Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN DAN PENUTUPAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

(BUSMATIK 2011)

SMK BUGAYA 2 TAHUN 2011

Bismillahirrahmanirrahim….

Terima kasih kepada pengacara majlis ,Yang Berusaha delegasi pentadbir SMK Bugaya 2, Guru
Cemerlang ,Barisan Ketua Bidang ,Guru – Guru dan anak-anak kalasahan Sek Men Keb Bugaya 2.

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia…

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah,dengan izinNya kita dapat berkumpul di Dewan SMK Bugaya 2
pada hari ini.Sebelum itu, sekalung syabas dan tahniah kepada kontroduksi bidang sains dan matematik
di atas usaha yang dilakukan sepanjang Bulan Sains dan Matematik .Diharapkan segala aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan dapat diaplikasikan oleh pelajar bagi meneruskan kehidupan. Seterusnya menjadi
wahana perisai dalam menjawab soalan sebenar peperiksaan PMR dan SPM.

Saya telah dimaklumkan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Kuiz Sains ,Kuiz
Matematik, Pameran Makmal Sains, Pameran Makmal Sains Tulen, Bijak Sifir , dan yang paling menarik
Pertandingan WATER ROCKET yang berakhir semalam. Berikan tepukan gemuruh kepada guru-guru
sains dan matematik anda atas usaha keras mereka menjayakan BUSMATIK pada kali ini.

Warga dewan sekalian…

Dengan adanya barisan guru sains dan matematik sebegini, wajarlah sekolah mencapai 100% bagi subjek
sains dan peningkatan dalam peratusan bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM dan PMR yang
lalu. Tidak dilupakan sekalung tahniah kepada para guru SMK Bugaya2 diatas pencapaian bagi SPM dan
PMR kali ini, berkat kerjasama dan sokongan padu dari semua guru akhirnya satu keputusan yang amat
memuaskan tercapai. PPD Semporna rasa bertuah dan berbesar hati mempunyai guru Sains dan
Matematik yang mempunyai motivasi dan dedikasi yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang
diberikan. Pada guru-guru berkenaan tahniah diucapkan dan teruskan usaha murni anda demi
melahirkan pelajar yang cintakan mata pelajaran Sains dan Matematik . Pihak PPD akan sentiasa
bersedia menghulurkan bantuan jika diminta berbuat demikian.

Para pelajar yang dikasihi sekalian..

Bulan Sains dan Matematik merupakan satu ilustrasi ataupun gambaran sebagai pendedahan kepada
pelajar bagi meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya ia meningkatkan peratusan
dan mengekalkannya. Pameran-pameran yang dilaksanakan juga diharap mencetus anjakan paradigm
dikalangan pelajar bahawa subjek sains dan matematik ini satu matapelajaran yang sangat seronok dan
bukanlah sesukar mana untuk memahami konsep sains dan matematik, ini dibuktikan dengan projek
“WATER ROCKET” @ ROKET AIR yang julung kalinya diadakan di daerah Semporna, diharapkan dengan
adanya aktiviti sebegini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan inovasi yang lebih menarik.
Bertepatan dengan tema bagi Bulan Sains Dan Matematik “ Science and Mathematics Cradle For
Technology”,aktiviti yang dilaksanakan mampu memastikan SMK Bugaya2 berada di satu tahap
kehadapan berbanding dengan sekolah-sekolah lain.

Hadirin Sekalian..

Untuk dikenali sebagai Negara maju menjelang 2020 , sains dan matematik memainkan peranan yang
penting dalam menentukan sejauhmana sebuah negara maju dalam aspek teknologi. Baru-baru ini kita
digemparkan dengan ledakan tsunami di Jepun,yang meragut puluhan ribu mangsa dan kini mereka
terdedah kepada bahaya radioaktif. Semua ini dapat diatasi dengan kefahaman tentang sains dan
matematik. Dan jika kita sedar mikrofon ini juga sebahagian dari sains dan matematik.Kehidupan
seharian kita juga tidak lari dari mengaplikasikan sains dan matematik.

Warga dewan sekalian..

Sekalung tahniah dan apresiasi pada barisan guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak . Hal
ini diharapkan membawa satu transformasi yang besar buat sekolah dan meningkatkan semangat warga
SMK BUGAYA 2 .Jadi, tidak mustahil pada masa akan datang ,5-10 tahun akan datang sekolah ini akan
melahirkan seorang angkasawan Negara yang hebat dan berkaliber. Inilah cabaran kepada generasi
masa kini untuk mengharumkn nama sekolah SMK BUGAYA 2 ke persada dunia. Anak watan daerah
Semporna tidak mustahil menjadi yang terbaik dan gemilang di persada arena pendidikan Negara.

Untuk tidak melengahkan masa ,dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.….. saya merasmikan majlis
perasmian dan penutupan Bulan Sains dan Matematik SMK BUGAYA 2 2011( BUSMATIK 2011).

Sekian , terim kasih.

Anda mungkin juga menyukai