Anda di halaman 1dari 3

Nilam dan ppda 2012

Yang Berusaha, Encik Mansor bin Tahir Guru Besar, SK Simpang Lima Darat Yang Dihormati Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Mohd Nas Guru Penolong Kanan 1, SK Simpang Lima Darat Encik Aziz bin Ninggal Guru Penolong Kanan HEM, SK Simpang Lima Darat Encik Rozaini bin Abdul Hamid Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Simpang Lima Darat Barisan Guru-guru Serta murid-murid yang dikasihi sekalian. KATA ALUAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul sekali lagi dalam perhimpunan kali ini. Pada pagi ini kita akan ikuti 2 pelancaran program nilam dan program anti dadah.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis pada pagi yang bermakna ini, dipersilakan ___________________________________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan. Amin amin Ya Robbanalamin. Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________________ atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi program dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T Seterusnya, dengan segala hormatnya dipersilakanYang Berusaha En Mansor bin Tahir untuk menyampaikan ucapan. Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mansor atas ucapan yang disampaikan itu tadi. Seterusnya dipersilakan Pn Zalina binti Atan selaku penyelaras program Nilam untuk menyampaikan ucapannya. Terima Kasih diucapkan kepada Pn Zalina atas

SK SIMPANG LIMA DARAT

Nilam dan ppda 2012

ucapan yang disampaikan itu tadi. Sempena pelancaran program nilam ini, kita akan saksikan persembahan murid dari tahun 2. Dengan itu, dipersilakan Mohd Amin Aiman bin Hamis dan Amira Najiha bt Misnan dengan cerita yang bertajuk : Kisah Pohon Epal. Terima kasih kepada Aiman dan Amira Najiha kerana berani menyampaikan cerita itu tadi. Seterusnya dipersilakan Nureen Najah binti Norizan dan Anis Humaira bt Awaruddin dengan persembahan mereka yang bertajuk one two Buckle my shoe.. Terima Kasih kepada Nureen najah dan anis humaira kerana persembahan itu tadi. Seterusnya dipersilakan En Aziz bin Ninggal Guru Penolong Kanan HEM untuk membacakan perutusan daripada yang Berbahagia Datoseri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Anti dadah. Terima Kasih diucapkan kepada En Aziz kerana membacakan perutusan dari KPM itu tadi. Seterusnya ialah pembacaan ikrar oleh semua murid. Dengan itu, dipersilakan Khairul Anwar bin Khairudin Ketua Pengawas Sk simpang lima darat untuk mengetuai pembacaan ikrar anti dadah. Terima kasih Khairul anwar kerana mengetuai pembacaan ikrar itu tadi. Seterusnya, dipersilakan Aina Nasuha bt Hamis untuk mendeklamasikan sebuah sajak sempena program anti dadah ini. Terima Kasih kepada Aina Nasuha kerana mendeklamasikan sajak itu tadi Seterusnya marilah kita sama-sama hayati sebuah lagu bertajuk mereka yang rebah yang akan disampaikan oleh murid-murid tahun 5. Dipersilakan Terima kasih kepada semua murid yang telah menyanyikan lagu itu tadi. Seterusnya ialah penyampaian cenderahati. Dipersilakan En Mansor bin Tahir diiringi Tn Hj Ahmada Tarmizi bin Md Nas GPk 1 untuk menyampaikan cenderahati tersebut. Dipersilakan

SK SIMPANG LIMA DARAT

Nilam dan ppda 2012

Amin Aiman bin Hamis Amira Najiha binti Misnan Nureen Najah binti Norizan Anis Humaira binti Awaruddin Aina Nasuha binti Hamis Terima kasih kepada en mansor dan tn hj ahmad tarmizi kerana menyampaikan cenderahati itu tadi. Dengan penyampaian itu tadi kita telah pun berada dipenghujung acara. Dengan ini kita akhiri program pada pagi ini dengan menyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat lagu nilam dan seterusnya lagu negaraku.

SK SIMPANG LIMA DARAT

Anda mungkin juga menyukai