Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS KAJIAN

Hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab
oleh 30 0rang responden yang bekerja sebagai penjual produk Shaklee dimana mereka
memang bekerja dari rumah semasa negara dilanda pandemik COVID-19. Oleh hal yang
demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat perspektif daripada pekerja-pekerja
shaklee yang bekerja dari rumah. Responden yang diedarkan borang soal selidik adalah dalam
lingkungan umur 18-45 tahun. Objektif pertama terdapat lima soalan yang telah diberikan
dimana soalan pertama lebih ramai yang memilih bersetuju berbanding sangat setuju. Hal ini
kerana mereka berjaya dan dapat mengimbangi di antara kerja dan kehidupan luar kerja
mereka yang sebelum ini. Walaupun begitu pengkaji beranggapan bahawa mereka telah
terbiasa dalam melakukan kerja dirumah semenjak pandemik COVID-19 melanda negara pada
awal tahun 2020. Seterusnya, disoalan kedua pula lebih ramai memilih bersetuju berbanding
sangat setuju dimana soalan yang diberikan ialah saya berpuas hati terhadap keseimbangan
diantara kerja saya dengan kehidupan luar kerja saya. Responden bersetuju dengan soalan
yang diberikan kerana semasa pandemik COVID-19 melanda negara, ramai pekerja yang
bekerja dari rumah sahaja tanpa turun ke pejabat. Pekerja shaklee pada asalnya mereka
memang bekerja dari rumah tanpa turun ke pejabat walaupun negara tidak dilanda pandemik
kerana mereka melakukan perniagaan mereka secara atas talian.

Selain itu terdapat lagi tiga soalan yang ada dibahagian objektif satu. Soalan ketigaramai
responden yang memilih bersetuju berbanding sangat bersetuju. Hal ini kerana responden
berpuas hati dalam membahagikan masa mereka dalam melakukan kerja mereka dengan luar
kerja mereka. Semasa pandemik COVID-19 menlanda negara, para pekerja harus pandai dalam
membahagikan masa mereka supaya tidak berlaku tekanan yang boleh memberi kesan buruk
kepada prestasi kerja mereka. Disoalan yang keempat pula ramai responden yang memilih
sangat bersetuju berbanding kurang bersetuju. Hal ini menunjukkan, pekerja shaklee berjaya
memberikan perhatian yang seimbang sama ada semasa kerja , mahupun tidak bekerja. Ini
menunjukkan responden dapat mengimbangi perhatiannya antara keluarga dan pekerjaan
mereka tanpa timbul sebarang pergaduhan hanya d sebabkan oleh kurang perhatian yang
diberikan kepada keluarga dirumah. Akhir sekali soalan kelima di objektif yang pertama yang
menyoal tentang bagaimana kepuasan hati seseorang pekerja shaklee dengan kehidupan luar
mereka dimana soalan ini lebih ramai yang memilih bersetujuh berbanding sangat bersetujuh.
Hal ini menunjukkan ada sesetengah pekerja shaklee yang bekerja dari rumah semasa
pandemik COVID-19 ini masih tidak dapat dapat kepuasan dalam menguruskan kerja mereka
dengan kehidupan harian mereka.

Seterusnya, pada bahagian objektif 2 pula terdapat 5 soalan yang telah dibuat bagi
memdapat pendapat dan perspektif daripada pekerja yang bekerja dari rumah terutama pekerja
Shaklee semasa negara dilanda pandemik COVID-19. Soalan pertama lebih ramai yang memilik
kurang bersetuju berbanding bersetuju ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Soalan
pertama iaitu tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk bekerja ini bererti pekerja shaklee
mempunyai ruang yang selesa dan ruangan khas untuk membuat kerja. Ruangan kerja yang
selesa akan mempengaruhi kerja, jika keadaan tersebut tidak selesa iainya akan memberi kesan
yang kurang baik terhadap prestasi kerja. Manakala bagi soalan yang kedua pula ramai
responden yang memilih bersetuju berbanding tidak bersetuju. Perkara ini menunjukkan para
pekerja tidak sering mengalami gangguan internet, mereka akan mengalami gangguan internet
apabila keadaan cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujam dan mendung. Soalan yang ketiga
pula ialah lebih ramai yang memilih kurang bersetuju berbanding bersetuju. Hal ini kerana,
gangguan daripada pihak keluarga berkemungkinan tidak berlaku semasa mereka melakukan
kerja seharian mereka. Mereka mungkin pintar dalam menyesuaikan diri dalam melakukan kerja
tanpa ada sebarang gangguan daripada pihak keluarga. Selain itu, bagi soalan empat pula lebih
ramai responden yang memilih kurang bersetuju berbanding bersetuju. hal ini kerana bagi
mereka yang pada asalnya bekerja hanya dari rumah, jadi mereka tidak perlu menjejaki mana-
mana rakan sekerja mereka. Mereka hanya perlu menggunakan telepon pintar untuk
menghubungi rakan sekerja mereka tanpa harus bertemu dan menjejaki rakan sekerja mereka
secara bersemuka. Akhir sekali, soalan yang kelima pada objektif 2 ialah tidak dapat memberi
tumpuan yang baik terhadap kerja diluar sekitar pejabat. Pada bahagian ini ramai responden
yang memilih kurang bersetuju berbanding bersetuju kerana persekitaran pejabat bukanlah
satu elemen yang penting bagi mereka melakukan kerja. Mereka hanya perlu keadaan yang
selesa dan mempunyai rangkaian internet yang baik bagi memulakan sesi pekerjaan mereka
pada setiap hari. Apa yang dapat disimpulkan secara ringkas ialah, kebanyakkan responden
mempunyai persepsi yang sama dengan memberi jawapan yang sama tentang soalan-soalan
yang diberikan. Oleh itu jelaslah bahawa , pekerja shaklee agak selesa bekerja dari rumah
berbanding turun ke pejabat.
Bagi objektif ketiga terdapat 5 soalan yang diberikan dan bagi soalan pertama seramai 19
orang yang memberi respon sangat setuju iaitu 11 daripadanya adalah perempuan dan 8 orang
adalah lelaki, dan seramai 10 orang memilih setuju bagi soalan yang pertama dimana 6 orang
daripadanya adalah perempuan dan 4 daripadanya adalah lelaki. Manakala seorang responden
peemouan memilih jawapan tidak pasti bagi soalan pertama. Disini jelas menunjukkan bahawa
majariti responden memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap pekerjaan mereka. Bagi
soalan kedua pula seramai 9 orang responden memilih untuk sangat setuju dimana kesemuanya
adalah perempuan. Manakala sebanyak 15 orang responden memilih setuju dimana 10
daripadanya adalah lelaki dan 5 daripadanya adalah perempuan dan seramai 6 orang responden
perempuan memilih tidak pasti bagi soalan ini dan secara keseluruhannya menunjukkan majariti
responden bersetuju bahawa mereka dapat menguruskan masa dengan baik dalam melakukan
rutin harian mereka. Bagi soalan yang ketiga pula sebanyak 11 orang responden memilih
jawapan sangat setuju dimana 7 orang daripadanya adalah perempuan dan 4 orang daripadanya
adalah lelaki. Dan seramai 15 orang memilih setuju bagi soalan ini dimana 10 saripadanya
adalah peempuan dan selebihnya adalah lelaki.Dan 4 orang perempuan memilih tidak pasti bagi
soalan ini.Secara majoriti responden bersetuju bahwa mereka melakukan tugas dengan teliti.
Seterusnya bagi soalan keempat seramai 10 orang memilih jawapan sangat setuju dimana 8
orang daripadanya adalah peempuan dan 2 daripadanya adalah lelaki. 15 orang memilih setuju
dimana 12 daripadanya adalah perempuan dan 3 daripadanya adalah lelaki. Dan 4 orang
perempuan memilih tidak pasti dan seorang memilih jawapan tidak setuju. Secara majority
menunjukkan responden bersetuju dengan soalan ini dan sekaligus memberi maklumat kepada
penyelidik bahawa mereka dapat menjalankan komunikasi dengan baik bersama majikan dan
rakan sekerja. Dan bagi soalan yang kelima seramai 19 orang memilih jawapan sangat setuju
bagi soalan ini dimana 14 orang adalah lelaki dan 5 orang adalah perempuan. Manakala seramai
9 orang memilih jawapan setuju dimana 7 orang daripadanya adalah perempuan dan 2
daripadanya adalah lelaki.Dan 2 orang perempuan memilih jawapan tidak pasti. Jelas
menunjukkan bahawa majoriti ressponden sangat setuju bahawa teknologi memudahkan urusan
seharian.
Kesimpulan

Kesimpulannya melalui soal selidik yang diedarkan pengkaji mendapat banyak maklumat
berkaitan reality bekerja daripada rumah. Respon yang diberikan sangat membantu dan
mmemudahkan penyelidik untuk mengkaji berkaitan bekerja daripada rumah. Diharapkan ada
penambahbaikan daripada pihak tertentu terutama sekali dari segi teknologi dan rangkain
internet agar sekiranya situasi bekerja daripada rumah ini berlaku sekali lagi, pekerja tidak akan
bimbang untuk melaksanakan nya kerana teknologi yang canggih dan rangkaian internet yang
baik sangat membantu mereka untuk melaksanaka tugas dan berhubung dengan rakan sekerja.

Anda mungkin juga menyukai