Anda di halaman 1dari 7

MINIT BEBAS

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

YBrs. TPB(U)K,

PERMOHONAN MELAKSANAKAN BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI


PROGRAM PEMENTORAN PERINGKAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA).

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

TUJUAN

2. Minit Bebas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan pertimbangan


YBrs. PBU bagi melaksanakan Bengkel Pemurnian Dokumentasi Program Pementoran
Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

LATAR BELAKANG

3. Untuk makluman YBrs. TPB(U)K, Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling


bercadang untuk mengadakan Bengkel Pemurnian Dokumentasi Program Pementoran
Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama pegawai- pegawai yang
melaksanakan Program Pementoran di jabatan-jabatan kerajaan. Dianggarkan
seramai 30 orang peserta akan terlibat dari kalangan penjawat awam.

4. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan garis panduan


pelaksanaan program pementoran serta penyediaan dokumentasi pementoran yang
lengkap untuk digunakan bagi program pementoran yang akan diguna pakai pada
tahun 2018.
OBJEKTIF PERMOHONAN

5. Objektif permohonan melaksnakan Bengkel Pemurnian Dokumentasi


Pementoran Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti berikut :-

(a) Memastikan dokumentasi dan prosedur pementoran yang telah


dibangunkan jelas dan dapat dipraktikkan dengan efektif;

(b) Meningkatkan kefahaman kepada penyelaras dan pegawai


bertanggungjawab tentang pelaksanaan program pementoran mengikut
keperluan dokumentasi; dan

(c) Sebagai tindakan pembetulan bagi menutup ketidakpatuhan yang


ditemui semasa audit dalaman MS ISO 9001:2015.

CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN PESERTA

6. Cadangan pelaksanaan program adalah seperti ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 15 – 17 November 2017


(Rabu-Jumaat)

Tempat : Hotel Sekitar Kuantan Pahang D.M.

Peserta : 30 orang (Termasuk Urus Setia)

TENTATIF PROGRAM

7. Cadangan tentatif bengkel seperti di Lampiran A.

2
IMPLIKASI KEWANGAN

8. Kos perbelanjaan adalah dengan menggunakan peruntukan Sektor


Pembangunan Bakat, BKP di bawah Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling
dengan anggaran kos pelaksanaan berjumlah RM10,000.00.

9. Dimaklumkan juga, bagi menampung anggaran kos RM10,000.00, Unit


Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, BKP telah mengambilkira langkah penjimatan
bagi program dan kursus/bengkel sebelum ini. Jumlah penjimatan sehingga 30
September 2017 adalah berjumlah RM18,516.60 .

10. Anggaran perincian kos yang terlibat seperti di Lampiran B.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

11. Bengkel ini wajar dilaksanakan untuk tujuan berikut :-

(a) Menyediakan garis panduan lengkap pelaksanaan pementoran di Jabatan


Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 18 tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam;

(b) Menyediakan carta alir tugas dan tanggungjawab setiap mentor dan
menti dan hubungan antara setiap mereka dalam melaksanakan fungsi
program pementoran;

(c) Mengemaskini dan membuat penambahbaikan terhadap borang-borang


yang digunapakai pada masa kini supaya relevan dengan perkembangan
zaman; dan

(d) Memperbaharui dan mengemaskini Manual Kerja dan Standard Operating


Procedure (SOP) pelaksanaan program pementoran di Jabatan
Perkhidmatan Awam.

3
SYOR

12. Berdasarkan kepada asas pertimbangan seperti di perenggan 11, adalah


disyorkan agar Bengkel Pemurnian Dokumentasi Program Pementoran Peringkat
Jabatan Perkhidmatan Awam dapat dilaksanakan mengikut cadangan di perenggan
6 dengan anggaran perbelanjaan di perenggan 8.

PENUTUP

13. Diangkat syor seperti di perenggan 12 untuk pertimbangan dan kelulusan


YBrs. TPB(U)K jua.

Sekian, terima kasih.

(JEFFERY BIN YON)


TPB(U)S

Tarikh: Oktober 2017

4
KEPUTUSAN
TIMBALAN PENGARAH(K) BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PELAKSANAAN
BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI PROGRAM PEMENTORAN
PERINGKAT
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
DENGAN ANGGARAN RM10,000.00

Dipersetujui / Tidak Dipersetujui

Dengan syor di perenggan 12

ULASAN:

(FAIZAL AZMIR BIN ABD RASHID)


TPB(U)K

Tarikh : Oktober 2017

5
LAMPIRAN B

PERINCIAN
ANGGRAN KOS PERLAKSANAAN
BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI PROGRAM PEMENTORAN
PERINGKAT
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
DI E-RED HOTEL KUANTAN, PAHANG

6
Bil. Perkara RM

1. Kos Pakej makan & minum dan kemudahan fasiliti berkursus :-


Peserta 9,200.00
A) RM160.00 x 20 Orang x 2 Malam (Kumpan P&P)
B) RM120.00 x 5 Orang x 2 Malam (Kumpulan Pelaksana)

Urus Setia
A) RM160.00 x 5 Orang

2. Perbelanjaan Kontigensi 800.00

JUMLAH 10,000.00

Anda mungkin juga menyukai