Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

( CINA ) PEI YING

KERTAS KERJA PROJEK PENGURUSAN DAN KECERIAAN PUSAT


SUMBER

PROJEK INTERNSHIP ( INDIVIDU )


PISMP BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


CHONG LI TING
PELATIH PISMP BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012
1

DENGAN KERJASAMA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( CINA ) PEI YING


KERTAS KERJA
PENGURUSAN DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SJK (C) PEI YING

1.0 PENDAHULUAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti mengemas dan
key-in buku baru di pusat sumber SJK (c) Pei Ying ini dirancang bagi memenuhi
objektif tersebut.
Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi
para pelajar SJK (c) Pei Ying dan juga guru-guru. Antara peranan penting pusat
sumber adalah membentuk pelajar yang berilmu serta profesion perguruan yang
berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan
sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama, membentuk golongan pelajar yang
berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat
memainkan peranan positif.
Selain itu, pusat sumber juga prihatin terhadap persekitaran dan suasana
di pusat suber SJK (c) Pei Ying. Atas dasar tanggungjawab terhadap persekitaran
dan suasana pusat sumber, adalah wajar agar perlulah mengemas pusat sumber
supaya mewujudkan keadaan untuk membudayakan ilmu. Oleh itu, pusat sumber
telah memutuskan untuk mengemas buku baru ( key-in) pusat sumber.
2.0 RASIONAL

Mewujudkan dan meyediakan persekitran pusat sumber yang kondusif.


Selain berperanan key-in buku baru pusat sumber SJK (c) Pei Ying, keadaan
persekitaran yang kemas dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik
mereka untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kerap. Keadaan pusat sumber
yang kemas dan mempunyai buku yang baru

juga penting untuk menjadikan

kawasan tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah
kepada para pelajar.

3.0 OBJEKTIF

o Mengoptimunkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan warga


SJK (c) Pei Ying.
o Mengubah pandangan warga SJK (c) Pei Ying terhadap peranan pusat sumber
o Membentuk wajah pusat sumber yang lebih baik dan selesa
o Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
4.0 TEMA

Pusat Sumber Ceria Menjana Kejayaan Minda Cemerlang

5.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Pei Ying.


7.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh

30 September 2015 20 Oktorber 2015


3

8.0 ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
PENAUNG

Guru Besar
Puan Wong Suk Jin

PENASIHAT

Penolong Kanan Pentadbiran


Puan KoK Hui Keung
Penolong Kanan HEM
Cik Aminah Tan Taib Hui
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Lim Sew Shing

PENYELARAS

Cik Soh Soo Lee

PENOLONG PENYELARAS

Pelatih Chong Li Ting

AHLI J/KUASA

1. Ahli Jawatankuasa Induk PSS


2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3. Ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah

IMPLIKASI KEWANGAN

BIL
1
2
3
4
5
6

ITEM
KERTAS
PEN
KOMPUTER INK
PEMBARIS
GUNTING
TAP PELEKAT

UNIT
50
1
1
1
1
2

HARGA

SEMUA DISEDIAKAN OLEH


PIHAK SEKOLAH.

7
8
9

GLU
KOMPUTER
MEJA

2
1
1

PENUTUP

Saya

amat

mengharapkan

semoga

projek

ini

dapat

diluluskan

serta

dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Tuhan.
Bagi pihak guru pelatih,projek mengemas dan key-in buku baru di pusat sumber
dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan imu ketika sudah
menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi
impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan
memimpin.
Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
adalah diharapkan bagi kerjayaan mengemas pusat sumber sekolah supaya nampak
ceria.

Disediakan oleh,
_____________________
( CHONG LI TING )
Guru Pelatih PISMP BC IPG Kampus Kent, Tuaran

Disemak oleh,
______________________
( SOH SOI LEE )
Mentor Projek Internship
Guru SJK (C) Pei Ying

Disahkan oleh,
______________________
( WONG SUK JIN )
Guru Besar
SJK (C) Pei Ying

Anda mungkin juga menyukai