Anda di halaman 1dari 7

SYAIR BIDASARI

• Rangkap 1
• Penyajak mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja
yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang
fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
• Rangkap 2
• Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang bijak, pintar dan
cekap. Baginda juga merupakan seorang raja yang kacak dan adil
melayan para pedagang dan alim ulamak yang datang mendalami
pengajian dalam bidang agama di negerinya itu.
• Rangkap 3
• Diceritakan juga bahawa orang ramai berasa kagum dengan
kegagahan baginda. Tidak pernah rakyatnya mengalami kesusahan di
bawah pemerintahan baginda. Namun tiada sesiapa yang tahu sama
ada keadaan ini berkekalan atau sebaliknya.
• Rangkap 4
• Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu
permaisuri baginda telah hamil.
• Rangkap 5
• Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman
sentosa, dugaan malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur
dari istana.
• Rangkap 6
• Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang
angkasa Negeri Kembayat. Garuda, iaitu helang besar telah melanggar
Negeri Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
• Rangkap 7
• Garuda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa.
Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara
dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat
bercempera tanpa arah tujuan.
• Rangkap 8
• Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil
menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-
hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda
bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula
yang berlaku.
• Persoalan
• Persoalan tentang keistimewaan dan kehebatan seorang raja.
• Raja negeri Kembayat menjalankan pemerintah dengan adil
menyebabkan negeri yang diperintahnya aman sentosa sehingga
menjadi tumpuan para pedagang.
• Persoalan tentang tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
• Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana
baginda mengambil peduli tentang masalah yang menimpa negeri
baginda.
• Persoalan tentang ketaatan terhadap pemimpin.
• Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan
baginda ketika susah dan senang.
• Persoalan tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga.
• Raja Negeri Kembayat amat menyayangi pemaisuri baginda yang
sedang hamil beberapa bulan.
• Nilai & Pengajaran
• 1. Nilai kebijaksaan
• Kita hendaklah bijak untuk menguruskan sesuatu perkara.
• Contohnya, raja Negeri Kembayat bijak memerintah negeri baginda sehingga Negeri
Kebayat berkembang maju.
• 2. Nilai keadilan
• Kita hendaklah bersikap adil ketika mengambil sesuatu tindakan.
• Contohnya, sikap adil raja Negeri Kembayat menyebabkan ramai pedagang datang
berdagang di negeri baginda.
• 3. Nilai tanggungjawab
• Kita mesti bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas.
• Contohnya, raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negeri baginda
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai