Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan yang memerlukan kekuatan dan


ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu. Kemahiran dalam memanah
ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melepaskan anak panah pada sasaran dalam jangka
masa tertentu dengan ketepatan.

Apabila anda memegang busur, menarik dan melepaskan anak panah, sebenarnya
anda telah melakukan satu aktiviti yang telah bermula sejak 20,000 tahun yang lalu. Para
pengkaji sejarah dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang
terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum Masehi.

Pada ketika itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan berburu sebagai sumber
makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun sebelum Masehi yang lalu busur dan
anak panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran busur pada masa itu hampir
tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala mata anak panah diperbuat daripada batu dan
tembaga. Orang-orang Tartar telah mencipta busur yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan
kayu yang dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum Masehi. Busur dibuat agak
pendek jika dibanding busur zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai
pahlawan yang terulung pada zaman itu.

Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman Kerajaan Rom dan
Kerajaan Mongolia disekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan
pada abad ke-16 dengan terciptanya senjata api.

Memanah berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England sekitar abad ke-16
apabila Raja Hendry VII mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah
dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di
Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

Di Benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828
yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.

Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris,
tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak
dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai
pertandingan sehingga The Federation International De TirAL’arc (FITA) menggubal undang-
undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada
tahun 1972 di Munich.

FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan
sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan

1
kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia, juga sebagai badan yang
menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.

Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah


Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan
memanah dipertandingkan diperingkat MSSM. Adanya kejohanan memanah seumpama ini,
diharapkan penglibatan murid-murid dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil
bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.

Diharapkan dengan tertubuhnya Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan


Pulau Seduku, akan memberi ruang dan peluang kepada warga sekolah mengenali dan
melibatkan diri dalam aktiviti sukan memanah. Selanjutnya dapat mencungkil bakat-bakat baru
yang boleh dikemukakan untuk mewakili sekolah dan seterusnya diperingkat lebih tinggi dalam
pertandingan memanah. Diharapkan juga kelab ini akan berkembang maju dan menjadi
inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di Sri Aman untuk menubuhkan kelab di sekolah masing-
masing.

Untuk menjayakan penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan


Pulau Seduku sokongan dana amat diperlukan untuk menyediakan peralatan seperti busur,
anak panah,”Target Butt” dan lain-lain peralatan yang diperlukan.

RASIONAL

Penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku atas


dasar untuk mendekatkan sukan memanah kepada para murid. Aktiviti memanah ini memberi
manfaat yang banyak dalam membentuk kemenjadian insan (murid-murid). Antara manfaatnya:

Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”: Maka jika pemanah emosinya
tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih
manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Membina kekuatan bahagian atas badan: memegang busur dan menarik anak panah
memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul pada bahagian
atas badan.

Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari: memegang busur, memasang, mengangkat dan
melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang mengukuhkan dan meningkatkan
fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

2
Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata: memanah adalah untuk
melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam
pembangunan kemahiran koordinasi tangan dengan mata.

Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan: pemanah tahu bagaimana untuk


membebaskan minta mereka dari gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran. Ia
menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda. Memanah juga merupakan
amalan mengawal minda dan meningkatkan kesabaran.

Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat utama


pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan tumpuan
dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang orang lain
lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan diri
meningkat.

Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskolar, otot dan kekuatan kaki. Semasa


pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa
melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain.
Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif berjalan
sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan
kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan sejumlah besar masa
berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali ke garisan permulaan.

Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi
keperluan, kepuasan dan minat.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan


saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan
ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan
lain-lain masalah pengaliran darah.

MATLAMAT

Matlamat utama penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan


Pulau Seduku ialah untuk memperkenalkan kepada para murid kepada riadah memanah.
Melalui aktiviti-aktiviti kelab, diharapkan murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain,
ini akan mengeratkan silaturahim sesama mereka. Untuk jangka panjang hubungan dengan
pihak luar boleh terjalin melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang
terluang juga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid dengan aktiviti sihat. Murid
dapat mengasah bakat mereka, memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran
yang tinggi.

3
OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku, ialah:

Memperkenalkan dan mempopularkan sukan memanah kepada warga Sekolah


Kebangsaan Pulau Seduku.

Menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada untuk melatih murid-murid.

Mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Pulau


Seduku.

Hubungan silaturahim boleh terjalin dengan sekolah lain atau organisasi luar melalui
perlawanan persahabatan dan pertandingan.

Memupuk semangat kesukanan di kalangan murid.

Mengisi masa senggang murid.

Memperkenalkan Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku kepada masyarakat dengan


menyertai pertandingan-pertandingan.

PENJENAMAAN

Penjenamaan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku dengan


Tangkas Tangkas
nama memandangkan perkataan membawa maksud pantas, cepat,
laju. Pergerakan yang berkelajuan tinggi menghasilkan daya tenaga yang tinggi dan daya
hentaman yang kuat. Ini amat sinonim dengan aktiviti memanah. Anak panah yang dilepaskan
meluncur laju membawa satu daya tenaga yang tinggi menghentam sasaran.

PERKARA
Tangkas
Permohonan menubuhkan (Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau
Seduku).

DIKEMUKAKAN KEPADA

ENCIK ISMAIL BIN SILI


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku,
94900 Lingga,
Sri Aman,
SARAWAK.

4
KUMPULAN SASARAN

Keutamaan kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), turut dibuka kepada
murid Tahun 2 dan Tahun 3. Warga sekolah yang lain pun dipersilakan.

JAWATANKUASA SEMENTARA KELAB MEMANAH TRADISIONAL SEKOLAH


KEBANGSAAN PULAU SEDUKU

Penaung : Dato Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman

Penasihat : Guru Besar Encik Ismail Bin Sili

Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hazmi Mohamad Ali

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran Encik Ahmad Faizal Bin Osman

Setiausaha : Guru Penasihat Kelab Encik Zairol Bin Mohamad Narawi

Bendahari : Puan Dayang Lannyazmaria Binti Abang Hossain


Ahli Jawatankuasa : Muhammad Daniel Bin Abdul Mulok
Nuralia Mysara Binti Mohammad Salleh
Nurul Ainna Binti Ismail

5
SENARAI NAMA AHLI KELAB

Bil. Nama Kelas

1 Muhammad Daniel Bin Abdul Mulok Tahun 6

2 Nuralia Mysara Binti Mohammad Salleh Tahun 6

3 Nurul Ainna Binti Ismail Tahun 6

4 Erdy Sutera Bin Eddy Tahun 5

5 Ferdaus Bin Kamarul Jeli Tahun 5

6 Maizatul Dania Najwa Binti Zainal Tahun 5

7 Sharifah Nur Aqilah Fasihah Binti Wan Alwi Tahun 5

8 Desmond Asik Anak Christina Tahun 5

9 Abang Daniel Iqhwan Shah Bin Abang Salihin Tahun 4

10 Faridatul Akmal Bin Emeli Tahun 4

11 Nur Aisyah Binti Kamarul Jeli Tahun 4

12 Nur Qalisya Madihah Binti Mohamad Faizal Tahun 4

13 Putri Nurfatihah Binti Abdul Mulok Tahun 4

14 Maizatul Iqma Alya Binti Zainal Tahun 3

15 Dayang Siti Mastika Binti Abdullah Tahun 3

16 Nazrul Izwan Bin Yahya Tahun 3

17 Mohammad Rafiq Bin Jamali Tahun 3

18 Mohamad Qaisar Fazrien Bin Mohamad Faizal Tahun 2

6
19 Muhammad Qhusyaimie Bin Ismail Tahun 2

20 Nur Auni Arissa Binti Abdullah Tahun 2

21 Nur Laila Maisarah Binti Awang Mohamad Hasrekim Tahun 2

22 Nurmierra Fahani Binti Johari Tahun 2

23 Tahun 1

24 Tahun 1

25 Tahun 1

26 Tahun 1

27 Tahun 1

7
PERATURAN MEMANAH

1. Diwajibkan mendahulukan keselamatan diri dan orang lain.

2. Mendengar dan patuh kepada arahan jurulatih atau guru.

3. Jangan sesekali menghalakan busur kearah orang walaupun tiada anak panah.

4. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

5. Jangan “Dry Fire”, iaitu melepaskan panahan tanpa anak panah, ini akan menyebabkan
kecederaan dan kerosakan kepada busur.

6. Menjunjung tinggi dan mematuhi undang-undang Negara serta peraturan sekolah.

7. Jangan memanah makhluk hidup; tanaman, haiwan dan terutamanya manusia.

8. Patuhi semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada di padang
atau kawasan sasar memanah.

9. Peralatan mestilah diletakan dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku
kemalangan.

10. Periksa dan pastikan peralatan memanah dalam keadaan elok dan tidak rosak sebelum
memanah.

11. Meminta bantuan daripada jurulatih atau guru atau orang yang berkelayakan jika ada
masalah teknik memanah dan peralatan memanah.

12. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan memanah.

13. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab atau sekolah untuk kebaikan
bersama.

14. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah (pakaian sukan).

8
KEPERLUAN KELAB
Tangkas
Untuk menjayakan penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah
Kebangsaan Pulau Seduku. Kelab amat memerlukan pelbagai kemudahan dan peralatan.
Senarai di bawah hanya satu cadangan keperluan untuk memulakan aktiviti. Diharapkan
kelengkapan peralatan akan dapat diperbanyak dan dipertingkatkan kualiti peralatan.

Bil. Peralatan Bilangan (anggaran)

1 : Busur 10 set

2 : Anak Panah 48 batang

3 : Target Butt 10 set

4 : Arm Guard 10 set

5 Thumb Guard 10 set

6 Arrow Rest Glove 10 set

7 Target Stand 10 set

8 Lapang sasar 1

9 Arrow Stoper 2 set

Adalah amat diharapkan ibubapa atau penjaga murid dapat menyediakan kelengkapan
memanah untuk anak masing-masing. Namun begitu bagi pihak kelab akan berusaha untuk
menyediakan kelengkapan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

9
Untuk pembelian peralatan diharap akan ada pihak yang dermawan menyumbangkan
dana.

Perincian keperluan dan pembelian peralatan:

Harga / Anggaran
Bil. Perihal Barang Kuantiti Unit Harga Catatan
RM RM
1 Busur Rolan Snake Poundage 26# 5 set 280.00 1400.00

2 Busur Rolan Snake Poundage 15# 5 set 260.00 1300.00

48
3 Anak Panah (Carbon HOA) 23.00 1104.00
batang

4 Target Butt 60cm x 60cm x 15cm 10 unit 85.00 850.00

5 Thumb Guard 10 unit 35.00 350.00

6 Arrow Rest Glove 10 unit 45.00 450.00

7 Arrow Stoper 2 unit 950.00 1900.00

Jumlah 7354.00
# Pembelian bergantung kepada jumlah dana, peralatan utama untuk melaksanakan
aktiviti akan diutamakan.

AKTIVITI KELAB

10
Latihan Mingguan.
Bengkel Memanah.
Kuliah Teknik Memanah Tradisional.
Tayangan Video Teknik Memanah.
Tayangan Video Sejarah dan Aktiviti Memanah.
Bengkel Penjagaan Alatan Memanah
Menganjur Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Sekolah

PENUTUP

Diharapkan, usaha penubuhan kelab ini akan memberi peluang kepada murid-murid
khasnya, amnya kepada seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat mengenali dengan
lebih dekat lagi sukan memanah tradisional. Kemudian aktiviti memanah dapat dikembangkan
dengan pendedahan kepada aktiviti memanah moden. Selain itu amat besar harapan agar
penubuhan kelab ini turut memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di Bahagian Sri Aman
untuk turut menubuhkan kelab memanah tradisional atau moden. Semoga cadangan
Tangkas
penubuhan Kelab Memanah Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku ini
diluluskan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku. Turut
mengharapkan usaha ini akan mendapat keredhaan Allah dan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan Oleh Disemak dan Disahkan Oleh

11
………………………………………………… …………………………………………………
(ZAIROL BIN MOHAMAD NARAWI) (HAZMI MOHAMAD ALI)
Guru Penasihat Kelab Memanah Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku
94900 Lingga 94900 Lingga
Sri Aman Sri Aman
Sarawak Sarawak

Disokong Oleh Diluluskan Oleh

………………………………………………… …………………………………………………
(AHMAD FAIZAL BIN OSMAN) (ISMAIL BIN SILI)
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku
94900 Lingga 94900 Lingga
Sri Aman Sri Aman
Sarawak Sarawak

ULASAN GURU BESAR

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

LAMPIRAN

12
Lampiran 1

Tangkas
Borang Permohonan Menjadi Ahli Kelab Memanah Tradisional Sekolah
Kebangsaan Pulau Seduku

BIODATA PERMOHON
BIL
PERKARA
.
1 Nama :
2 No Kad Pengenalan :
3 Kelas :
4 Alamat Surat Menyurat :

 Saya berjanji akan melibatkan diri dengan aktif segala aktiviti anjuran kelab dan mematuhi
segala peraturan serta arahan jurulatih / guru. Saya juga berjanji akan mengutamakan
KESELAMATAN DIRI DAN ORANG LAIN.

……………………………………………………………….
Tandatangan Murid :
.
……………………………………………………………….
Nama :
.
……………………………………………………………….
No Kad Pengenalan :
.
……………………………………………………………….
Tarikh :
.

 Saya dengan ini mengizinkan anak saya / murid jagaan saya menjadi ahli Kelab Memanah
Tradisional Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku dan akan menyokong penglibatannya
dalam aktiviti kelab.

Tandatangan Ibubapa / Penjaga : ………………………………………………………………..


Nama : ………………………………………………………………..
No Kad Pengenalan : ………………………………………………………………..
Tarikh : ………………………………………………………………..

13
Lampiran 2

Senarai Nama Ahli

Bil. Nama No Kad Pengenalan Kelas

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

14

Anda mungkin juga menyukai