Anda di halaman 1dari 2

DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH Sumber ibnunaeem 1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan

ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih . 2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu . 3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu . 4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan : . Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa . 5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada , dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh . 6) Doa ketika menerima kertas soalan : . . .

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai