Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 5 – RAGAM AYAT

Nyatakan subjek (S), kata kerja (K), dan objek (O) bagi setiap ayat di bawah. Kemudian,
tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat.

1. Danila membasuh pinggan di dapur.


2. Saya menyapu sampah di ruang tamu.
3. Adik saya menonton filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal.
4. Fawzi menunggang basikal di taman.
5. Puan Hasliza mengisi kehadiran murid dengan menggunakan aplikasi khas.
6. Ibu menjemur daun mengkuang itu di halaman rumah.
7. Kami menyaksikan perlawanan bola sepak dengan bapa.
8. Yusri membaca novel Tirani sebanyak dua kali.
9. Ganesh sedang membaiki motosikalnya.
10. Penghantar makanan itu menghubungi pelanggannya dengan telefon yang dibekalkan
oleh pihak syarikat.
11. Semua peniaga di kawasan itu mendengar taklimat khas daripada petugas kesihatan.
12. Sekolah saya akan menghantar dua orang wakil untuk menyertai pertandingan pantun
pada peringkat daerah.

BAHAN CIKGU EZAR | WHATSAPP: 017-5811005 | TELEGRAM: @bankilmubm 1


PANDUAN PENSKORAN 7. S = Kami
K = menyaksikan
1. S = Danila O = perlawanan bola sepak
K = membasuh Keterangan = dengan bapa
O = pinggan Ayat pasif = Perlawanan bola
Keterangan = di dapur sepak kami saksikan dengan bapa.
Ayat pasif = Pinggan dibasuh oleh
Danila di dapur. 8. S = Yusri
K = membaca
2. S = Saya O = novel Tirani
K = menyapu Keterangan = sebanyak dua kali
O = sampah Ayat pasif = Novel Tirani dibaca
Keterangan = di ruang tamu oleh Yusri sebanyak dua kali.
Ayat pasif = Sampah saya sapu di
ruang tamu. 9. S = Ganesh
K = sedang membaiki
3. S = Adik saya O = motosikalnya
K = menonton Ayat pasif = Motosikalnya sedang
O = filem Upin dan Ipin: Keris dibaiki oleh Ganesh.
Siamang Tunggal
Ayat pasif = Filem Upin dan Ipin: 10. S = Penghantar makanan itu
Keris Siamang Tunggal ditonton K = menghubungi
oleh adik saya. O = pelanggannya
Keterangan = dengan telefon yang
4. S = Fawzi dibekalkan oleh pihak syarikat
K = menunggang Ayat pasif = Pelanggannya
O = basikal dihubungi oleh penghantar
Keterangan = di taman makanan itu dengan telefon yang
Ayat pasif = Basikal ditunggang dibekalkan oleh pihak syarikat.
oleh Fawzi di taman.
11. S = Semua peniaga di kawasan itu
5. S = Puan Hasliza K = mendengar
K = mengisi O = taklimat khas daripada petugas
O = kehadiran murid kesihatan
Keterangan = dengan Ayat pasif = Taklimat khas
menggunakan aplikasi khas daripada petugas kesihatan
Ayat pasif = Kehadiran murid diisi didengar oleh semua peniaga di
oleh Puan Hasliza dengan kawasan itu.
menggunakan aplikasi khas.
12. S = Sekolah saya
6. S = Ibu K = akan menghantar
K = menjemur O = dua orang wakil
O = daun mengkuang itu Keterangan = untuk menyertai
Keterangan = di halaman rumah pertandingan pantun pada
Ayat pasif = Daun mengkuang itu peringkat daerah
dijemur oleh ibu di halaman Ayat pasif = Dua orang wakil akan
rumah. dihantar oleh sekolah saya untuk
menyertai pertandingan pantun
pada peringkat daerah.

BAHAN CIKGU EZAR | WHATSAPP: 017-5811005 | TELEGRAM: @bankilmubm 2

Anda mungkin juga menyukai