Anda di halaman 1dari 11

TEKNIK KEMAHIRAN

MENULIS KARANGAN
Disediakan oleh:
Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir

Nama Pensyarah:
Cik Siti Salamah binti Mohd Yusof
KONSEP MENULIS DAN MENGARANG
• Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan

dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada

pembaca. 

• Menulis mempunyai hubungan yang rapat dengan membaca. Kedua-dua kemahiran bahasa ini mementingkan

penggunaan akal (Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2011). Hal ini dikatakan demikian kerana membaca tidak akan

ada sekiranya tiada tulisan.

• Mengarang pula boleh ditakrifkan sebagai pelahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berpandukan kepada tajuk

yang diberikan oleh guru mengikut jumlah perkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan (Che Zanariah Che Hassan

& Fadzilah Abd. Rahman, 2011).


TEKNIK MENULIS KARANGAN (I C I)

1 Teknik I C I
 
Akronim I C I merujuk kepada:
I - Idea
C - Contoh
I - Impak
 
Teknik ini digunakan dalam menulis karangan
jenis:
i) Berpandu
ii) Bebas
PERINCIAN TEKNIK MENULIS KARANGAN
ICI

•Teknik I C I merupakan teknik yang diguna pakai untuk karangan berpandu dan karangan bebas.

•Karangan berpandu merujuk kepada karangan ditulis berdasarkan gambar rajah, infografik, graf dan sebagainya

manakala karangan bebas pula merujuk kepada karangan yang ditulis berdasarkan kepada pengetahuan dan

idea yang hadir daripada pemikiran murid sendiri (Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin Idris & Mohd Radzi

Jurnal 2015).

•Teknik ini direka bertujuan untuk memudahkan murid menulis karangan serta tidak ketandusan idea ketika

menulis.

•Teknik ini sesuai digunakan berdasarkan Standard Kandungan (SK) 3.3 dan Standard Pembelajaran (SP) 3.3.1.
STANDARD KANDUNGAN (SK) 3.3 DAN
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 3.3.1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.3 Menghasilkan penulisan 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan


penulisan imaginatif dan deskriptif.
CONTOH PENGAPLIKASIAN TEKNIK MENULIS
KARANGAN I C I
Arahan: Tulis karangan berkaitan faedah-faedah bersukan
dalam kehidupan seharian.
Panjang karangan anda hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Idea (I) Dapat menyihatkan tubuh badan
Contoh (C) Contohnya, apabila kita berekreasi seperti
berbasikal, bermain badminton, bermain bola dan
sebagainya dapat mengeluarkan peluh.
Impak (I) Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas
serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas.
TEKNIK MENULIS KARANGAN
Pendahuluan : Teknik AT AK
Isi : Teknik P K SuSi
Penutup : Teknik KL
 
Akronim AT AK merujuk kepada:
 
AT- Ayat tema
AK- Ayat kehendak
 
Akronim P K SuSI merujuk kepada:
 
P- Penanda Wacana
K- Kunci soalan
Su – Isi tersurat
Si – Isi tersirat
 
Akronim bagi KL merujuk kepada:
 
KL – Kesimpulan – Lantaran itu
 
Teknik ini digunakan bagi menulis karangan
jenis:
i) Berpandu
PERINCIAN TEKNIK MENULIS KARANGAN
AT AK, P K SUSI DAN KL
• Teknik ini diguna pakai untuk karangan berpandu.

• Teknik ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu bahagian pendahuluan, isi dan penutup.

• Bahagian pendahuluan menggalakkan murid untuk menulis berdasarkan ayat tema dan ditambah dengan ayat kehendak.

• Bagi bahagian isi pula, penggunaan penanda wacana amat diperlukan bagi menunjukkan kesinambungan antara isi dengan isi yang lain.

• Teknik SuSi ini juga digunakan dalam bahagian isi bertujuan untuk memudahkan murid mengembangkan isi tersurat dengan isi tersirat.

• Pada bahagian penutup pula, penggunaan lantaran itu bertujuan untuk melihat pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid selari dengan hasrat

pendidikan abad ini yang ingin melahirkan murid-murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

• Tambahan pula, teknik ini juga membantu murid lemah untuk mengembangkan isi tersurat dengan lebih baik melalui penggunaan kata hubung

SUKAD (supaya, untuk, kerana, agar, demi).

• Teknik ini sesuai digunakan bagi karangan ulasan bahagian B dan bertepatan dengan SK 3.6 dan SP 3.6.1.
STANDARD KANDUNGAN 3.6 DAN
STANDARD PEMBELAJARAN 3.6.1.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


3.6 Menulis untuk menyampaikan 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu maklumat dengan menggunakan
perkara dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan
bahasa yang santun. secara kohesi dan koheren
 
CONTOH PENGAPLIKASIAN TEKNIK MENULIS
KARANGAN AT AK, P K SUSI DAN KL

Teknik Contoh
Pendahulaun (AT Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna (AT).
AK) Terdapat pelbagai kegunaan pokok kelapa kepada manusia.
(AK)
Isi ( P K SuSi) Selain itu (P), kegunaan pokok kelapa ialah batangnya dibuat
titi (Su) untuk digunakan menyeberangi anak sungai (Si)
Kesimpulan (KL) Kesimpulannya, terdapat pelbagai kegunaan pokok kelapa
(K). Lantaran itu, kita mestilah menggunakan dan menghargai
pokok kelapa (L)
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai