Anda di halaman 1dari 7

SCRIPT MODERATOR

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua yang bersama-sama
dengan kami dalam program pagi ini.

Tinggi-tinggi pohon cemara,


Setinggi tiang istana raja,
Salam pembuka awal bicara,
Selamat datang kepada semua

Segala pujian ke hadrat Allah swt atas izin-Nya dapat kita bersama-sama mengikuti webinar
yang bertajuk “Sembang Santai Persediaan Ke Alam Universiti”. Nama pun sembang santai jadi
diharapkan para peserta jangan malu-malu untuk bertanya atau meninggalkan soalan di
chatbox. Kita santai-santai sahaja. Sebarang soalan boleh ditinggalkan di ruangan chatbox
sepanjang webinar ini berlangsung dan akan dijawab di penghujung webinar.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya selaku moderator webinar ini. Saya Nurul
Najihah binti Ruzaidi merupakan pelajar semester 5 ISMP TESL dari UPSI. Buat pengetahuan
anda semua, barisan panel kita juga merupakan pelajar-pelajar semester 5 dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga kita sentiasa diberkati.

Oleh itu, bagi menambah keberkatan program kita pada hari yang penuh bermakna ini, saya
menjemput SAUDARA ISHAQ BIN JAMA HURI untuk membacakan doa. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya rabbal A-lamin. Terima kasih Saudara Ishaq di atas bacaan doa itu sebentar tadi.
Seterusnya, kita lanjutkan program kita pada pagi ini dengan memainkan LAGU UPSI
CEMERLANG BERSAMA sebagai pembuka acara program kita pada pagi ini.

(Lagu UPSI cemerlang bersama dimainkan)

Baiklah dengan tamatnya lagu upsi cemerlang bersama sebagai pembuka acara maka secara
rasminya, program WEBINAR SEMBANG SANTAI KE ALAM UNIVERSITI dimulakan.

Hadirin sekalian, pepatah melayu ada mengatakan, tak kenal maka tak cinta, jadi sebelum kita
memulakan webinar ini, moleklah kiranya kita berkenal-kenalan dahulu dengan barisan panel
kita pada hari ini.

Saya kenalkan dahulu panel pertama kita iaitu, Saudari Nur Annisa binti Mohmad Ramli yang
merupakan pelajar UPSI semester 5 daripada jurusan TESL. Beliau merupakan seorang yang
bukan sahaja bijak dalam pelajaran akan tetapi mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam
diri beliau. Terima kasih Saudari Annisa kerana sudi meluangkan masa bersama kami pada hari
ini. Serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan Saudari Annisa. Setelah menamatkan
pelajaran di peringkat SPM. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma selama 2
tahun setengah di Universiti Selangor (UNISEL) dalam jurusan TESL (TEACHING ENGLISH
AS A 2ND LANG) dan kemudian menyambung jurusan yang sama di UPSI.

Seterusnya, panel kita yang kedua, yang tak kurang hebatnya, tampak ayu dan manis
bertudung (warna tudung) Saudari Nur Hamizah binti Hamid. Beliau merupakan seorang yang
sangat kreatif dan teliti. Kalau dalam kerja mengedit video ataupun mahukan slide
pembentangan yang menarik dialah orangnya yang kami cari. Okay, serba sedikit mengenai
Saudari Hamizah setelah menamatkan SPM, beliau telah menyambung pelajaran dalam
program matrikulasi selama setahun dan mengambil modul 3 iaitu subjek biologi, kimia dan
sains komputer di Kolej Matrikulasi Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran di
peringkat ijazah dalam bidang pendidikan iaitu TESL di UPSI. Apa khabar, saudari?
Alhamdulillah.

Beralih pulak kepada panel kita yang terakhir. Satu-satunya jejaka dalam barisan panel bagi
program hari ini iaitu Saudara Ishaq bin Jama Huri. Beliau merupakan bekas pelajar tingkatan 6
ya, buat makluman semua. Beliau yang juga merupakan alumni dari SMK Dato Abd Rahman
Yaakob (SMK DARY) di Bota Kanan, Perak, mengambil jurusan kemanusiaan sewaktu di
tingkatan 6. Dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang
pendidikan iaitu TESL di UPSI. Diharapkan melalui pengalaman beliau semasa di tingkatan 6,
beliau dapat memberi banyak perkongsian yang boleh membantu adik-adik kita di sini pada hari
ini. Saya yakin dan percaya semestinya terdapat banyak tips persediaan ke alam universiti yang
akan dikongsikan oleh beliau. Betul tak saudara?

Tanpa melengahkan masa lagi, saya rasa semua pon dah tak sabar dah nak mendengar buah
fikiran daripada barisan panel kita. Saya pon dah penat dah ni bercakap. Saya pasti anda
semua pon dah bosan dah dengar suara saya sahaja dari tadi.

Untuk makluman panel dan hadirin sekalian, forum kita akan berjalan selama 2 pusingan dan
akan diakhiri dengan penggulungan oleh ketiga-tiga panel. Kita juga akan membuka ruang sesi
soal jawab bersama hadirin seusai penggulungan dibuat. Baiklah, tanpa membuang masa lagi,
marilah kita kembali kepada tajuk utama kita hari ini iaitu : “SEMBANG SANTAI KE ALAM
UNIVERSITI”.

Jadi, sebelum saya menyimpang jauh soalan saya buat panel kita yang pertama, Saudari
Annisa. Boleh saudara kongsikan apakah yang membuatkan saudara mengambil jurusan yang
sama iaitu TESL di peringkat ijazah sedangkan saudari merupakan pelajar lepasan diploma
dalam bidang tersebut?

(Ulasan Annisa)

Baiklah terima kasih Saudari Annisa diatas ulasan yang saya kira cukup padat. Dari
perbincangan yang dibawakan oleh saudari Annisa sebentar tadi sebenarnya dapat kita
simpulkan bahawa (kesimpulan ringkas).

(Pernyataan ringkas).Jadi untuk merungkaikan perkara ini, saya ajukan soalan kedua kepada
Saudari Hamizah, apakah yang membuatkan saudari memilih bidang yang diceburi sekarang
iaitu TESL sebab kita sedia maklum yang saudari mengambil bidang sains dan kemudian
bertukar ke bidang bahasa. Boleh saudari kongsikan serba sedikit.

(Ulasan Hamizah)
Baiklah terima kasih Saudari Hamizah diatas pandangan itu tadi. Dari perbincangan yang
dibawakan oleh saudari Hamizah sebentar tadi sebenarnya dapat kita simpulkan bahawa
(kesimpulan ringkas).

(Pernyataan ringkas).Jadi untuk merungkaikan perkara ini, saya ajukan soalan ketiga yang juga
soalan terakhir sebelum kita berehat 10 minit bagi meneruskan sesi seterusnya. Baiklah,
Saudari Ishaq, boleh saya tahu apakah yang mendorong saudara untuk memlilih bidang TESL
di universiti dan apakah langkah yang saudara lakukan sebelum memilih sesuatu bidang di
universiti?

(Ulasan Ishaq)

Terima kasih saudara Ishaq atas wacana yang bernas tersebut. (Kesimpulan ringkas)

Sidang penonton sekalian, kita akan berehat seketika sambil menonton video montaj yang
disediakan. Kita akan menyambung kembali sesi kedua tepat jam (tengok jam)

(Rehat 10 minit)

Seterusnya kita akan beralih pula kepada topik utama kita pada malam ini iaitu persediaan yang
boleh dilakukan sebelum memasuki alam universiti. Jadi saudari Annisa, apakah aspek yang
anda rasakan penting untuk seorang yang bakal bergelar mahasiwa atau mahasiswi dalam
menjalani kehidupan di alam universiti.

(Ulasan Annisa)

Baiklah terima kasih Saudari Annisa diatas ulasan yang saya kira ringkas tetapi padat. Dari
perbincangan yang dibawakan oleh saudari Annisa sebentar tadi sebenarnya dapat kita
simpulkan bahawa (kesimpulan ringkas).

(Pernyataan ringkas). Jadi untuk merungkaikan perkara ini, saya ajukan soalan seterusnya
kepada Saudari Hamizah, pernyataan bersahabat dengan penjual minyak wangi bukan
pembakar besi merujuk kepada pemilihan rakan yang baik. Jadi, adakah pemilihan rakan yang
baik penting di universiti?

(Ulasan Hamizah)
Baiklah terima kasih Saudari Hamizah diatas pandangan itu tadi. Dari perbincangan yang
dibawakan oleh saudari Hamizah sebentar tadi sebenarnya dapat kita simpulkan bahawa
(kesimpulan ringkas).

Topik kita semakin hangat nampaknya dengan kupasan daripada ahli panel kita yang
hebat-hebat belaka. Baiklah, kita teruskan dengan soalan penutup sebelum kita beralih ke sesi
soal jawab bersama para peserta.

Saya ingin utarakan soalan terakhir kepada saudara Ishaq mengenai persediaan ke alam
universiti. Jadi antara minat dan peluang pekerjaan. Yang manakah patut diutamakan dalam
memilih sesuatu bidang di universiti?

Terima kasih saudara Ishaq atas lontaran pendapat yang dikongsikan. Dari ulasan saudara tadi
dapat saya simpulkan bahawa (kesimpulan ringkas)

Maka, kita telah lihat dan dengar beberapa pandangan dan ulasan yang telah dirungkai dari
pelbagai sudut sama ada dari segi pemilihan rakan, aspek pemilihan jurusan dan apa yang
perlu dipertimbangkan sebelum memasuki alam universiti. Harapan saya, para peserta yang
setia bersama kami dari awal program tadi mendapat manfaat dalam menyiapkan diri ke alam
universiti.

Baiklah, nampaknya masa amat mencemburui kita. Jadi sebelum kita beralih kepada
kesimpulan program webinar ini. Program diteruskan dengan sesi soal jawab. Nampaknya di
ruangan chatbox sekarang ini terdapat beberapa soalan yang telah diajukan oleh para peserta
kita. Jadi, saya akan memilih soalan untuk dijawab oleh ahli panel. Baiklah soalan pertama,
(soalan) ada panel yang sukarela ingin menjawab persoalan ini?

(Sesi soal jawab)

Okay saudari Annisa silakan. (Annisa jawab soalan)

(Baca soalan (2))

1. Apakah tips untuk mengekalkan prestasi semasa menyambung pelajaran ke peringkat


universiti? (annisa)
2. Bagaimana nak tahu kursus yang ingin diambil sesuai dengan diri. (miza)
3. Adakah terdapat perbezaan cara pengajaran di sekolah dan di universiti? Boleh
terangkan serba sedikit tentang perbezaan tersebut? (miza)
4. Bagaimanakah untuk menyeimbangkan antara pelajaran dan persatuan? (ishaq)
5. Betul ke universiti tu susah? (miza)
6. Apakah kelayakan asas untuk melanjutkan pelajaran ke UPSI? (annisa)
7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya gagal ke Universiti, adakah saya perlu
mengulangi semula peperiksaan STPM? (ishaq)
8. Bagaimana hendak cemerlang dalam stpm? (ishaq)
9. Boleh tak kongsikan tips mengenai pengurusan masa? (annisa)

Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita di atas kesudian menjawab
soalan-soalan yang diajukan.

Kini kita berada di penghujung diskusi kita. Sebelum itu, bolehkah para panel berikan sedikit
rumusan berkaitan dengan tajuk pengisian kita harini? Kita mulakan dengan panel pertama,
saudari Annisa. Dipersilakan.

(Ulasan Annisa)

Begitulah tadi penggulungan mantap oleh saudari Annisa selaku panel pertama. Seterusnya,
saya serahkan kepada Saudari Hamizah, juga untuk membuat sedikit kesimpulan. Dipersilakan.

(Ulasan Hamizah)

Begitu padat dan penuh pengisian kesimpulan yang dikongsikan saudari Hamizah itu tadi. Akhir
sekali, saya mempersilakan panel terakhir kita saudara Ishaq bagi membuat sedikit kesimpulan
sebagai penutup sesi webinar ini.

(Ulasan Ishaq)

Terima kasih saudara Ishaq di atas rumusan yang telah disampaikan. Terima kasih saya
ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan berkongsi pendapat
masing-masing.

Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.
Sebelum melabuhkan tirai, marilah kita mengadakan sesi bergambar, diharapkan barisan panel
dan para peserta bersedia untuk sesi fotografi. Diingatkan kepada para peserta untuk mengisi
link kehadiran yang berada di chatbox ya. Saya serahkan kepada ajk teknikal bagi sesi
bergambar. Saudari Nabilah, silakan.
(AJK teknikal/sesi bergambar)

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka secara rasminya tamatlah program kita pada
pagi ini, WEBINAR SEMBANG SANTAI PERSEDIAAN KE ALAM UNIVERSITI. Pihak kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panel yang sudi berkongsi ilmu serta para
peserta yang setia mendengar sehingga ke penghujung program. Semoga perkongsian dan
input yang dikongsikan pagi ini memberikan ilmu yang berguna kepada kita semua.

Sebelum mengakhiri program kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun dari saya yang
berbunyi:

Daun selasih permainan budak,


Bunga melur berbau wangi
Bertaut kasih bercerai tidak
Panjang umur berjumpa lagi

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang menjalankan tugas saya sebagai moderator di dalam program ini. Saya akhiri
program kita pada pagi ini dengan ucapan wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai