Anda di halaman 1dari 3

NAMA : MOHAMAD AMIRUL HUSNI BIN MOHD NASIR

KELAS : PISMP D2
NAMA PENSYARAH : PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN
NAMA DAN KOD KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP3063)

Pengukuran Kebolehpercayaan terbahagi kepada lima iaitu:

i. Alpha Cronbach
ii. Skala Likert
iii. Skala Thurstone
iv. Skala Guttman
v. Skala Semantic differential

1. Alpha Cronbach
 Alpha Cronbach (AC) adalah pengukuran kebolehpercayaan paling popular.
 Ini kerana AC mengukur kekuatan korelasi antara item-item soal selidik dalam
setiap konstruk yang unidimensional (satu dimensi).
 Nilai AC yang tinggi menunjukkan semua item mengukur satu konstruk
dengan satu dimensi yang sama.
 Jika anda ingin mengukur persetujuan, skor mestilah dalam satu dimensi iaitu
bersetuju ataupun tidak bersetuju bagi memdapatkan korelasi yang tinggi.
 Jika soal selidik anda mempunyai beberapa konstruk, pengukuran AC
mestilah dibuat secara berasingan mengikut konstruk. Ini bermakna jika soal
selidik anda ada 5 konstruk, anda perlu ada 5 nilai AC bagi soal selidik
tersebut.
 Kebolehpercayaan yang tinggi bermakna item-item di dalam kajian tersebut
benar-benar mengukur kepuasan pelanggan, manakala kebolehpercayaan
yang rendah bermakna ia mengukur sesuatu yang lain daripada kepuasan
pelanggan.
 Ujian AC dijalankan untuk melihat adakah soalan kaji selidik yang diukur
melalui skala likert itu boleh dipercayai. Soalan-soalan ini mengukur pemboleh
ubah pendam (latent) - pembolehubah yang tersembunyi atau tidak dapat
diukur secara terus seperti: bersifat terbuka, personaliti atau
bertanggungjawab.
2. Skala Likert
 Skala Likert adalah skala yang dapat digunakan untuk mengukur sikap,
pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang mengenai suatu
gejala atau fenomena pendidikan.
 Dalam skala Likert terdapat dua bentuk pernyataan iaitu pernyataan positif
yang berfungsi untuk mengukur sikap positif, dan pernyataan negatif yang
berfungsi untuk mengukur sikap negatif objek.
 Skor pernyataan positif dimulai dari 1 untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2
untuk Tidak Setuju (TS), 3 Tidak Pasti (TP), 4 untuk Setuju (S), dan 5 untuk
Sangat Setuju (SS).
 Skor pernyataan negatif dimulai dari 1 untuk sangat setuju (SS), 2 untuk
setuju (S), 3 untuk tidak pasti (TP), 4 untuk tidak setuju (TS), dan 5 untuk
sangat tidak setuju (STS).

3. Skala Thurstone
 Skala Thurstone adalah skala yang disusun dengan memilih butir yang
berbentuk skala interval.
 Setiap butir memiliki kunci skor dan jika disusun, kunci skor menghasilkan
nilai yang berjarak sama.
 Skala Thurstone dibuat dalam bentuk sejumlah (40-50) pernyataan yang
relevan dengan variable yang hendak diukur kemudian sejumlah ahli (20-40)
orang menilai kerelevanan pernyataan itu dengan kandungan atau konstruk
yang hendak diukur.

4. Skala Guttman
 Skala Guttman ialah skala yang menginginkan jawapan tegas, seperti
jawapan benar - salah, ya - tidak, pernah - tidak pernah, positif - negatif, tinggi
- rendah, baik - buruk, dan seterusnya.
 Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak setuju.
 Skala Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan ganda mahupun daftar
checklist.
 Untuk jawapan positif seperti benar, ya, tinggi, baik, dan sebagainya diberi
skor 1; sedangkan untuk jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk,
dan sebagainya diberi skor 0.
5. Skala Semantic Differential
 Skala perbezaan adalah skala untuk mengukur sikap, tetapi bentuknya tidak
banyak pilihan atau senarai semak, tetapi diatur dalam garis kontinum dimana
jawapan yang sangat positif terletak di sebelah kanan baris, dan jawaban
yang sangat negatif terletak di sebelah kiri garis, atau sebaliknya.
 Data yang diperoleh melalui pengukuran dengan skala perbezaan semantik
adalah data selang.
 Skala bentuk ini biasanya digunakan untuk mengukur sikap atau ciri-ciri
tertentu yang dimiliki seseorang.

Anda mungkin juga menyukai