Anda di halaman 1dari 6

PERGERAKAN ASAS

Tujuan pergerakan asas


1. Membolehkan kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat
untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan
2. Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas
dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa)
3. Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran dengan betul dan
sempurna
4. Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.
Kemahiran pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu Lokomotor dan Bukan
Lokomotor
1. LOKOMOTOR:

Memerlukan seseorang individu itu bergerak melalui ruang dari satu tempat ke
satu tempat. Lokomotor terbahagi kepada dua iaitu:- Lokomotor Beritma Sekata
dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata

a. LOKOMOTOR BERITMA SEKATA

Berjalan

Berlari

Melompat ( Mendarat dengan dua kaki)

Hop ( Melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

Leap ( Melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki


berselang seli)

b. LOKOMOTOR BERITMA TIDAK SEKATA

Skip

Melongsor

Galop

KEMAHIRAN LOKOMOTOR BERITMA SEKATA


BERJALAN:1. Postur
= Badan dan kepala tegak ( pandang depan)
( Kesalahan . Kepala condong ke hadapan / bahu dijatuhkan)
2. Kedudukan Kaki
= Kaki rapat sedikit / sederhana ( seselesa)
= Jari-jari kaki lurus ke depan
( Kesalahan. Jari kaki menghala ke dalam, tapak rata. Kaki terlalu rapat/jauh)
3. Pemindahan berat badan
= Bermula dari tumit ke bahagian lur tapak kaki, ke bebola kaki dan jari-jari
untuk menolak
( Kesalahan. Pergerakan menegak keterlaluan / Pergerakan melambung)
4. Pergelangan kaki, lutut, pinggul bengkok.
=Bengkok yang betul menyebabkan kelicinan pergerakan
( Kesalahan= Lutut dikunci dan tegang)

5. Hayunan tangan
= Bebas dan berselang dengan kaki ( bertentengan)
( Kesalahan=Kaki tangan bergerak setentang)
Aktiviti:
1. Berjalan bebas menggunakan ruang
2. Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi
3. Berjalan dengan kelajuan berbeza ( lambat, sederhana dan cepat)
4. Berjalan mengikut arah berlainan ( lurus, belok, bulatan)
5. Berjalan dengan langkah kecil ( pendek, panjang)
6. Berjalan dengan keadaan badan tegang dan tak tegang ( robo, relaks)
7. Berjalan dan membentuk tubuh badan ( gemuk, Kurus)
8. Berjalan atas jari-jari kaki.
BERLARI:
1. Kedudukan kaki
= Jari mengarah ke depan = menolak dengan bebola kaki
(Kesalahan= Mendarat dengan tumit = berlari atas seluruh tapak)
2. Kedudukan badan
=Sedikit condong ke hadapan

= Bengkok dipergelangan kaki)

( Kesalahan = Bengkok di bahagian pinggang)


3. Kedudukan lutut
= Lutut depan dibengkokkan

= Bengkok lebih bila kaki di bawa ke

hadapan)
( Kesalahan = Lutut tak dibengkokkan dan tidak diluruskan
menyebabkan langkah kecil)

4. Hayunan tangan
= Bengkok dan hayun bebas bertentangan dengan pergerakan
kaki
= Tangan dihayun rapat sedikit dengan badan
= dihayun lurus ke depan. Bermula dari sendi-sendi bahu.
MELOMPAT
1. Kedudukan kaki

Melompat dengan satu / dua kaki

Menonjolkan badan ke atas dalam ruang

Badan tergantung pada titik tertinggi

Mendarat dengan dua kaki

Kaki dibengkokkan kemudian diluruskan dengan pantas

2. Kedudukan badan dan hayunan tangan


a. Melompat untuk mencapai ketinggian

Lutut dibengkokkan, lengan direndahkan dengan siku dibengkokkan sedikit

Tangan dihayun ke atas semasa lutut diluruskan dan badan diregangkan

b. Melompat untuk mencapai jarak

Berada dalam kedudukan membongkok dan badan condong ke hadapan

Hayunan tangan ke belakang dan kemudian ke atas

Dengan pantas luruskan kaki, pinggul ( pergelangan kaki, lutut dan pinggul)

Hayunan tangan ke hadapan dan ke atas.

3. Mendarat

Bebola tapak kaki menyentuh lantai dahulu

Lutut di bengkokkan untuk menyerap tenaga mendarat.

2.

BUKAN LOKOMOTOR

Membongkok /

Mengilas /

Memusing

/ Meregang

Menolak

Rebah / Bangkit

Hayun

Berbuai-buai ( Kiri/kanan dan sebaliknya)

/ Menarik

Kombinasi pergerakan 1 & 2 ialah

Merangkak, membongkok + berjalan

Membaling, hayun + langkah berjalan & berlari

Mendekam, rebah + membongkok, menolak dan menyokong

Menguak, menolak + Menarik ke kiri/kanan.


AKTIVITI:
A
1. Berlari bebas
2. Berlari setempat
3. Berlari cepat dan lambat
4. Berlari kehadapan dan ke belakang
5. Berlari dalam arah berlainan
6. Berlari lurus, belok-belok dan dalam bulatan
7. Berlari bebas dan berhenti bila diberi isyarat
8. Berlari dengan langkah pendek / panjang
9. Membuat perbandingan dua pengalaman
10. Bincangkan mengapa senang berhenti bila bergerak lambat.
B
1. Berjalan bebas menggunakan ruang
2. Berjalan bebas dan berhenti bila isyarat diberi
3. Berjalan dengan kelajuan berbeza; ( lambat sederhana dan cepat)
4. Berjalan mengikut arah berlainan
5. Berjalan dengan keadaan badan tegang dan relax
6. Berjalan di atas jari-jari kaki

7. Berjalan dan membentuk badan supaya menjadi gemuk / kurus.

C
1. Melompat rendah / sederhana / tinggi.
2. Melompat ke hadapan / belakang / kanan / kiri.
3. Melompat lurus / belok-belok / dalam bulatan.
4. Melompat memusing dan mendarat dua belah kaki / sebelah kaki.
5. Melompat melepasi objek ke hadapan / sisi / belakang.
6. Melompat setinggi yang boleh dan mendarat dengan ringan
7. Melompat melintasi sungai ( objek)
8. Melompat ke dalam dan ke luar gelong rotan.
D
1. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang / mengilang badan di dada.
2. Hayun kaki ke hadapan, belakang / menyilang sisi ( sebelah kaki / kedua belah
kaki)
3. Bergayut tangan lurus. Hayun ( berbuai) dengan badan tegak, depan, belakang
/ sisi.
4. Bergayut siku bengkok. Hayun ( berbuai) badan ke depan, belakang / sisi.

Anda mungkin juga menyukai