Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN PURBA Zaman manusia purba dan kecergasan Manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten. Zaman neolitik (revolusi pertanian) Gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang. Tamdun kuno (China dan India) Masyarakat di China ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan. Di India, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Timur Tengah Mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

Zaman Greek (Athens) Masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal dengan bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif dan pentingkan nilai estetik. Masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN RENAISANCE lebih kurang sama dengan Pendidikan Jamani masa kini. dilakukan untuk kebaikan sendiri. menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni. merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan tubuh badan yang sihat.

3 kumpulan utama zaman renaissance. i. Humanis - menghargai pendidikan dalam sukan seperti memanah, renang dan lari berpagar. ii. Moralis - aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan. iii. Realism - pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh). PENDIDIKAN JASMANI MODEN Wujud sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik). Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya. Pendidikan Jasmani menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Era Prakolonial (sebelum penjajahan Inggeris) Pendidikan Jamsani melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian, permainan masa lapang (tradisional), pertukangan dan kebun, serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan permainan antara golongan istana dan golongan biasa.

Era Penjajahan Inggeris Pendidikan Jasmani formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. Pendidikan Jasmani diperkenalkan untuk mengekalkan status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Permainan-permainan baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi diperkenalkan oleh penjajah dan pedagang. 1890an murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki diberi latih tubi. 1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan latihan kawad kepada bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan sukarelawan. 1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan. Pengusaha Pendidikan Jasmani di negeri2 selat telah dilantik. 1930an rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah telah dimulakan. Sukatan berasaskan latihan fizikal. Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani dilancarkan ke seluruh negara. Masyarakat sedar akan kepentingan Pendidikan Jasmani. 1940an sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya selari dengan perkembangan pendidikan.

Era penjajahan Jepun rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Latihan jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan berdisiplin. latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Setiap pagi murid terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit. Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan.

Era penjajahan British (sebelum merdeka) tujuan Pendidikan Jasmani sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai mata pelajaran kekal di sekolah. senaman diadakan 30 minit sebelum masuk belajar. 1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk adakan sukatan yang formal untuk sekolah. 1950an kepentingan Pendidikan Jasmani meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah. Guru tempatan dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan tentang Pendidikan Jasmani.

Era selepas Merdeka 1960an sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula. Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan. Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru dan sesuai bagi masyarakat dinegara kita. usaha meningkatkan mutu Pendidikan Jasmani disekolah diteruskan dengan penubuhanMPIK. Kursus satu tahun diadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan KDP Pendidikan Jasmani di Britain. Pendidikan Jasmani disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah. 1958 KPM tubuhkan MSSM. Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. 1970an sukatan Pendidikan Jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi (menjurus kepada pergerakan dan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik). Pendidikan Jasmani dimasukan dalam kurikulum kursus diploma pendidikan di UM bagi melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Anda mungkin juga menyukai