Anda di halaman 1dari 12

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

“ Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir
2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Kebanyakan
kerajaan di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapiu krisis ekonomi
global ini dengan mengenalkan beberapa pakej penyelamat bagi memastikan kemelesetan
ekonomi yang terburuk pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi
keadaan ekonomi dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan pakej
penyelamat dilaksanakan dengan berkesan.”
Ketika membaca tugasan ini pastinya kita sama – sama mengetahui keadaan sekarang
yang mana keadaan ekonomi Negara kita semakin meruncing dan merudum akibat kemelesatan
ekonomi yang di alami oleh seluruh dunia dan selaras dengan kenyataan di atas. Rentetan
masalah ini, telah kita ketahui bagaimana dan betapa kerajaan Malaysia begitu mengambil berat
terhadap masalah yang sedang kita hadapi ini dan lantas dengan segera menawarkan pakej –
pakej penyelamat berupa ransangan – ransangan kewangan bagi membantu rakyat terutama
pengusaha kecil untuk terus hidup dan menyaingi keadaan semasa. Ini adalah dasar
tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat daripada terus jatuh terutama bagi peniaga –
peniaga kecil serta sektor industri pengilangan.
Sebelum saya teruskan lagi, mari sama – sama kita lihat cirri – ciri ekonomi yang di
amalkan oleh Negara Malaysia. Menurut Modul OUM HBSS2203 ‘Perkembangan Ekonomi
Asas’, ada menyatakan bahawa ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi campuran di
mana kerajaan dan mekanisme harga bersama – sama menyelesaikan masalah asa ekonomi.
Dalam kata lain, sebahagian aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pihak pengguna dan
pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh kerajaan. Maka dapat kita
simpulkan disini bahawa ekonomi Malaysia dicirikan kepada lima faktor iaitu:

• Peranan Kerajaan yang mana paling memainkan peranan penting terutama di


dalam peranan memastikan system ekonomi berjalan dengan cekap, mengagihkan
semula pendapatan dengan lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi dengan
mengelakkan wujudnya inflasi, pengangguran dan melesetnya ekonomi.
• Persaingan yang sihat antara industri perniagaan sesama mereka. Dengan cara ini,
maka rakyat dapat menerima faedah dengan mendapat barangan yang lebih
berkualiti dan harga yang lebih berpatutan hasil daripada persaingan yang sihat
ini.

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 1
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

• Pemilikan harta oleh individu yang mana setiap harta tersebut perlu dibayar cukai
dan hasil cukai tersebut adalah salah satu sumber kewangan bagi kerajaan untuk
menyalurkan semula kepada rakyat dan projek – projek membangunkan rakyat.
• Sistem pasaran bebas atau lebih dikenali sebagai sistem Kapitalis di mana setiap
individu mempunyai kebebasan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti ekonomi
asalkan ianya tidak menyalahi undang – undang. Maka , pengguna akan cuba
membeli barangan yang dapat memberikan kepuasan maksimum kepada mereka
dan pihak pengeluar pula akan cuba mengeluarkan output dengan lebih baik dan
memaksimumkan pulangan keuntungan mereka dengan berlipat ganda.
• Ciri yang terakhir ialah ekonomi Malaysia didorong oleh intensif keuntungan.
Lebih tepat lagi, rakyat digalakkan mencari keuntungan dengan menjalankan
kegiatan ekonomi tanpa menyalahi undang – undang atau peraturan yanag telah
ditentukan oleh kerajaan. Dengan cara ini, rakyat lebih bebas dan mampu
menjalankan aktiviti ekonomi mereka selagi tidah menyalahi undang – undang.

Seterusnya, mari kita bincangkan peranan kerjaan untuk memastikan masalah global ini
dapat diatasi dengan bijak tidak dengan secara drastik tetapi biarlah perlahan – lahan
tetapi berkesan. Setelah kita ketahui antara ciri – ciri ekonomi Malaysia ialah peranan
kerajaan, maka, campurtangan kerajaan adalah amat penting seperti memastikan sistem
ekonomi berjalan dengan cekap. Merujuk fakta yang telah dinyatakan di atas, sistem
ekonomi Malaysia adalah berdasarkan pasaran bebas ataupun Kapitalis, maka pasaran di
Malaysia agak bebas dan mampu menyebabkan kegagalan pasaran jika tidak ada
campurtangan kerjaan di dalam mengawal mekanisma harga. Jika mekanisma harga tidak
terkawal maka akan berlaku ketidaklancaran sistem dalam ekonomi dan ini tidak baik
untuk sebuah negara. Oleh yang demikian, kerajaan perlulah mengawal situasi atau
keadaan tersebut dengan cara pertamanya, menyediakan barangan awam seperti
perkhidmatan kerajaan, sektor pertahanan, perubatan dan pendidikan. Ini amat penting
bagi memudahkan dan memastikan semua rakyat dapat menerima perkhidmatan tersebut
dan menikmati keselesaan yang disediakan. Dengan cara ini, rakyat yang tidak mampu
akan terbela dan kemudahan juga kepada semua rakyat. Walaupun ianya tidak
menguntungkan namun itu adalah satu tanggungjawab sebuah kerajaan yang telah dipilih

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 2
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dan diberi tanggungjawab oleh rakyat ketika pilihanraya. Namun tidak semuanya dapatng
percuma kerana rakyat pula perlu membayar cukai untuk menampung belanjawan
kerajaan.
Peranan kerajaan yang kedua ialah dengan bersikap dan mengamalkan keadilan di
dalam mengagihkan semula pendapatan yang diterima terutama dari golongan kaya
kepada golongan miskin. Ini dapat dilakukan melalui cukai – cukai yang dikenakan
kepada golongan tertentu atau lebih mudah disebut sebagai golongan orang kaya. Setiap
keuntungan hasil dan harta kekayaan individu dikenakan cukai agar wang tersebut dapat
disalurgunakan oleh kerajaan bagi membantu golongan miskin bukan masuk ke kocek
mereka. Selain itu, dasar sokongan pendapatan amat diperlukan oleh golongan bawahan
bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi mereka. Antara contoh dasar sokongan
pendapatan ialah di mana kerajaan memberikan bantuan subsidi dan modal kepada
pengusaha – pengusaha kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka.
Peranan ketiga kerajaan ialah dengan memastikan kestabilan ekonomi negara.
Telah kita ketahui masa ini, kemelesatan ekonomi global telah banyak mempengaruhi
ekonomi negara kita dan rata – rata kita dengar berlakunya pembuangan pekerja terutama
di sektor perindustrian. Maka peranan penting bagi kerjaan untuk menangani masalah ini
agar di sediakan sesuatu perancangan atau program bagi membantu golongan penganggur
ini. Telah kita ketahui, apabila terdapat banyak pengangguran, masalah – masalah lain
akan timbul seperti masalah kemiskinan yang melarat, masalah sosial seperti wujudnya
pencuri, perompak, peragut dan sebagainya. Maka apabila masalah – masalah seperti ini
berleluasa di Malaysia, pelabur – pelabur luar lebih berhati – hati untuk melabur di sini
kerana kekuatiran mereka dengan kestabilan sama ada dari ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Kerajaan perlu peka agar semua ini dapat ditangani segera dan antara dasar –
dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Kewangan dan Dasar Fiskal. Dasar
Fiskal merujuk kepada perbelanjaan dan sistem cukai kerajaan manakala Dasar
Kewangan pula melibat kepada mengawal jumlah penawaran wang dalam ekonomi.
Antara contoh dasar Kewanagan yang dilakukan pada masa sekarang ini ialah langkah
kerajaan melancarkan suntikan pakej ransangan kewangan untuk mengimbangi masalah
ekonomi global yang melanda kini agar pengusaha – pengusaha perniagaan tempatan
dapat bersaing.

