Anda di halaman 1dari 2

FORUM BOLA TAMPAR

Apakah perbezaan undang undang permainan dengan peraturan pertandingan

Undang-undang permainan adalah piawai yang telah ditetapkan dan diguna pakai dalam setiap
kejohanan yang dianjurkan persatuan sukan antarabangsa dan undang-undang piawai atau standard
yang digunakan pakai oleh badan induk persatuan sukan antarabangsa.

Peraturan pertandingan merupakan peraturan yang dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan
kejohanan atau permainan dari segi pentadbiran. Peraturan pertandingan seharusnya tidak
membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan
dan badan teknikal sukan dunia. Sistem permainan dikawal oleh pihak penganjur supaya penganjuran
pertandingan menjadi lancar.

Bincangan kedudukan permainan bola tampar di dalam kurikulum pendidikan jasamni sekolah rendah
dan menengah bincangkan

1. Meletakkan landasan karakter yang kuat melalui internalisasi nilai dalam pendidikan jasmani
2. Membangun landasan kepribadian yang kuat, sikap cinta damai, sikap sosial dan toleransi
dalam konteks kemajemukan budaya, etnis dan agama
3. Menumbuhkan kemampuan berfikir kritis melalui tugas-tugas pembelajaran Pendidikan
Jasmani
4. Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggung jawab, kerjasama, percaya diri, dan
demokratis melalui aktivitas jasmani
5. Mengembangkan keterampilan gerak dan keterampilan teknik serta strategi berbagai
permainan dan olahraga, aktivitas pengembangan, senam, aktivitas ritmik, akuatik (aktivitas
air) dan pendidikan luar kelas (Outdoor education)
6. Mengembangkan keterampilan pengelolaan diri dalam upaya pengembangan dan
pemeliharaan kebugaran jasmani serta pola hidup sehat melalui berbagai aktivitas jasmani
7. Mengembangkan keterampilan untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain
8. Mengetahui dan memahami konsep aktivitas jasmani sebagai informasi untuk mencapai
kesehatan, kebugaran dan pola hidup sehat
9. Mampu mengisi waktu luang dengan aktivitas jasmani yang bersifat rekreatif.

Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani di sekolah adalah untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan
cergas

Menerusi kemahiran bola tampar murid diberi pendedahan kemahiran menyangga, mengumpan, servis,
merejam, dan mengadang. Kandungan dalam bidang ini membolehkan murid mengaplikasi prinsip
mekanik dan konsep pergerakan semasa bermain permainan kecil yang memberi fokus kepada
penggunaan kemahiran bola tampar.

Bagaimana kah kedudukan permainan bola tampar dalam sukan dimalaysia


Di Malaysia, permainan bola tampar diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara
China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan
di Bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab
kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh
Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang
ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah
kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan ini adalah unik sedikit jika
dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri
unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang
ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang
biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola.Lagipun, permulaan permainan ini dilakukan dari
luar gelanggang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di Malaysia, permainan bola tampar diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong
Kong dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan
persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,
Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua
yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan
Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association)
yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan
sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan
ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola
keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu
dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-
pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang biasa
kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola.Lagipun, permulaan permainan ini
dilakukan dari luar gelanggang.

Anda mungkin juga menyukai