiapan Tempat : Pn. Mariya binti Ali
Pn. Juliana binti Sulong
Jamuan & Cenderahati : Pn. Azryna binti Abd Ghani
Pn. Uteh binti Bujang

11.0 JEMPUTAN RASMI


ASP Mohd Nawawi bin Mat
Ketua Balai Polis Paka
12.0 TENTATIF

8.30 pagi : Ketibaan tetamu dan perasmi

9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Selamat Sultan

Bacaan Doa

9.15 pagi : Ucapan Wakil Guru Besar ( GPK 1)

Ucapan Perasmian Ketua Balai Polis Paka

ASP Mohd Nawawi bin Mat

9.45 pagi : Gimik Perasmian & Penyampaian Watikah

10.00 pagi : Lafaz Ikrar

10.30 pagi : Majlis bersurai & Jamuan

13.0 PENILAIAN PROGRAM

Kekuatan :

1. Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan berjalan lancar mengikut

aturcara.

2. Barisan pemimipin kecil yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu

menjalankan tugas dengan baik, selain dapat menjadi contoh pelajar cemerlang serta

berketrampilan dalam pelbagai aspek.

3. Kerjasama daripada semua guru terutamanya Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas

Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Unit Bimbingan & Kaunseling, Koperasi Sekolah dan

guru-guru kelas sangat memuaskan.

Kelemahan :

1. Ada pemimpin kecil yang tidak dapat hadir di majlis tersebut.

2. Hanya melibatkan para pemimpin kecil sahaja tanpa disaksikan oleh murid-murid lain

kerana ruang tempat untuk semua murid berkumpul terhad.

Cadangan Penambahbaikan :

1. Buat persediaan awal untuk kelancaran gimik.


2. Libatkan semua murid untuk menyaksikan penganugerahan watikah kepada pemimpin-

pemimpin muda kerana para pemimpin muda merupakan contoh kepada murid lain.

14.0 ULASAN
Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Kecil ini akan memberi suntikan semangat kepada
semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya ,
Pengawas Koperasi Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Majlis Penyerahan Watikah
Pemimpin Kecil ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Disediakan oleh ;

(RAHAYU BINTI SAID)


Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Paka.

Anda mungkin juga menyukai