Anda di halaman 1dari 2

UNIT 17 PENGURUSAN WANG BERHEMAT

Perbendaharaan Kata

1. berhemat
Makna: berjimat
Ayat: Rakyat Malaysia perlu berbelanja secara berhemat agar mempunyai lebihan wang
untuk digunakan pada hujung bulan

2. mata wang
Makna: jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negara
Ayat: Kemasukan pelancong asing akan mengu kuhkan nilai mata wang negara apabila
mereka membeli barangan di negara kita.

3. diterima pakai
Makna: dipilih dan digunakan (diikuti) sesuatu rancangan, program kaedah
Ayat: Kaedah pertanian hidroponik yang diterima pakai oleh kaum petani di negara ini
diyakini mampu meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.

4. orang tengah
Makna: pemborong
Ayat: Orang tengah yang menjadi perantara antara pengilang dengan peniaga lazimnya akan
menjual semula barangan kepada peniaga pada harga yang tinggi untuk mengaut
keuntungan.

5. keperluan
Makna: kemestian, keharusan (yang tidak dapat dielakkan)
Ayat: Pakaian, makanan, dan minuman serta tempat perlindungan menjadi keperluan asas
manusia untuk kelangsungan hidup.

6. kehendak
Makna: keinginan, kemahuan
Ayat: Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak anak akan sentiasa memenuhi segala
kehendak material anak-anak mereka.

7. krisis kewangan
Makna keadaan yang sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (seperti
kekurangan warig)
Ayat Sebahagian pekerja syarikat tersebut terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat
tersebut mengalami krisis kewangan

8. tidak menentu
Makna tidak tetap
Ayat Pendapatan Encik Hassan yang tidak menentu menyebabkan dia dibelenggu masalah
hutang yang banyak.

9. mempraktikkan
Makna: melaksanakan Ayat:
Ayat Ibu bapa perlu mempraktikkan tabiat menabung dalam sesebuah keluarga dengan
membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka.
10. bergaya
Makna: beragam, menunjukkan keanggunan
Ayat: Maisara kelihatan lebih bergaya apabila mengenakan pakaian yang baharu dibeli dari
Butik Anissa.

11. alpa
Makna: lalai, kurang mengendahkan
Ayat: Sikap alpa para pemandu ketika berada di jalan raya sering kali menyebabkan
terjadinya kemalangan.

12. nafsu
Makna: keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat
Ayat: Seseorang yang bertindak mengikut hawa nafsu tidak akan berfikir secara rasional
sebelum melakukan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai