Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKNB 2015

Tentatif Teks
Nyanyian Hadirin dijemput untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan
lagu Ibu Pertiwiku.

Salutasi Hadirin dipersilakan duduk.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha
Encik Bena anak Sylvester Sibat,
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Nanga Buku.

Yang Berusaha Encik Danneil anak Unot,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku,

Encik Yakup bin Dinok,


Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Nanga Buku,

Puan Jati anak Randi,


Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nanga Buku,

Guru-guru,
Para AKP,
barisan penerima anugerah,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t....salam sejahtera...salam menjulang


pendidikan Sarawak.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama berhimpun pada
pagi yang berbahagia ini dalam Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Nanga Buku bagi tahun
2015.

Ucapan Guru Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Besar Encik Danneil anak Unot, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga
Buku untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP Besar langsat di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan Encik Bena anak Sylvester Sibat, Yang di Pertua
PIBG, Sekolah Kebangsaan Nanga Buku untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Nanga Buku bagi tahun 2015 .
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan YDP atas ucapan beliau


sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


pembukaan Majlis kita pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan tarian
“Chicken Dance” daripada murid prasekolah.

Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar


tadi.
Penyampaian
sijil Hadirin yang dihormati, pada hari ini kita meraikan penerima
- Tahun 6 anugerah untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
- Pra Kebangsaan Nanga Buku Tahun 2015. Untuk pengetahuan
sekolah hadirin, para penerima anugerah telah dinilai berdasarkan beberapa
kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kriteria-kriteria yang dinilai adalah berdasarkan pencapaian
akademik, pencapaian kokurikulum, penglibatan dalam aktiviti kelab
dan persatuan, pertandingan yang disertai, anugerah murid
pemulihan, pengiktirafan NILAM dan jumlah kehadiran ke sekolah.

Maka, tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan majlis dengan


penyampaian anugerah dan sijil kepada para penerima.

Dengan ini,majlis menjemput Puan Jati anak Randi, Penolong Kanan


Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nanga Buku untuk
menyampaikan sijil.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(senarai nama ikut giliran)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Jati anak


Randi atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil
sebentar tadi.

Persembahan Indah sungguh mustika susila,


Menjadi pujaan teruna idaman,
Pelbagai budaya di negara kita,
Kekal sehingga zaman-berzaman

Seterusnya, majlis kita akan diserikan lagi persembahan daripada


murid tahun 2 iaitu persembahan tarian “Goyang Dumang” di bawah
pimpinan Cikgu Ambrose Ganthi.

Ayuh sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 2 atas persembahan


yang cukup menarik sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid yang
sijil
terlibat dalam badan kepimpinan sekolah bagi tahun 2015. Oleh itu
- Pengawas
sekolah majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Yakup bin Dinok,
- Pengawas
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan sijil.
PSS
- KK & PKK
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
KETUA KELAS
PENOLONG KETUA KELAS

(senarai nama ikut giliran)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Yakup bin


Dinok atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil
sebentar tadi.
Persembahan Awan bersua gerimis terhenti,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Penyampai sijil silih berganti,
Persembahan pelajar menyusul pula,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan “Bicara Berirama”


daripada gabungan murid tahun 3, tahun 4 dan tahun 6 di bawah
pimpinan Cikgu Hafeezah, Cikgu Nisha dan Cikgu Afifah.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang amat menarik


sebentar tadi.

Penyampaian
sijil
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid yang
- cemerlang
akademik menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik,. Oleh itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Yakup bin Dinok,
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Nanga Buku
untuk menyampaikan hadiah dan sijil.

KECEMERLANGAN AKADEMIK

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Yakup bin


Dinok atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik
Penyampaian
Danneil anak Unot, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku
sijil
- kdudukan untuk menyampaikan hadiah dan sijil.
dlm kelas
- kehadiran
- pemulihan
- NILAM
KEDUDUKAN DALAM KELAS
KEHADIRAN PENUH
CEMERLANG PEMULIHAN
NILAM

(senarai nama ikut giliran)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Danneil anak


Unot atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil
sebentar tadi.

Seterusnya, bagi menambahkan lagi kehangatan majlis kita pada


Persembahan pagi ini marilah kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian
bertajuk “Goyang Dumang” daripada pasangan sensasi di Nanga
Buku, dipersilakan Martinus dan Nantai Tahun 5.

Mari kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Penyampaian Selasih mekar di tengah desa


sijil Mencelah sama kembang melati
- Kegiatan Guru Pembina Negara Bangsa
koku Menabur ilmu berkhidmat bakti
- Hari sukan
negara
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid yang
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang
kokurikulum serta yang telah mengharumkan nama sekolah. Oleh itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Danneil anak
Unot, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku untuk
menyampaikan hadiah dan sijil.

KEGIATAN KOKURIKULUM
HARI SUKAN NEGARA

(senarai nama ikut giliran)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Danneil anak


Unot atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil
sebentar tadi.

Persembahan Seterusnya, majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan persembahan


tarian daripada murid tahun 5 dengan iringan lagu “Sakitnya Tuh Di
Sini” di bawah pimpinan Cikgu Jackline. Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Penyampaian Negeri Sarawak aman sentosa,


sijil Pendidikan gemilang misi utama,
- prtndgan
tahun 6 Dengan tiada melengahkan masa
- mewarna Kita mulakan atucara seterusnya,
- asrama
- murid
kemas
- berpotensi Maka, tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan majlis dengan
- cemerlang penyampaian anugerah seterusnya kepada para penerima.

Dengan ini,majlis menjemput Yang Berusaha Encik Bena anak


Sylvester Sibat, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Nanga
Buku diiringi Encik Danneil anak Unot, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Nanga Buku untuk menyampaikan anugerah.
(senarai nama ikut giliran)

Seterusnya majlis menjemput Encik Danneil anak Unot, Guru Besar


Penyampaian Sekolah Kebangsaan Nanga Buku untuk menyampaikan cenderati
Cenderahati tanda penghargaan kepada Encik Bena anak Sylvester Sibat, Yang
Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Nanga Buku atas kesudian
untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Nanga Buku bagi tahun 2015.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan majlis


penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.

Penutup Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi,


maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara

Sekian, wabillahitaqufiqwalhidayah w.b.t

Majlis Bersurai

Jamuan

Anda mungkin juga menyukai