Anda di halaman 1dari 11

UJIAN PRA PERCUBAAN TINGKATAN

SEKOLAH SENI MALAYSIA


UJIAN (KERTAS 2)
2 JAM 3O MINIT

5
KUALA LUMPUR

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN


INI SEHINGGA
DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, bahagian A (4 soalan struktur), dan
bahagian B (5 soalan esei).
2. Sila Jawab semua soalan bahagian A, dan 3 soalan bahagian B di ruangan yang telah
disediakan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1249

Nama Pemeriksa:
Bahagian Markah Penuh Markah Diperoleh

A 40
B 60
Jumlah 100
H
SEJA
NAMA : ……………………………………………………………………………………….

TINGKATAN: ……………………………………………………………………………………….

BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR


JAWAB SEMUA SOALAN

1. a) Keganasan komunis di negara kita telah menyebabkan kesengsaraan dan ketakutan kepada rakyat. Bagi
mengatasi ancaman komunis, British telah menubuhkan pelbagai pasukan keselamatan.

Apakah tugas keselamatan berikut:

i) Special Constabel

Menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.

ii) Senoi Praaq

 Ditugaskan untuk mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan.

(2 markah)

b) Mengapakah kita perlu mengukuhkan pertahanan negara kita?

Kita perlu mengukuhkan ketahanan Negara kita supaya tidak dapat dijajah oleh penjajah. Penjajah yang datang ke
Negara kita akan menyebabkan kegagalan rakyat untuk bersatu padu untuk mempertahankan Negara serta dapat
menjejaskan hubungan masyarakat di Negara ini. Hal ini memberikan kita kesedaran untuk bersama-sama
mempertahankan Negara kita supaya dapat menjamin keselamatan dan kemakmuran Negara daripada ditakluk oleh
orang asing.

(4 markah)

c) Bagaimanakah keadaan negara kita pada hari ini, sekiranya ancaman komunis tidak berjaya diatasi. Berikan
hujah anda.

Pada pendapat saya, keadaan Negara kita pada hari ini sekiranya ancaman komunis tidak Berjaya diatasi adalah
Negara masih lagi berada dalam keadaan huru-hara kerana ancaman dari komunis yang mengancam keselamatan
rakyat sekeliling. Perkara ini akan menyebabkan Negara masih lagi berada dalam situasi yang merbahaya kerana
ancaman komunis menggunakan banyak serangan senjata dan gerakan politik. Hal ini akan menjadikan komunis
bertindak lebih agresif jika kita tidak bertindak untuk menjamin keselamatan rakyat bersama. Oleh itu, kita haruslah
bekerjasama untuk mengawal dan mengatasi ancaman komunis ini supaya dapat menjamin kemakmuran rakyat.
(4 markah )

2. a) Pada 20 Februari 1956, rombongan misi kemerdekaan telah tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam dan
diarak sehingga ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk mengiystiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Bilakah tarikh kemerdekaan negara dan siapakah tokoh yang mengisytiharkan kemerdekaan negara?

1. 31 Ogas 1957

2. Tunku Abdul Rahman

(2 markah)

b) Pengiystiharan tarikh kemerdekaan kepada negara kita sangat penting. Jelaskan.

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan sangat penting kerana ia merupakan hari dimana negara kita telah bebas dari
jajahan komunis dan juga British. Selain itu, tarikh kemerdekaan juga berfungsi agar kemerdekaan negara dapat
disambut pada setiap tahun bagi memberi peringatan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan perjuangan
tokoh – tokoh dalam memperjuangkan negara pada masa dahulu. Seterusnya, tarikh kemerdekaan ini sangat
penting untuk memgingatkan bahawa negara kita telah berjaya untuk mengurus negara ataupun kerajaan kita
sendiri.
(4 markah)

c) Bagaimana manakah generasi muda pada hari ini bertanggungjawab mengisi kemerdekaan negara kita supaya
kekal berdaulat.

Generasi muda pada hari ini bertanggungjawab mengisi kemerdekaan Negara adalah belajar dengan mempunyai
keilmuan yang tinggi untuk bersama-sama meningkatkan aras pengetahuan mereka dari segi sahsiah dan ekonomi
untuk melahirkan generasi yang terus maju dan merdeka. Sebagai contoh, mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang sejarah yang berlaku di Negara kita supaya dapat mengambil iktibar dan pengajaran untuk
memperkembangkan lagi kemajuan di Negara kita. Perkara ini dapat membantu Negara untuk kekal berdaulat dalam
mempertahankan tanah air supaya kita dapat hidup dengan aman dan harmoni.
(4 markah)

3.

Ciri-Ciri Negara Berdaulat

Mempunyai X Y
Mempunyai
Pemerintah Perundangan
Rajah berikut merujuk ciri-ciri negara yang
berdaulat.

a) Apakah ciri X dan Y?

X: Mempunyai sempadan .

Y: Mempunyai rakyat .

(2 markah)

b) Mengapakah setiap negara yang berdaulat mempunyai pemerintahan dan perundangan yang unggul?

Setiap Negara yang berdaulat mempunyai pemerintahan dan perundangan yang unggul kerana keberkesanan
pentadbiran yang cekap dapat memberikan kebebasan kepada Negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa
campur tangan pihak luar. System perundangan dapat memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi
rakyat. Negara yang berdaulat ini dapat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan
ekonomi Negara. Oleh itu, kita haruslah menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi menjamin kestabilan
politik.

(4 markah)

c) Bagaimanakah persiapan anda dalam menjamin kedaulatan negara yang berkekalan?


Persiapan saya dalam menjamin kedaulatan Negara yang berkekalan adalah dengan sentiasa memberikan kesetiaan
kepada raja dan Negara dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, saya juga
perlu mempunyai pengetahuan asas dan memahami serta menghormati agama serta budaya perlbagai kaum lain dan
mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat. Oleh itu, kerjasama ini
penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan demi kemajuan dan kesejateraan Negara.
( 4 markah )

4. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan negara kita sejak mencapai kemerdekaan hingga
kini.

a) Nyatakan bidang kuasa Yang-di-Pertuan Agong.

Antara bidang kuasa Yang-di-Pertuan Agong ialah kuasa eksekutif yang terdiri daripada melantik perdana
menteri dari Jemaah menteri, pelantikan jawatan penting, ketenteraan da diplomatik. Seterusnya ialah kuasa
perundangan iaitu persidangan parlimen, agama, hak dan keistimewaan dan pengisytiharan darurat. Akhir sekali
adalah kuasa kehakiman iaitu kuasa pengampunan .

(3 markah)

b) Sultan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing. Jelaskan kuasa yang dimiliki tersebut.

Sultan memiliki kuasa penuh dengan berfungsi sebagai ketua negeri di negeri masing-masing. Seterusnya, Sultan
juga berperanan untuk menangguhkan hukuman dan mengampunkan kepada mereka yang dijatuhkan hukuman.
Selain itu, Sultan juga mempunyai kuasa perlantikan bagi jawatan utama negara.
(3 markah)

c) Perbuatan memperlekeh dan menghina institusi raja tersebut tidak wajar dilakukan. Berikan ulasan anda.

Perbuatan memperlekeh dan menghina institusi raja tidak wajar dilakukan kerana perkara ini akan menjejaskan
kedudukan raja dan keagungan raja untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh, kita sering
mempertikaikan perundangan yang ditetapkan sehingga dapat menimbulkan rasa iri hati dan tidak menghormati
institusi raja berperlembagaan. Perkara ini secara langsung menjadikan rakyat sudah tiada lambang ketaan kepada
raja dan Negara kita. Dengan itu, kita haruslah sentiasa menjaga kedudukan raja dan menjadi rakyat yang sentiasa
berpegangg kepada kedaulatan Negara.

(4 markah)
BAHAGIAN B: SOALAN ESEI . JAWAB TIGA SOALAN SAHAJA.

1. Gagasan Malayan Union (MU) diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military
Administration (BMA) pada tahun 1946.

a) Nyatakan ciri-ciri Malayan Union? (6 markah)

Ciri-ciri Malayan Union ialah dari segi kesatuan iaitu perbezaan kategori setiap negeri antara negeri-negeri
Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri- negeri Selat kecuali Singapura telah
disatukan menjadi satu unit pentadbiran. Seterusnya, hak raja-raja melayu iaitu sultan menjadi Ahli Majlis Raja-
Rjaa yang hanya menbincangkan soal agama islam dan adar istiadat Melayu.

Selain itu, Ketua Pentadbir Malayan union diketua oleh Gabenor Brtitish yang dilantik oleh Raja England. Majlis
Eksekutif dan majlis Perundangan Malayan Union dibentuk di bawah kawalan persuruhjaya Tinggi British.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan kewarganegaraan bagi ciri Malayan Union adalah melalui prinsip jus soli yang
menjadi asas kewarganegaraan Mlaayan Union. Ciri kewarganegaraan ini menjadikan Seluruh rakyat yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union. Mereka yang berumur kurang
dari 18 tahun yang ibu bapanya merupakan warganegara, turut diberikan kewarganegaraan.

b) Terangkan cara penentangan oleh rakyat terhadap Malayan Union? (6 markah)

Cara penentangan yang dilakukan oleh rakyat terhadao Malayan Union ialah melalui bantahan akhbar melayu
seperti utusan melayu iaitu dari singapura, majlis dari kuala lumpur dan warta Negara dari pulau pinang telah
bersama-sama menyuarakan bantahan kertas, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana ia dapat
merugikan orang Melayu. Akhbar ini juga menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran
untuk menolak gagasan Malayn Union.

Seterusnya, penentangan ini juga adalah melalui bantahan cendekiawan iaitu daripada tokoh pentadbir melayu.
Antara tokoh pentadbir melayu ini ialah pemimpin melayu seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Nik Ahmad Kamil
dan Tengku Mohamed yang telah menggerakkan orang melayu menentang Malayan union dengan menggunakan
pelbagai strategi. Begitu juga dengan bantahan wanita iaitu tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah dari
Batu pahat, Halimahton Abd Majid dari Rembau dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, rakyat juga mengdakan Kongres Melayu untuk menentang Malayan Union ini iaitu
penentangan gagasan Malayan Union yang dianjurkan oleh pemimpin persatuan Melayu dan penglibatan Raja-
Raja Melayu di negero masing-masing. Kongres Melayu ini diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur.

c) Penentangan terhadap Malayan Union (MU) memperlihatkan wujud penyatuan antara pelbagai lapisan
masyarakat Melayu demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Bincangkan. (8 markah

Penyatuan antara pelbagai lapisan masyarakat ini dapat diwujudkan semasa penentangan ini kerana semua rakyat
bersatu padu dan mempunyai kesedaran untuk mempertahankan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat. Perkara
ini memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh bangsa dan kaum untuk bersama-sama berganding bahu
menentang Malayan Union ini secara besar-besaran.

Penentangan ini juga memberikan impak yang berkesan dimana setiap rakyat berani untuk bertindak demi
mengukuhkan kedudukan raja dan hak kuasa raja. Hal ini menjelaskan bahawa rakyat masih lagi mempunyai
kesedaran untuk bertaat setia dengan raja sebagaai pemimpin untuk menentang perlembagaan Malayan Union
dengan keras.

Selain itu, masyarakat menjadi semakin kreatif dengan menggunakan pelbagai medium untuk menentang
perlembagaan Malayan Union ini bersama-sama. Sebagai contoh, mereka menggunakan akhbar untuk menyebarkan
berita ini kepada seluruh penduduk untuk mencari kekuatan bersama secara tidak langsung dapat menyatukan
masyarakat untuk menentang Malayan Union ini.

Bukan itu sahaja, penentangan Malayan Union ini juga telah menyemarakkan jiwa setiap bangsa demi
mempertahankan maruah bangsa dan Negara. Misalnya rakyat menyedari bahawa perlembagaan negara ini semakin
tidak stabil dan dikawal oleh penjajah. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang berwibawa hendaklah mempunyai sifat
kemasyarakatan demi mempertahankan tanah air.

2. Gambar berikut merupakan bendera Komunis Malaya

a) Terangkan ancaman komunis di Tanah Melayu (4 markah)

Ancaman komunis di Tanah Melayu terbahagi kepada dua iaitu melalui gerakan politik dan serangan bersenjata.
Komunis ada melibatkan diri dalam politik yang mana ingin menentang gagasan Malaysia. Pelibatan mereka
menyebabkan kerajaan Sarawak memburu dan menangkap ahli yang terlibat.
Selain itu, pada 5 Ogos 1952, komunis telah menyerang kawasan Batu Kitang, Kuching di Sarawak yang
menandakan permulaan serangan komunis terhadap orang awam.

b) Bagaimanakah kerajaan British mengatasi ancaman komunis di Tanah Melayu? (8 markah)

Antara uasaha yang dilakukan untuk mengatasi ancaman komunis di tanah melayu ialah perang saraf. Perang
saraf ini dilakukan untuk menyebarkan risalah untk sampaikan maklumat tentang komunis dan tanamkan
kebencian rakyat terhadap komunis.

Seterusnya, pihak bekuasa menawarkan program pengampunan kepada anggota komunis. Hal ini dikatakan
bahawa mereka yang berserah daripada menyokong komunis akan diberikan manfaat dan kebaikan.

Selain itu, piak berkuasa juga telah membuat pengisytiharaan kawasan yang ditentukan kepada rakyat yang
selamat daripada ancaman komunis. Kawasan tersebut dipanggil kawasan putih.

Di samping itu, Yang keempat ialah Perjanjian Kerjasama Sempadan. Ini merupakan usaha membanteras
komunis yang mana mereka membina khemah di luar sempadan negara. Olehb itu, langkah utama yang diambil
ialah mengadakan persefahaman antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand melalui Perjanjian
Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976 di Thailand.

c) Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai ancaman baharu yang menjejaskan keamanan dan keharmonian
negara. Sejauh manakah ancaman baharu telah memberi impak negatif terhadap negara? (4 markah)

Antara ancaman keselamatan yang amat membimbangkan adalah pencerobohan pendatang asing tanpa izin
(PATI) dan pelarian, selain isu keselamatan siber dan perpaduan rakyat Malaysia. Contohnya, termasuklah
pelarian seperti Rohingya yang boleh menceroboh masuk sempadan negara. Selain itu, ancaman lain yang
dikenal pasti adalah membabitkan keselamatan siber yang memiliki impak kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi
dan sosial. Hal ini memberikan impak yang negtif kepda Negara kerana dapat menjejaskan pembangunan dan
keamanan Negara.
5.

Gambar diatas menunjukkan salah satu ciri sistem demokrasi yang diamalkan dalam Malaysia.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya? (4 markah)

Maksud pilihan raya adalah asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih
wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan. Pada asanya, pilihan raya umum diadakan dalam setiap tempoh
lima tahun. Pilihan Raja Majlis Persekutuan 1955 membolehkan seramai 52 orang ahli dilipih untuk
menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan. Pilihan raya juga turut diadakan di Sarawak dan di Sabah untuk
memilih wakil masing – masing dalam kerajaan tempatan

b) Bagaimanakah proses pilihan raya dijalankan? (8 markah)

Berdasarkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang dijalankan pada tahun 1955, Suruhanjaya
Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan membentuk 52 kawasan pilihan raya. Seterusnya, Rang undang –
undang perlu dilluluskan bagi membolehkan pilihan raya ini diadakan. Selepas itu, pendaftaran oleh para
pengundi akan dimulakan di seluruh Tanah Melayu. Pada ketika itu Terengganu bermula pada 29 Oktober 1954
manakala kawasan lain telah mula pada 18 Oktober 1954. Selepas itu, penamaan calon akan diadakan untuk
memberi pengundi pilihan untuk mengundi. Kempen pilihan raya atau mengundi ini diadakan selama 45 hari.
Melalui sepanjang tempoh tersebut, masyarakat akan keluar untuk mengundi calon yang telah dinamakan.
Selesai sahaja kempen pilihan raya, peti undi akan dibawa ke pusat pengiraan undi dam proses pengiraan undi
dijalankan. Lalu, keputusan pengundian akan diumumkan.

c) Pelaksanaan pilihan raya telah menjamin kesejahteraan rakyat sejak bermulanya pilihan raya yang pertama dalam
negara. Buktikan. (8 markah)

Pelaksanaan pilihan raya telah dapat menjamin kesejahteraan rakyat kerana pemilihan yang diakan adalah secara adil
dan saksama. Hal ini kerana, pihak yang bertanggungjawab tidak menyebelahi mana-mana parti politik yang
bertanding semasa pilihan raya diakan untuk menjamin keadilan pilihan raya yang dijalankan.

seterusnya, kita juga dapat mengekalkan kestabilan politik. Hal ini kerana negara menjalankan dasar demokrasi
berparlimen dan rakyat boleh memilih pemerintahnya sekaligus dengan wujudnya pilihan raya, tidak aka nada
sebarang perampasan kuasa.

Bukan itu sahaja, pilihan raya juga membuktikan bahawa urus tadbir negara menjadi lebih sistematik dengan adanya
kabinet kerajaan yang menguruskan dalam hal pentadbiran Negara. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal keamanan
Negara dengan lebih stabil dan aman.

Selain itu, rakyat juga dapat bersatu padu dengan pelbagai bangsa dan agama untuk membina kerajaan sendiri. Hal
ini demikian kerana Negara memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan
membentuk kerajaan.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH

(MUHAMMAD AIMAN B ROSLAN) (FARAH AYUNIE BT MOHD NOR) (SURIYANI BT AB GHANI)


GURU MATA PELAJARAN KETUA PENYELARAS SEJARAH PENGETUA

Anda mungkin juga menyukai