Anda di halaman 1dari 4

MINIT CURAI

Kepada : Guru Besar SK Alor Pasir

Daripada : Meriam Binti Mamat

Perkara :Taklimat Pengurusan Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan


Dadah (PPDa) di sekolah tahun 2019.

Tarikh : 30 Januari 2019

Har : Rabu

Masa : 2.30 petang – 4.45 petang

Tempat : Dewan Haji Hassan Yaacob ,PPD Tanah Merah

1. LATAR BELAKANG KURSUS

a. Surat Panggilan dikeluarkan oleh PPD Tanah Merah.

b. Urus setia : Encik Mokhtar Bin Abu Hassan

( Penyelia Kanan PPDa, PPDTM )

Encik Hj Malik

(Ketua Unit PPDa , JPNK)

d. Pemantau: PPDTM

Tujuan utama kursus ini diadakan untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan serta
memantapkan pengurusan PPDa di peringkat sekolah dan PPDTM..

Pembukaan

1. Ucapan alu-aluan oleh Encik Mokhtar Bin Abu Hassan

2. Satu pekeliling telah dikeluarkan untuk menyatakan bahawa guru Penolong Kanan
(HEM) dan Kaunselor tidak boleh menjadi Setiausaha PPDa
3. Masalah penagih dadah dikalangan pelajar-pelajar sekolah agak serius kerana Kelantan
berada di tempat yang ketiga di Malaysia

4. Setiausaha PPDa setiap sekolah diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-


masing dengan baik.

Isi Taklimat :

1) Tugas Setiausaha PPDa

i. Seiausaha JK PPDa sekolah

ii. Penyelaras setiap laporan/ data PPDa yang dihantar di sekolah

iii. Perancang pelaksanaan aktiviti PPDa di sekolah

iv. Guru penasihat pengawas PPDa

v. Mengurus bilik/ sudut/ laluan sumber PPDa dengan bantuan pengawas PPDa

vi. Merekod setiap program /aktiviti PPDa yang dilakasanakan

vii. Sentiasa kemaskini takwim PPDa

viii. Menyediakan buku pengurusan PPDa

2)Pendekatan pelaksanaan PPDa di sekolah

A) Pencegahan

 Dilaksanakan sepanjang tahun secara implisit dan eksplisit

B) Intervansi

 Program intervensi murid berisiko

 Kaunseling

 Temubual AADK/PDRM
3) Tanggungjawab Sekolah

3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan dan pencegahan dadah secara terancang
dan menyeluruh kepada semua pelajar.

3.2 Sekolah memasukkan elemen PPDa dalam setiap program sekolah yang sesuai. Antara
program yang boleh dilaksanakan ialah Program 5 minit PPDa, Minggu antidadah dan ceramah

3.3 Sekolah perlu menghantar data sebanyak 2 kali setahun.

3.4 Pada 19 Februari 2019 akan diadakan hari Sambutan Hari Antidadah di peringkat sekolah
dan kebangsaan.

3.5 Setiap sekolah didalam daerah PPDTM telah diberikan tarikh bagi ceramah dan pameran
antidadah . Sekolah Kebangsaan Alor Pasir pada 18 MAC 2019. Pihak sekolah perlu
menghubungi pihak AADK tanah Merah di talian 099502700 untuk pengesahan sehari
sebelum tarikh yang telah dietapkan

Penutup

Pelaksanaan PPDa sepanjang tahun melalui sisipan PDP dan aktiviti luar dan tidak perlu buat
program yang menjejaskan PDP. Rancang dan laksana aktiviti PPDa bersesuian dengan masa
dan pastikan ia juga sesuai bagi murid tahun 6 untuk menempuhi alam remaja.

Disediakan oleh,

__________________________

Nama :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai