Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMANTAPAN PENYAMPAIAN


RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) ZON TIMUR
TAHUN 2023

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan
Pengurusan (BPPP) dan memohon peruntukan bagi melaksanakan Program
Pemantapan Penyampaian Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Zon Timur bagi Tahun 2023.

2. LATAR BELAKANG

(a) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Zon Timur akan


mengadakan Program Pemantapan Penyampaian Rakan Pembimbing
Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Pelaksanaan program tersebut adalah selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022)
- Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Awam.

(b) Selaras dengan usaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ingin
meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dan keterlibatan pegawai
awam dalam memperkasakan perkhidmatan awam pada tahap yang terbaik,
program ini dilaksanakan atas usaha untuk membantu ahli AKRAB JANM
untuk lebih kreatif dalam teknik penyampaian dan dapat menyuntik
semangat kepada semua warga untuk terus bangkit menghadapi cabaran
norma baharu dan seterusnya menerapkan budaya kerja yang cemerlang
sekaligus meningkatkan produktiviti seiring dengan hasrat pengurusan dan
juga kerajaan.

1
KERTAS CADANGAN PROGRAM AKRAB
ZON TIMUR
3. OBJEKTIF

(a) Membantu ahli AKRAB dalam berkongsi teknik penyampaian yang lebih
menarik dan praktikal dengan lebih yakin;

(b) Memberi galakan kepada ahli AKRAB untuk sentiasa ke depan dalam
membantu pegawai yang memerlukan bantuan dan sentiasa bersedia dalam
apa jua situasi dan cabaran yang dihadapi;

(c) Menjadi barisan hadapan kepada jabatan dan agensi serta kepada
pengurusan tertinggi dalam memastikan hasrat dan impian jabatan dan
agensi tercapai;

(d) Meningkatkan hubungan yang baik di antara pihak pengurusan sumber


manusia dalam menjalankan program dan aktiviti AKRAB di dalam jabatan
dan memastikan segala keperluan yang diperlukan dapat diuruskan dengan
lebih baik dan efisyen.

4. RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM

Ringkasan maklumat program yang dicadangkan untuk diadakan bagi Zon Timur
adalah seperti berikut:

(a) Program ini akan melibatkan 45 orang ahli AKRAB dari Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM) yang berkhidmat di seluruh Malaysia, tiga (3)
orang urusetia dan satu (1) orang jemputan. Pecahan peserta, jemputan
dan urusetia adalah seperti di Lampiran A.

(b) Urusetia Zon Timur telah mengenal pasti beberapa pusat latihan awam yang
bersesuaian di Negeri Terengganu bagi menjalankan program ini namun
didapati kapasiti dan kemudahan pada tarikh yang dipilih tidak dapat
menampung keperluan kapasiti peserta, jemputan dan urusetia.
Pengesahan daripada pusat latihan awam adalah seperti di Lampiran B.

2
KERTAS CADANGAN PROGRAM AKRAB
ZON TIMUR
(c) Program aktiviti yang bakal dilakukan oleh syarikat pengendali latihan adalah
seperti di Lampiran C. Intipati program ini bersesuaian dengan hasrat dan
objektif utama program ini dilakukan.

(d) Pemilihan syarikat pengendali latihan iLead Strategy Legacy berdasarkan


PK7.2: Perolehan Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej dengan
tawaran harga yang diberikan berjumlah RM 31,000.00 berbanding syarikat
pengendali latihan yang lain. Kos ini juga telah merangkumi tiket bot pergi
dan balik, penginapan, makanan, peralatan dan bahan-bahan bagi
kegunaan program ini. Cadangan sebutharga yang diberikan oleh beberapa
syarikat pengendali latihan adalah di Lampiran D.

(e) Bagi menampung tuntutan perjalanan (TNT) pegawai dari JANM Negeri dan
Cawangan yang terlibat, kos perjalanan dan tiket kapal terbang turut di ambil
kira dan dimasukkan ke dalam kertas cadangan ini bagi menampung
kekurangan peruntukan OS21000 di Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat
Perakaunan (BPOPP). Kos ini adalah anggaran bagi mendapatkan
cadangan peruntukan daripada Bahagian Pembangunan Perakaunan dan
Pengurusan (BPPP) berikutan peruntukan yang ada di JANC amat terhad
dan memerlukan cadangan penambahan daripada pihak BPPP. Manakala
bagi peserta dari Bahagian, peserta akan dibawa menggunakan bas yang
akan disewa. Perincian bagi tuntutan perjalanan peserta dari JANM Negeri
dan Cawangan adalah seperti di Lampiran E.

(f) Ringkasan cadangan program yang akan dilaksanakan adalah seperti


berikut:

Bil Perkara Kos


1. Anggaran Kos (Lampiran D4) RM 36,341.60
2. Kos Syarikat Pengendali Latihan RM 31,000.00
3. Kos Sewaan Bas RM 3,800.00
4. Kos Keseluruhan RM 34,800.00
Perbezaan Anggaran Kos dan Kos RM 36,341.60 – RM
5.
Pengendali Latihan 34,800 = RM 1,541.60

3
KERTAS CADANGAN PROGRAM AKRAB
ZON TIMUR
5. SYOR

Berdasarkan objektif dan maklumat yang dikemukakan, pertimbangan dan


kelulusan daripada pihak tuan bagi mengadakan:

PROGRAM PEMANTAPAN PENYAMPAIAN RAKAN PEMBIMBING


PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MALAYSIA (JANM) ZON TIMUR TAHUN 2023 BERTEMPAT DI PULAU
PERHENTIAN, TERENGGANU 6 – 8 SEPTEMBER 2023 BERJUMLAH RM
34,800.00 TIDAK TERMASUK KOS TUNTUTAN PERJALANAN.

6. PERAKUAN

Syor di para 5 diangkat untuk pertimbangan kelulusan pihak tuan.

Dikemukakan Oleh:

Urusetia Kursus AKRAB Zon Timur


Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
Tarikh: 4 Julai 2023

4
KERTAS CADANGAN PROGRAM AKRAB
ZON TIMUR

Anda mungkin juga menyukai