Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan/ Sejarah memanah di Malaysia

1.1 Definisi

Memanah merupakan sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas

badan khususnya lengan dan bahu

1.2 Sejarah

Tindakan memegang panah dan melepaskan panah telah bermula sejak 20 000 tahun yang

lalu yang mana para pengkaji sejarah telah mengesan aktiviti memanah melalui penemuan

lukisan yang terdapa di gua-gua lama di Sepanyol yang dilukis kira-kira 8 000 tahun sebelum

Masehi. Di zaman tersebut memanah digunakan untuk tujuan mendapatkan sumber makanan

dan ada juga yang menggunakannnya sebagai senjata dalam peperangan khususnya pada

zaman Mesir kuno kira-kira 3 500 tahun sebelum masehi. Alatan pada zaman itu diukur

hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka dan anak panah pula diperbuat daripada batu dan

tembaga. Manakala orang-orang tartar pula iaitu pada 1800 tahun sebelum masehi mencipta

alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan serta

dibuat agak pendek berbanding pada zaman mesir kuno. Ianya terus dijadikan senjata dalam

peperangan pada zaman Kerajaan Rom dan Kerajaan Mongolia pada abad ke-11.

Penggunaannya mula berkurangan pada abad ke-16 apabila wujudnya senjata api. Kelab

memanah pertama ditubuhkan di Amerika Utara pada tahun 1828 dan mula dipertandingkan

acara memanah dalam sukan olimpik pada tahun 1900, 1904 dan 1920 dan tidak

dipertandingkan lagi selepas itu. Kemudiannya ia telah dipertandingkan semula pada tahun

1972 hingga sekarang.

1.3 Pencapaian sukan memanah

Di Malaysia, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) berperanan mengelolakan

sukan memanah. Sukan memanah telah melibatkan pelajar dari peringkat menengah hingga

1
ke peringkat dewasa yang mana ianya telah melibatkan diri hingga ke peringkat

antarabangsa.Memanah sentiasa menjadi perhatian disebabkan ia meruakan salah satu acara

Olimpik dan juga satu budaya yang popular. Malaysia telah beberapa kali menghantar

pasukan memanag dalam acara memanah di peringkat antarabangsa dan pada tahun lepas di

kejohanan Sukan Sea ke-29, Malaysia telah membawa pulang 2 pingat emas dan 1 pingat

gangsa.

2
2.0 Kebaikan senaman regangan

2.1 Melonggarkan lengan atas dan otot dada

Regangan ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua tangan di atas kepala dan cantumkan

jari kedua- dua belah tangan. Kemudian tolak tangan ke atas dalam keadaan berdiri tegak

selama beberapa saat dan turunkan. Regangan ini bertujuan untuk melonggarkan otot-otot di

lengan serta cara memberi sedikit tekanan pada bahagian bahu.

2.2 Regangan selangka

Dilakukan dengan mengangkat bahu hingga ke paras telinga dan tahan selama lima saat

sebelum diturunkan ke bawah. Ulang langkah tersebut selama beberapa pusingan. Ia betujuan

untuk melonggarkan otot di bahagian bahu.

2.3 Tangan ke depan

Cantumkan jari kedua-dua belah tangan dan tolak tangan ke hadapan badan selama beberapa

saat. Dalam posisi yang sama pusingkan badan ke sebelah kanan selama beberapa saat dan

tukar arah ke sebelah kiri selama beberapa saat. Pusingan badan tidak boleh dilakukan secara

kekerasan dan mengejut untuk mengelakkan kecederaan otot dan tulang belakang. Senaman

regangan ini untuk membantu memberi keselesaan dan melonggarkan otot di bahagian dada

dan lengan.

2.4 Kekuatan lengan

Baringkan badan dalam posisi 45 darjah sambil tangan ditahan. Kemudian tolak badan ke

hadapan dan ke belakang dalam keadaan yang perlahan. Ulangi gerakan ini selama beberapa

10 turutan. Ianya berfungsi untuk menguatkan otot lengan dan bahu.

3
4
3.0 Senaman regangan bergambar

3.1 Hayunan tangan

3.2 Regangan lengan dan bahu

3.3 Regangan otot bahu

5
3.4 Regangan otot bahu dan lengan

3.5 Regangan otot lengan, bahu dan dada

6
4.0 Faedah senaman regangan dalam sukan memanah

 Sukan memanah adalah sejenis sukan yang juga sangat memerlukan kecergasan pada

tubuh badan terutamanya ada anggota badan yang digunakan semasa memanah.

Diantara bahagian anggota badan yang diperlukan semasa memanah adalah

 senaman pada kekuatan otot lengan dan bahu dapat meningkatkan stamina dan

kekuatan untuk menarik tali melepaskan panah

 keselesaan pada otot bahu, lengan dan dada dapat memberi keselesaan kepada

pemanah dengan memberikan penumpuan penuh pada sasaran dan membuatkan

penglihatan yang lebih tajam.

7
5.0 Refleksi

5.1 Kemahiran memanah

Kemahiran asas dalam memanah mendidik pemanah untuk lebih fokus pada sasaran dan

mengetahui dengan jelas langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum memanah

termasuklah langkah-langkah keselamatan, persediaan/ persiapan sebelum memanah dan

peralatan yang diperlukan dalam memanah.

5.2 Kemahiran kerja berkumpulan

Kumpulan yang dibahagi-bahagikan dapat memudahkan lagi perkongsiaan ilmu di antara

setiap pemanah selain memupuk semangat bekerjasam dalam satu pasukan.

5.3 Kemahiran berkomunikasi

Pemanah dapat membina komunikasi yang baik di antara pemanah yang lain memandangkan

pemanah yang menyertai kursus asas memanah ini tidak mempuyai latar belakang yang sama

dan tidak sama pengajian. Pengetahuan yang ada pada setiap pemanah dapat dikongsi

bersama. Komunikasi yang baik di antara pemanah dapat membina hubungan yang baik

seterusnya ilmu dapat dikongsi bersama.

5.4 Kemahiran menyelesaikan masalah

Dalam setiap tingkah laku perbuatan akan menghasilkan masalah termasuklah memanah.

Pemanah akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi memastikan

dirinya dapat melakukan panahan yang baik.

5.5 Kemahiran memupuk kesabaran

8
Dalam melepaskan anak panah pada sasaran, kesabaran yang tinggi diperlukan untuk

memastikan anak panah kena pada sasaran yang tepat.

5.6 Kemahiran berdisiplin

Disiplin yang baik dalam memanah kerana setiap alatan memanah memerlukan penjagaan

dan penggunaan yang rapi bagi mengelakkan alatan memanah tidak rosak dengan cepat.

9
Rujukan

1. Memanah. http://aktif.myhealth.gov.my/memanah/ diakses pada 10 April 2018

2. Memanah. https://www.kualalumpur2017.com.my/bm/seagames-sport.cshtml?cid=8

diakses pada 10 April 2018

3. Memanah: Skuad Compund Sumbang Dua Emas, Terajui Kedudukan Pingat Keseluruhan.

https://www.kualalumpur2017.com.my/BM/media-newscontent.cshtml?cl=red&bid=257

diakses pada 10 April 2018

10

Anda mungkin juga menyukai