Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN UNTUK MAJLIS TAKLIMAT PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH “SEKOLAHKU SELAMAT”

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Lenggang bertapak seni memandang,


Silat sendeng menyusun jari,
Salam kasih selamat datang,
Sudi tuan puan bersama kami.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum wrt. Salam sejahtera. Salam terus menjulang Majlis Taklimat Pegawai Perhubungan
Sekolah “ Sekolahku Selamat”

Yang berusaha Puan Hajah Hamidah binti Samsudin, Pengetua SMA Kota Gelanggi 03,

1. Yang dialukan, Pn Inspektor Siti Nooridah binti Mohd Norodin, Pegawai Perhubungan Sekolah
2. Yang dihormati En. Mohd Jaafar Bin Mohamed Nawi, Guru Penolong Kanan Hem
3. Yang dihormati Cik Noor Haizan Binti Ramli, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
4. Barisan guru –guru
5. Dan para pelajar yang di rahmati sekalian.

Alhamdullillah…. Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha
Mengetahui kerana dengan izin limpah kurnia Nya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan untuk berkumpul secara bersemuka di kantin sekolah ini bagi menyempurnakan majlis
Taklimat Pegawai Perhubungan Sekolah “Sekolahku Selamat” tahun 2022. Semoga majlis ini membawa
seribu manfaat dan bermakna kepada kita semua.

BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pastinya mengharapkan majlis kita pada hari ini mendapat keredhaan dariNya, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon keberkatan Ilahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Mohd Sofi Haikal bin Ayob untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Para hadirin sekalian,

Program “ Sekolahku Selamat” antara objektifnya ialah menjadikan asrama tempat yang selamat untuk
dihuni oleh para pelajar. Seterusnya membentuk para pelajar agar berdisiplin, berdikari dan membina
jati diri yang mantap. Dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mematuhi
peraturan dan undang-undang.

UCAPAN PENGETUA

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Seterusnya dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Puan Hajah Hamidah binti Samsudin,
pengetua SMA Kota Gelanggi 03 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan dengan hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PPS (PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH)

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Inspektor Siti Nooridah binti Mohd Norodin selaku Pegawai
Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

PENUTUP

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, sebelum kita mengakhiri majlis kita, sudilah kiranya puan menerima
cenderamata daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan. Dijemput Pengetua Puan Hamidah
binti Samsudin, diiringi GPK HeM Ust Mohd Jaafar bin Mohamed Nawi untuk menyampaikan saguhati
kepada Inspektor Siti Nooridah binti Mohd Norodin.

Terima kasih kepada Puan Pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Saya mewakili Jawatankuasa program mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama
yang telah diberikan oleh para hadirin sekalian.

Sayang selasih bunganya wangi,


Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.

BERSURAI….

Anda mungkin juga menyukai