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 3
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Setelah kita berbincang tentang peranan kerajaan di dalam ekonomi negara,


sekarang mari sama – sama kita kupas mengapakah perlunya kerajaan campurtangan dan
sebab – sebab campurtangan kerajaan di dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi
dan memastikan ekonomi negara lebih stabil. Kenapa kerajaan perlu campurtangan? Ini
biasanya berlaku apabila makanisma harga tidak dapat menjalankan fungsinya dengan
cekap dan efisyen maka, tanggungjawab kerjaan perlu campurtangan di dalam aktiviti –
aktiviti ekonomi agar tidak menjadi lebih buruk.
Antara campurtangan kerajaan dalam ekonomi Malaysia adalah seperti berikut:

• Peraturan dan Undang – undang


• Menjalankan ekonomi secara langsung
• Mempengaruhi tingkat harga dan tahap pengeluaran
• Mempengaruhi aktiviti – aktiviti ekonomi melalui alat – alat polisi

Menurut Modul OUM HBSS 2203 ‘ Perkembangan Ekonomi Asas’, ada


menyatakanperaturan dan undang – undang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan
mekanisma harga berfungsi dengan lebih cekap lagi bagi membolehkan kegiatan
ekonomi dijalankan secara teratur seperti melindungi kepentingan dan hak pengguna
supaya tidak dieksploitasikan oleh pengeluar. Contohnya seperti harga kawalan atau
siling pada barangan tertentu.
Menurut modul itu juga, kerajaan akan campur tangan dalam menyediakan barang
– barang dan perkhidmatan yang penting kepada rakyat bagi meningkatkan kualiti hidup
seperti pembekalan air, tenaga elektrik, telefon dan perkhidmatan pos yang telah
diumumkan sebagai hak milik negara dan dikelolakan oleh perbadanan kerajaan.
Selain itu, kerajaan juga mengenakan cukai dan pemberian subsidi agar dapat
mengawal harga barangan. Melalui cara ini, pengawalan pengeluaran barang dapat
dibendung berikutan dikenakan cukai dan melalui subsidi, harga barangan akan menjadi
lebih murah dan rakyat dapat menikmati pengurangan harga barangan tersebut. Antara
contoh subsidi yang paling diketahui umum ialah subsidi baja, padi dan petrol. Manalaka,
kerajaan juga menggunakan polisi – polisi untuk mempengaruhi penawaran dan
permintaan wang dalam ekonomi serta mengawal tingkat impot dan sekspot serta
perbelajaan dan pelaburan. Antara polisi yang kita ketahui ialah Dasar Kewangan dan
Dasar Belanjawan Negara.
AZMAN BIN SALLEH
750312025163 4
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi global yang muram dan lembap


sekarang, tiada negara yang terlepas daripada kesannya sehingga menyebabkan
penurunan pertumbuhan serta penguncupan ekonomi, pengangguran serta pemberhentian
kerja serta mengalami defisit bajet. Maka, kebanyakkan negara telah mengambil tindakan
dengan menyediakan pakej- pakej ransangan untuk memastikan ekonomi mereka tidak
terus merudum jatuh. Antara contohnya, Amerika Syarikat yang dengan persetujuan
senatnya telah memperkenalkan pelan penyelamat yang bernilai AS$838 bilion untuk
negaranya, Australia pula melancarkan pakej ransangan berjumlah A$42 bilion dan di
China, negara tersebut telah menawarkan pakej ransangan bernilai RM2.1 trilion untuk
memacu ekonomi mereka agar lebih stabil.
Justeru, Malaysia yang juga tidak dapat lari dari kemelesetan ekonomi ini turut
sama mengumumkan pakej ransangan pertama yang bernilai RM 7 bilion pada November
tahun lalu oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Langkah –
langkah Kerajaan ini dilihat sebagai satu tindakan yang perlu untuk menyelamatkan
pengusaha – pengusaha dan peniaga – peniaga tempatan. Campurtangan kerajaan amatlah
dialu – alukan dengan penawaran pakej ransangan ini dapat menyelamatkan ekonomi
negara dan untuk pakej yang pertama, ianya lebih membantu di sektor pembuatan dan
pertanian yang mengalami kemelesetan yang teruk. Ini berikutan perangkaan yang
menunjukkan sehingga 1 November 2008 hingga 3 Februari lalu, seramai 11,595 pekerja
telah dibuang dan kira – kira 45,000 pemberhentian kerja sementara untuk tempoh
beberapa bulan.
Namun begitu, keadaan ekonomi dunia masih dihimpit kemelesetan. Maka,
kerajaan sekali lagi mengumumkan untuk menawarkan pakej ransangan kedua bernilai
hampir RM 10 bilion disertai denganbajet mini yang bakal dibentangkan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 10 Mac ini. Apa yang dijanjikan bahawa bajet mini kali ini lebvih
menyeluruh dan memperuntukan tambahan terutama pada sektor pengeksportan yang
sekarang ini gaka terjejas teruk. Ia juga bertujuan untuk merancakkan aktiviti import dan
eksport agar pelabur kembali melabur dalam negara seterusnya memberi peluang kepada
rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan.
Jamiah Shukri dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 20 Februari 2009, ‘Program
sistematik pulih Ekonomi’ ada menyatakan pendapat beliau untuk tempoh jangka pendek

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 5
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dan panjang, EPU mempunyai peranan dengan menyediakan laporan strategi bagi
mengatasi masalah ekonomi di samping memberi input termasuk kajian mana – mana
projek yang perlu dipercepatkan. Beberapa program penerangan diadakan supaya semua
maklumat yang disalurkan itu adalah sejajar dengan situasi ekonomi sekarang.
Apa yang nyata, krisis ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika
dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini
masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan sistematik
serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk membantu keadaan
gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian yang terperinci
terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah diharapkan juga agar
semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan tanggungjawab masing
masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan memberikan maklum balas
yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat diatasi dan ditempuhi dengan
jayanya.

2. Insustri yang paling terjejas teruk ketika ini adalah industri elektrik dan
elektrikal (E&E). Import dan eksport bagi barangan ini telah menjunam
semenjak 3 tahun yang lalu. Anda sebagai penasihat ekonomi kepada
negara perlu memastikan pertumbuhan bagi sektor ini tidak menymbang
kepada peningkatan pengangguran negara. Cadangkan dasar – dasar awam
yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menjamin pekerjaan mereka yang
terlibat di dalam industri ini.
Sebelum membincangkan tugasan ini secara lebih lanjut, mari sama – sama kita lihat
apkah yang dimaksudkan dengan dasar – dasar awam kerajaan. Menurut Modul OUM
HBSS2203, ‘ Perkembangan Ekonomi Asas’, ada menyatakan bahawa dasar awam
adalah arah awam yang ingin dicapai oleh kerajaan. Dalam kata lain, ia merupakan
matlamat bagi program – program kerajaan yang bertujuan untuk menyelesaikan
masalah negara.
AZMAN BIN SALLEH
750312025163 6
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Salah satu contoh dasar awam kerajaan ialah Dasar Ekonomi. Antara dasar
ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah:

• Dasar Ekonomi Baru


• Dasar Pertanian Negara
• Dasar Perindustrian Berat
• Pelan Induk Perindustrian
• Dasar Penswastaan
• Dasar Persyarikatan Malaysia
• Dasar Kependudukan

Rajah 1: Dasar Pembangunan Kerajaan.

Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my


Gambarajah di atas menunjukkan bahawa perancangan yang telah dibina oleh kerajaan untuk
membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang konsisten menjelang 2020 nanti.
Maka dasar dasar awam telah diwujudkan untuk membantu rakyat untuk menikmatinya. Namun,
ianya tidaklah semudah yang disangka. Rentetan dengan kenaikan harga minyak yang

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 7
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

melambung pada tahun lepas, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi yang
teruk malah lebih teruk lagi daripada sepuluh tahun yang lalu. Amerika Syarikat yang menguasai
ekonomi di barat telah tunduk dengan kemelesetan kali ini malah Jepun juga mengalami nasib
yang serupa terutama dari segi sektor pembuatan. Malaysia tentunya tidak terkecuali dengan
masalah yang menimpa akibat kilang – kilang pembuatan yang ditutup menyebabkan rakyat
terpaksa menganggur. Apabila pengangguran meningkat maka ia mampu mendatangkan pelbagai
masalah dari segi kehidupan, ekonomi dan sosial.

Seterusnya, untuk menjawab soalan tugasan, saya cuba mencadangkan bebarapa perkara yang
mungkin dapat membantu mengurangkan pengangguran dan beban yang dihadapi oleh rakyat
berikutan krisis kemelesetan global masa kini. Pertama, adalah bertepatan sekali langkah
kerajaan menyuntik ransangan kewangan kepada para peniaga tempatan agar mereka tidak terus
gulung tikar atau menutup perniagaan mereka. Ini dapat membantu golongan yang bekerja di
bawah mereka. Namun agak malang bagi mereka yang bekerja dengan syarikat luar yang kini
agak perit dan meruncing lalu terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Pada pendapat saya,
kerajaan perlu menyalurkan sejumlah modal untuk mengadakan latihan – latihan kemahiran yang
lain atau kemahiran yang dapat membantu pekerja yang dibuang ini. Melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, program – program bimbingan dapat disalurkan bagi
membantu golongan ini. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Yayasan TEKUN Nasional (YTN) dapat memberikan kursus – kursus jangka
pendek atau panjang mengenai kemahiran – kemahiran yang sesuai.
Imbuhan dan elaun patut diberikan kepada mereka yang mengikuti program ini agar
ekonomi mereka akan terjamin. Kepada mereka yang berminat untuk berniaga, disediakan dana
– dana yang dapat membantu mereka selain daripada kemahiran yang ditawarkan. Malaysia
mempunyai banyak tabung – tabung khas untuk menjana ekonomi. Kerajaan seharusnya
memberi peluang kepada golongan ini untuk berusaha sambil dipantau sentiasa.

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 8
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 9
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Gambarajah 2: Tabung – tabung Khas


Sumber: Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my
Seperti yang kita lihat pada gambarajah 2, terdapat banyak tabung – tabung khas yang mampu
digunakan dan membantu memberi modal kepada golongan yang menganggur ini untuk
mencebur di bidang peniagaan. Maka peluang – peluang ini seharusnya digunakan dan
dimaklumkan kepada mereka yang terlibat agar masalah pengangguran yang menanti tiba dapat
dikurangkan. Pihak kerajaan juga perlu meminta bank – bank di Malaysia melonggarkan syarat
pinjaman agar golongan yang ingin mengusahakan industri kecil dan sederhana tidak
mempunyai masalah dari segi pinjaman. Sekarang kitalihat, jika proses atau program ini
berjalan, maka akan wujudnya perniagaan – perniagaan tempatan dan ini akan membuka peluang
pekerjaan yang lebih banyak untuk dipenuhi.
Cadangan saya yang kedua ialah menghantar pulang pendatang – pendatang asing yang
kini jumlahnya semakin meningkat di negara kita. Kerajaan sepatutnya mewujudkan saru dasar
menghalang mereka untuk datang ke Malaysia melainkan dengan syarat – syarat tertentu.
Kedatangan mereka ini telah menutup peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencari pekerjaan
malah perlu bersaing dengan mereka. Hukuman dan denda yang berat perlu dikenakan kepada
mereka agar mereka serik untuk datang semula ke sini. Selain itu, kerajaan juga perlu
menetapkan gaji minimun yang tinggi terutama pada sektor swasta agar dapat menarik minat
pekerja tempatan untuk bekerja. Kita dapat lihat sekarang ini, pekerjaan golongan rendah kini
lebih dimonopoli oleh kaum pendatang asing. Bukan bermakna rakyat Malaysia memilih kerja
namun gaji pokok yang rendah tidak sesuai untuk menhadapi keadaan masa kini. Promosi –
promosi serta ganjaran gaji yang lumayan perlu sentiasa dihebahkan agar bekerja di sektor –
sektor yang ditawarkan. Malaysia juga terkenal di sektor pertanian, maka, adalah digalakkan
pihak kerajaan menggunakan dasar Pertanian Negara membantu mereka yang berminat untuk
mencebur di bidang ini. Pemberian modal, subsidi baja, benih serta teknologi mampu
menggalakkan serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba serta menceburi sesuatu
bidang yang baru.
Cadangan saya yang ketiga ialah pihak kerajaan harus peka dan mengambil langkah
mengatasi kemelut politik yang melanda di negara kita ini. Kemelut politik yang saban hari
semakin kecoh kita dengar sedikit sebanyak mengganggu pelabur untuk masuk semula ke
pasaran Malaysia. Kerajaan seharusnya bijka untuk menangani masalah ini agar ekonomi dapat

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 10
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

distabilkan. Hari ini, pemimpin lebih tertumpu kepada kemelut politik berbanding dengan
masalah ekonomi yang semakin parah yang dihadapi oleh kita. Sepatutnya kerajaan harus
menyelesaikan masalah politik ini dengan segera agar dapat menumpukan perhatian kepada
masalah ekonomi negara.

Kesimpulannya, cukuplah tiga cadangan yang dapat saya utarakan. Apa yang penting
sekarang ini, semua pihak seharusnya bersatu berganding tenaga, kewangan dan usaha untuk
menangani masalah kemelesetan ekonomi ini. Semua pihak harus bertanggungjawab baik di
pihak kerajaan, swasta mahunpun rakyat menggembleng usaha untuk menangani krisis ini.
Langkah – langkah kerajaan yang positif amatlah dialu –alukan. Selain itu, kepada golongan
yang dibuang kerja, janganlah selepas itu terlalu memilih kerja, kita perlu membuat perancangan
dan mencongak masa hadapan. Kita seharusnya bersyukur kerana penguncupan ekonomi ini
tidak berlaku pantas sebaliknya secara perlahan. Maka, perancangan harus segara dibuat. Unit
Perancangan Ekonomi (EPU) haruslah memainkan peranan penting untuk merancangan dan
membuat kaji selidik secepat mungkin agar keruncingan ekonomi serta masalah pengangguran di
negara kita dapat dikurangkan dan kalau boleh dihapuskan.
Maka, dapat dirumuskan di sini, melalui tugasan kali ini, saya dapat berpeluang
membuka mata dan minda melihat kepada masalah yang sedang dihadapi oleh negara akibat
kemelesetan ekonomi global kini. Selain itu, dapatlah saya ketahui usaha – usaha yang dilakukan
oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutama kepada golongan penganggur dan mereka yang
telah dibuang kerja. Marilah sama – sama kita berdoa agar kemelesetan ekonomi ini segera
berakhir dan kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup aman, damai dan harmoni.

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 11
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

BIBLIOGRAFI

Jamiah Shukri, (2009), Akhbar Berita Harian, Program Sistematik Pulih Ekonomi, Jumaat, 20hb
Februari 2009.
Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Unit Perancangan ekonomi (UPE)(2009), Ekonomi Malaysia, Fakta dan Maklumat,(atas talian),
http://www.epu.gov.my (25 Feb 2009).

AZMAN BIN SALLEH


750312025163 12

Anda mungkin juga menyukai