Anda di halaman 1dari 3

Sistem Bahasa [Kesalahan Umum Tatabahasa]

Beberapa contoh kesalahan ayat dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut:

1. Penggunaan kata tanya dalam ayat: Jika kata tanya diletakkan di bahagian depan ayat, kata tanya itu
mestilah disertai partikel-kah.
- Apa judul buku yang masih ada stok? (salah)
- Apakah judul buku yang masih ada stok? (betul)

2. Penggunaan kata kerja pasif diri kedua dalam ayat.


- Buku yang dikehendaki saudari masih ada stok. (salah)
- Buku yang saudari kehendaki masih ada stok. (betul)

3. Setiap ayat tanya mesti disertai tanda soal (?).


- Kamu setujukah untuk membelinya. (salah)
- Kamu setujukah untuk membelinya? (betul)

4. Kesalahan menggunakan kata bilangan tingkat dan kata bilangan himpunan. Contohnya, kata kedua
(kata bilangan tingkat) digunakan untuk maksud kedua-dua (kata bilangan himpunan) Kata bilangan
himpunan yang digunakan bagi kata konkrit perlu disertai penjodoh bilangan.
- Saya bersetuju untuk membeli kedua majalah tersebut. (salah)
- Saya bersetuju untuk membeli kedua-dua majalah tersebut. (salah)
- Saya bersetuju untuk membeli kedua-dua naskhah majalah tersebut. ) (betul)

S. Kata tanya yang diletakkan pada hujung ayat tidak boleh disertai partikel-kah
- Cara membuat kuih itu bagaimanakah? (salah)
- Cara membuat kuih itu bagaimana? (betul)
- Bagaimanakah cara membuat kuih itu? (betul)

6. Kesalahan meletakkan tanda seru (!) selepas kata seru


- Oh! begitu (salah)
- Oh, begitu!(betul)

7. Kesalahan meletakkan kata sendi di antara kata kerja transitif dengan objek (frasa nama). Di antara
kata kerja transitif dengan objek tidak boleh ada kata-kata lain selain frasa nama.
- Saya akan memaklumkan tentang pembayaran itu kepada tuan. (salah)
- Saya akan memaklumkan pembayaran itu kepada tuan. (betul)
- Saya akan memaklumkan hal tentang pembayaran itu kepada tuan. (betul)

8. Kesalahan menggunakan imbuhan pada kata nama


- Bolehkah saya mendapatkan alamat bere-mel saudari? (salah)
- Bolehkah saya mendapatkan alamat e-mel saudari? (betul)

9. Kesalahan dari segi hukum D-M. Unsur yang "diterangkan" mestilah letaknya di depan unsur yang
"menerangkan
- Saya akan berikan alamat itu bersama-sama dengan pembayaran bukti. (salah)
- Saya akan berikan alamat itu bersama-sama dengan bukti pembayaran. (betul)
TEMA 19: PESONA MALAYSIA
Perbendaharaan Kata

1. memukau
Makna: memikat hati, mempesonakan
Ayat: Persembahan tarian kebudayaan itu berjaya memukau anggota rombongan pelancong
dari Eropah itu.

2. diwartakan
Makna: dimaklumkan, dikhabarkan
Ayat: Untuk melindungi hidupan liar dan mengekalkan keseimbangan ekosistem, sebahagian
daripada hutan tropika di negara ini telah diwartakan sebagai hutan simpan.

3. kelestarian
Makna: keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau terpelihara seperti
asal, keaslian
Ayat: Penerokaan hutan perlu dilakukan secara terkawal bagi memelihara kelestarian hutan
belantara di negara ini.

4. bertauliah
Makna: mempunyai surat pelantikan
Ayat: Pihak sekolah telah mengupah jurulatih yang bertauliah untuk melatih pasukan bola
keranjang yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Keranjang Peringkat
MSSD.

5. kondusif
Makna: sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan
Sesuatu
Ayat: Suasana pembelajaran yang kondusif mampu meningkatkan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

6. pemacu
Makna: pemangkin
Ayat: Perkembangan industri agropelancongan telah menyebabkan jumlah pelancong asing
yang mengunjungi negara kita meningkat setiap tahun dan menjadi pemacu utama
pembangunan ekonomi negara.

7. mengalu-alukan
Makna: menyambut kedatangan tamu (dengan hormat dan mesra)
Ayat: Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke Majlis Graduasi Pelajar
Tingkatan Lima yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

8. tersendiri
Makna: tidak sama dengan yang lain, terasing
Ayat: Masyarakat Baba Nyonya yang menetap di Melaka mengamalkan budaya dan norma
hidup yang tersendiri.

9. flora dan fauna


Makna: Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di sesuatu daerah tertentu
Ayat: Kerajaan perlu membendung aktiviti pembalakan secara haram agar flora dan fauna di
negara ini tidak akan terus mengalami kepupusan.

10. menambat hati


Makna: memikat, menarik
Ayat: Menjelang musim perayaan, gedung beli belah akan menawarkan potongan harga
istimewa untuk menambat hati pembeli.

11. buah tangan


Makna: barang yang dibawa dari perjalanan, hadiah
Ayat: Sebelum meninggalkan pantai Rantau Abang, kami tidak ketinggalan untuk membawa
pulang buah tangan sebagai kenang-kenangan.

12. bersua
Makna: bertemu, berjumpa
Ayat: Setelah meninggalkan alam persekolahan 10 tahun yang lalu, Halim tidak menyangka
bahawa dia dapat bersua dengan beberapa orang rakan sekelasnya di pameran
komputer tersebut.

Anda mungkin juga menyukai