Anda di halaman 1dari 15

SULIT

SULIT 1 1249/1
1249/1
1249/1
Sejarah
Kertas 1
Ogos
2007
1 jam

SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH


BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

SEJARAH

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat Sebelah
1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT
SULIT 2 1249/1

1 Civilization berasal daripada bahasa Greek dan mempunyai kaitan dengan konsep
tamadun.
Apakah maksud civilization?
A Bandar
B Daerah
C Kawasan
D Perkampungan

2 Fungsi tulang oracle adalah untuk


A mengubati penyakit
B menjamin kedaulatan raja
C meramal sesuatu keadaan
D menghasilkan barangan kayu

3 Bagaimanakah pemerintahan Pompei dapat menyediakan bekalan air yang


mencukupi untuk penduduk bandar?
A Menggali lebih banyak perigi
B Membina sistem saliran bawah tanah
C Memproses air laut menjadi air minuman
D Mengehadkan penggunaan air kepada rakyatnya

 Fizikal
 Kemahiran

4 Mengapakah aspek di atas penting dalam sistem pendidikan di Sparta?


A Membentuk rakyat yang sihat
B Melahirkan warganegara yang setia
C Menerapkan amalan hidup yang riang
D Menghasilkan masyarakat yang seimbang

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 3 1249/1

5 Kegiatan pertanian kerajaan Angkor pesat berkembang dengan adanya usaha-usaha


berikut.
I Meningkatkan perdagangan hasil pertanian
II Mempelbagaikan ekonomi sara diri
III Membina dan mengurus pengairan
IV Menambah hasil padi
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

6 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?


I Sumber protein
II Sumber pengairan
III Membekalkan air minuman
IV Menjadi laluan perhubungan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak.
Apakah kesan amalan tersebut?
A Keruntuhan akhlak
B Peperangan sesama kabilah
C Kemunculan semangat assabiah
D Penindasan terhadap golongan lemah

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 4 1249/1

8 Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang disebarkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.?
I Semua amalan tradisi ditinggalkan
II Bertentangan dengan sistem sosial
III Salah faham terhadap tugas nabi
IV Berbeza dari segi kepercayaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9 Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat


Madinah berlandaskan
I adat
II keadilan
III musyawarah
IV semangat assabiyah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

10 Siapakah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang menyamar di tempat tidur baginda
semasa berhijrah ke Madinah?

A Ali bin Abi Talib


B Abdullah bin Arqat
C Abu Bakar al-Siddiq
D Umar bin al Khattab

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 5 1249/1

11 Takwim Islam kini adalah berasaskan kiraan tahun Hijrah. Takwim ini mula
digunakan sewaktu pemerintahan khalifah

A Ali bin Abi Talib


B Uthman bin Affan
C Abu Bakar al Siddiq
D Umar bin al Khattab

12 Antara yang berikut, manakah kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun
lain di dunia?
I Perluasan kawasan pemerintahan Islam
II Penguasaan laluan perdagangan Islam
III Perluasan kawasan penyebaran Islam
IV Penguasaan pendidikan agama Islam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

 Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara telah


lama wujud.
 Gujerat menjadi pelabuhan penting di India.

13 Maklumat di atas berkaitan kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


Siapakah tokoh yang mengemukakan bukti tersebut?
A S.Q. Fatimi
B John Crawford
C Snouck Hurgronje
D Emanuel Gadinho Eredia

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 6 1249/1

Konsep daulat tidak wujud secara bertulis tetapi


dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai.

14 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah daulat begitu penting kepada institusi


kesultanan Melayu?
I Mengukuhkan institusi kesultanan
II Mengikat golongan rakyat dengan pemerintah
III Mengangkat kedudukan sultan ke tahap tinggi
IV Menimbulkan penghormatan rakyat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15 Institusi gereja dikatakan mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman


Gelap kerana
A ahli gereja setaraf dengan raja
B aktiviti gereja dikawal oleh pembesar dan raja
C mempunyai jumlah tanah yang luas berbanding dengan raja
D menumpukan amalan agama dan ilmu akhirat

16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan saintis pada
zaman Renaissance di Eropah.
Siapakah golongan patron?
A Penggiat seni
B Pedagang kaya
C Penguasa gereja
D Penduduk tempatan

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 7 1249/1

Lord Townshend

17 Apakah sumbangan tokoh di atas dalam bidang pertanian?


A Mencipta alat menggali
B Mencadangkan penggunaan baja
C Menggalakkan pemagaran tanah awam
D Memperkenalkan sistem penggiliran tanaman

18 Antara berikut, manakah ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum


kedatangan British?
I Modal kecil
II Buruh terhad
III Pasaran luas
IV Sara diri
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19 Antara tanaman komersial yang telah digalakkan oleh British di Tanah Melayu ialah
I getah
II padi
III kopi
IV tebu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 8 1249/1

Pada 25 November 1913, Akta Tanah Simpanan Melayu telah


diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.

20 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah Tanah Simpanan Melayu dikatakan


tidak mempunyai nilai komersial?
A Tidak sesuai untuk kegiatan perladangan
B Terletak di kawasan yang mundur
C Kebanyakan tanah tidak subur
D Keluasan kawasan yang terhad

21 Apakah faktor yang mempengaruhi petempatan masyarakat di Tanah Melayu semasa


zaman penjajahan British?
A Berdasarkan pengaruh ketua kaum
B Dipengaruhi oleh faktor geografi
C Ditetapkan oleh kuasa penjajah
D Mengikut fungsi ekonomi

22 Antara berikut, yang manakah membuktikan ketidakjujuran imperialis Barat dalam


tugas mereka mentamadunkan penduduk Asia Tenggara?
I Penduduk peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara
II Eksploitasi dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan
III Tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal
IV Hasil tempatan dikuasai penjajah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 9 1249/1

Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Encomienda


untuk mentadbir Filipina pada peringkat tempatan yang diketuai
oleh Encomiendero.

