Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURUACARA

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KALI 35 2010


SEK. KEB SIMPANG LIMA DARAT
TARIKH : 26 Mac 2010 (Jumaat 2.30ptg)

KETIBAAN PERASMI

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat bin


Yusof Ahli Dewan Negara

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat diiringi oleh


Tuan Haji Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK Simpang Lima Darat dan Tuan
Haji Mohd Noh bin Montalib YDP PIBG SK Simpang Lima Darat untuk masuk
ke dalam Dewan.

PERSEMBAHAN ZAPIN 1

Terbang bebas si rama-rama


Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah seiring irama
Tarian Zapin kini dipersembah

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis mengucapkan Terima Kasih di atas persembahan itu tadi.

Kumpulan zapin yang disaksikan sebentar tadi ialah kumpulan sua tari yang
telah dipimpin oleh Pn Mas Noraini bt Abu Samah dan Pn Nor Adielah bt
Hassan.

MUKADIMAH
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat bin Yusof
Ahli Dewan Negara

Yang Berusaha,
Tuan Haji Mazlan bin Ahmad
Guru Besar SK Simpang Lima Darat
Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Non bin Montalib
Yang Dipertua PIBG SK Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
En Rosli bin Saring
Naib Yang Dipertua PIBG SK Simpang Lima Darat

Yang Berbahagia
Tuan Haji Misnan bin Haji Jalal
Ketua Kampung Kg Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
En Jupri bin samad
Imam Masjid Jamek Kg Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
Tuan Haji Supian b Haji Kusnin
Imam Masjid Jamek Kg Simpang Lima Darat

Guru-guru penolong Kanan


Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2009/2010
Guru-guru
Ibubapa dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, iaitu
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 35 SK Simpang Lima Darat 2010

Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis ini dan seluruh warga SK Simpang
Lima Darat, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan, tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis ini.

BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Para hadirin sekalian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG ini

Majlis mempersilakan _______________________________ ,


___________________________________________________untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis Dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Amin amin Ya Robbanalamin.


Terima kasih diucapkan kepada ___________________________atas bacaan
doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN YDP

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Para hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib, YDP PIBG SK
Simpang Lima Darat untuk menyampaikan ucapan aluannya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib atas ucapan
aluan itu tadi.

UCAPAN ALUAN GB

Para hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK
Simpang Lima Darat untuk menyampaikan ucapan aluannya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan bin Ahmad atas ucapan
aluan itu tadi.
UCAPAN ALUAN PERASMI

Cempaka sari warisan sejati


Menjadi Kebanggaan seisi negeri
Ucapan Perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari

Para hadirin sekalian,

Untuk menyerikan lagi majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamad bin Yusof, Ahli Dewan
Negara untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke 35 SK Simpang Lima Darat.
Dipersilakan.

Ucapan YB menyerikan majlis


Warga sekolah tampak ceria
Kesudian YB merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira

Kain pelikat panjang sembilan


Tersusun corak cantik warnanya
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamad
bin Yusof atas ucapan perasmian itu tadi.

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Tuan-tuan dan puan-puan

Majlis pada petang ini akan diteruskan dengan acara Penyampaian


Cenderahati Sumbangan iklhas dari Naib Ketua Umno Ledang. Encik Abdul
Rahim bin Talib. bagi Pelajar Cemerlang UPSR 2009

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput


untuk______________________________________________diiringi oleh
Menyampaikan cenderahati.
 Dipersilakan

Dipersilakan Adik Noramani binti Zulkifli untuk naik ke pentas menerima


cenderahati

Seterusnya dipersilakan Adik Nur Ain Fatihah binti Joharudin naik ke pentas
untuk menerima cenderahati.
Seterusnya ialah acara penyampaian cenderahati bagi Ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG sesi 2009/2010

1. Penasihat PIBG Tuan Haji Mazlan bin Ahmad

2. YDP PIBG Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib

3. NYDP PIBG Encik Rosli bin Saring

Seterusnya dipersilakan
Ahli-ahli Jawatankuasa:

4. Encik Jamil b Samaon

5. Encik Abdul Razak b Sari

6. Puan Siti Arbain bt Haji Ali

7. Puan Junainah bt Johari

8. Puan Norlela bt Ithnin

9. Encik Tukiran b Musa

10. Encik Jasman bin Tukiran

Pemeriksa Kira-Kira:

11. Encik Khairudin b Haji Suratman

12. Puan Tumiah bt Loso

Seterusnya dipersilakan Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib untuk


menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji
Ahamad bin Yusof.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat kerana sudi menerima


cenderahati itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan

Terima kasih diucapkan kepada


___________________________________________________ kerana
penyampaian cenderahati itu tadi.
JAMUAN MAKAN

Tuan-tuan dan puan-puan

Seterusnya, majlis menjemput tuan-tuan dan puan-puan, tetamu jemputan, guru-


guru murid-murid untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin.

Dengan ini majlis berehat sebentar.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Salam bahagia dan
salam hormat. Assalamualaikum WBt....
TABUNG DERMA
Tuan-tuan dan puan-puan

Sebentar lagi akan diedarkan tabung derma ikhlas untuk tabung PIBG. Pihak
PIBG memohon sumbangan ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Dipersilakan dua orang pelajar membawa tabung berkenaan untuk masuk ke
dalam dewan.

Anda mungkin juga menyukai