23 Merujuk pernyataan di atas, mengapakah penduduk Filipina tidak menyenangi Sistem


Encomienda?
I Kerahan tenaga
II Mengenakan cukai yang tinggi
III Menjejaskan kegiatan ekonomi mereka
IV Kehilangan hak istimewa
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24 Mengapakah pengenalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat


nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan?
I Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
II Pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan
III Pendidikan Barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional
IV Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 10 1249/1

 Mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam


Tokoh Y  Menjadi Presiden Vietnam Utara
 Pemimpin Parti Komunis Vietnam

25 Merujuk maklumat di atas, siapakah tokoh Y?


A Nguyen Thai Hoc
B Ho Chi Minh
C Phan Boi Chau
D Maharaja Bao Dai

Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah


menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang
dan berjaya mendudukinya.

26 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah punca serangan tersebut?


A British menghapuskan kuasa pembesar negeri
B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan
C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu
D Penduduk tidak berpuas hati dengan undang-undang Barat

Tahun 1939
Gerakan Separa politik
Persatuan Kesatuan Melayu Muda

27 Apakah tujuan penubuhan persatuan di atas?


A Menghalau British dengan kerjasama Jepun
B Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu
C Menggabungkan tenaga intelektual Melayu
D Memajukan sosioekonomi orang Melayu

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 11 1249/1

Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah


menyampaikan ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia

28 Hasrat yang ingin disampaikan oleh beliau dalam majlis tersebut adalah untuk
membina
A negara Malaysia
B bangsa Malaysia
C kaum di Malaysia
D budaya di Malaysia

Perundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948


ditentang oleh golongan orang dagang dan radikal Melayu.

29 Mengapakah golongan di atas menentang cadangan tersebut?


A Kedudukan mereka terancam
B Pandangan mereka tidak diambil kira
C Ketiadaan wakil dalam jawatankuasa kerja
D Prinsip kerakyatan jus soli tidak akan dilaksanakan

30 Keturunan Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London


selepas Perang Dunia Kedua.
Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
I Kesihatan terganggu
II Penggantinya tidak layak
III Penentangan penduduk tempatan
IV Kekurangan modal untuk mentadbir
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 12 1249/1

31 Matlamat Suruhanjaya Reid yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 adalah

A merangka sistem pendidikan


B mengkaji pentadbiran negara
C meninjau sokongan rakyat
D menyusun perlembagaan

32 Apakah isu yang diambil kira dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka?
I Kepentingan agama Islam
II Kedudukan Raja-Raja Melayu
III Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat
IV Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya


menggabungkan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu.

33 Merujuk pernyataan di atas, alasan yang mendorong Lee Kuan Yew mendesak
penggabungan tersebut adalah
A menghadapi ancaman komunis
B memperlihatkan semangat setia kawan
C mewujudkan kerjasama ekonomi serantau
D menghapuskan rancangan parti berhaluan kiri

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 13 1249/1

34 HICOM (Perbadanan Industri Berat Malaysia) ditubuhkan untuk mengembangkan


perindustrian berat di negara ini.
Projek utama HICOM adalah menubuhkan Kilang
I Kereta Nasional PROTON di Shah Alam
II PERWAJA di Terengganu
III MDF Merbok di Kedah
IV Simen oleh Kedah Cement Sdn. Bhd. di Langkawi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35 Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara Eropah?


A Mengeratkan kerjasama
B Memulakan era perindustrian
C Menamatkan sistem pemerintahan beraja
D Memulakan persaingan mendapatkan tanah jajahan

 Blok Kapitalis - Demokratik


 Blok Komunis - Diktator

36 Mengapakah persaingan antara blok di atas dikenali sebagai Perang Dingin?


A Tidak wujud konflik bersenjata secara langsung
B Perlumbaan kedua-dua blok dalam pembinaan senjata nuklear
C Tiada kerjasama kedua-dua blok dalam isu perlumbaan senjata
D Persaingan dalam menyebarkan pengaruh ke seluruh dunia

[Lihat Sebelah
1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT
SULIT 14 1249/1

Malaysia mengamalkan konsep perpaduan dan


komited terhadap hak asasi manusia.

37 Apakah bukti Malaysia mengamalkan pendirian di atas?


A Menggubal dasar luar anti komunis
B Menentang penyalahgunaan dadah
C Menyokong perjuangan Palestin
D Menentang Dasar Apartheid

ZOPFAN Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

38 Mengapakah konsep di atas penting kepada negara-negara ASEAN?


A Pengukuhan kuasa serantau
B Terlibat dalam perluasan kuasa
C Mengurangkan ancaman komunis
D Bebas daripada persengketaan dunia

Koridor Raya Multimedia (MSC) meliputi


kawasan Kuala Lumpur City Center sehingga
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

39 Merujuk pernyataan di atas, manakah kawasan yang terletak di Koridor Raya


Multimedia?
I Sekolah Seri Puteri
II Pusat Pentadbiran Putrajaya
III Universiti Industri Selangor
IV Taman Teknologi Malaysia
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 15 1249/1

40 Antara berikut, manakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat


k-masyarakat?
I Menubuhkan sekolah bestari
II Mementingkan teknologi maklumat
III Menggalakkan pendidikan swasta
IV Mengutamakan pekerja profesional asing
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Anda mungkin juga menyukai