Anda di halaman 1dari 6

TINGKATAN 3 BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

Antara tahun 1924 hingga 1930 , ideologi komunis cuba


disebarkan dalam kalangan orang Melayu melalui Parti Komunis
Indonesia( PKI )
Maklumat di atas menerangkan tentang penyebaran ideologi Komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah orang Melayu tidak tertarik dengan ideologi tersebut ?
I Berfahaman ateis
II Bertindak secara kekerasan
III Menolak institusi raja-raja
IV Mengurangkan kuasa pembesar
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
PKM mempengaruhi golongan pekerja untuk melakukan mogok,
sabotaj serta menunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.

Pernyataan di atas adalah antara kegiatan agresif PKM menjelang tahun 1935.
Mengapakah PKM menggalakkan tindakan di atas ?
A Membantah pentadbiran British
B Melumpuhkan ekonomi British
C Menuntut kenaikan gaji pekerja
D Menguasai ekonomi Tanah Melayu
Pada Jun 1948 , Sir Edward Gent telah mengisytiharkan
darurat di seluruh Tanah Melayu dan menguatkuasakan
Undang-undang Darurat 1948.
Pernyataan di atas merupakan tindakan British mengatasi ancaman keganasan komunis.
Bagaimanakah British menguatkuasakan undang-undang tersebut ?
I Menggeledah rumah kediaman
II Menahan mereka yang disyaki komunis
III Memindahkan penduduk ke petempatan baru
IV Menembak mereka yang bersubahat dengan komunis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Sesiapa yang berjaya menangkap tokoh komunis di atas sama ada hidup atau mati akan diberikan
hadiah sebanyak $ 250,000.
Mengapakah tawaran hadiah tersebut diadakan ?
A Melemahkan pengaruh Cina
B Menamatkan penguasaan China
C Melumpuhkan kegiatan Komunis
D Memberi amaran kepada Komunis

Gambar di atas menunjukkan antara tindakan ganas komunis semasa zaman darurat .
Apakah usaha kerajaan British untuk membanteras keganasan tersebut ?
I Menyokong tuntutan AMCJA
II Meminta bantuan askar Komanwel
III Menubuhkan pasukan Home Guard
IV Mengharamkan Parti Komunis Malaya
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Si Harold Rowdon Briggs telah dilantik sebagai Pengarah Operasi


Rancangan Briggs
Penyataan di atas merujuk kepada satu tindakan British untuk membanteras komunis pada
tahun 1950-an.
Antara langkah yang dilaksanakan dalam rancangan tersebut ialah
I menubuhkan kampung baru
II menjalankan kempen Perang Saraf
III menjalankan kempen Gerakan Kelaparan
IV mewujudkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Memberi maklumat
Membekalkan makanan
Membekalkan ubat-ubatan
Rajah di atas menunjukkan tujuan PKM menubuhkan Min Yuen .
Apakah tindakan Brtitish yang telah berjaya melumpuhkan gerakan tersebut ?
A Menjalankan siasatan
B Menubuhkan Home Guard
C Menambah bilangan tentera
D Menubuhkan kampung baru
MIN YUEN

Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney
Pengarah Operasi Sir Harold Rowdon Briggs
Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan rancangan British di atas ?
I Bertujuan melumpuhkan Min Yuen
II Penubuhan Mata-Mata Khas Melayu
III Penempatan orang Cina di kampung baru
IV Membebaskan Tanah Melayu dari ancaman komunis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Terdiri daripada kaum lelaki
Ditubuhkan untuk membantu pasukan
X
dan wanita
polis dan tentera.
Jadual di atas merujuk kepada sebuah pasukan yang ditubuhkan semasa zaman darurat.
X ialah
A Pasukan Baju Hijau
B Pasukan Home Guard
C Pasukan askar Komanwel
D Pasukan Special Konstabel
Program Gerakan Kelaparan

10

11

Pernyataan di atas ialah satu rancangan yang dilancarkan oleh British semasa zaman darurat
melalui
A Akta Darurat
B Perang Saraf
C Rancangan Briggs
D Perintah berkurung
Lebih 400 kampung baru Cina telah diwujudkan dan
kebanyakannya di negeri-negeri pantai barat Tanah Melayu
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah British menubuhkan perkampungan tersebut ?
A Membanteras penjenayah
B Menyusun semula masyarakat
C Melemahkan kegiatan komunis
D Mempelbagai kegiatan ekonomi

12

13

14

15

16

Malayan Chinese Association ( MCA )


Ditubuhkan pada 1949
Berhaluan kanan
Persatuan sosial masyarakat Cina
Apakah usaha yang dilakukan oleh persatuan di atas untuk membantu penduduk kampung baru
Cina ?
A Menjalankan kutipan derma
B Memberikan wang sara hidup
C Memberikan bekalan makanan
D Menyediakan peluang pekerjaan
Penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan
berjaya menghapuskan komunis
-Sir Gerald Templer- Pesuruhjaya Tinggi British.
Mengapakah tokoh di atas berpendapat sedemikian ?
A Komunis mahir taktik gerila
B British kekurangan tentera terlatih
C British memerlukan sokongan rakyat
D Komunis mempunyai kelengkapan perang
Melancarkan Perang Saraf
Menubuhkan Mata-Mata khas Melayu
Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum
Mengapakah pihak British mengambil tindakan di atas ?
A Menentang ancaman komunis
B Menyusun semula masyarakat
C Melemahkan parti-parti radikal
D Memantapkan pentadbiran negara
PERINTAH BERKURUNG
Dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi
Arahan di atas akan diisytiharkan di kawasan kegiatan pengganas komunis yang aktif.
Kawasan tersebut juga merujuk kepada
A Kawasan Putih
B Kawasan Hitam
C Kampung Baru Cina
D Kawasan pinggir hutan
Kawasan Putih
Kawasan Hitam
Senarai di atas telah diisytiharkan oleh British yang merujuk kepada
A Perang Saraf
B Perang Gerila
C Rancangan Briggs
D Gerakan Kelaparan

17

18

19

20

Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng secara hidup-hidup


akan menerima wang hadiah sebanyak $ 250,000
Maklumat di atas merupakan tawaran pihak British semasa zaman darurat melalui
A Kempen Pilihan raya
B Kempen Perang Saraf
C Kempen Perang Dingin
D Kempen Gerakan Kelaparan
Kerajaan menawarkan pengampunan beramai-ramai bagi
menggalakkan anggota komunis menyerah diri
Pernyataan di atas merupakan antara usaha kerajaan membanteras ancaman komunis.
Mengapakah kerajaan mengambil langkah tersebut ?
A Menjamin keselamatan negara
B Mengurangkan kos perbelanjaan
C Mengurangkan kesusahan Komunis
D Mengadakan perdamaian dengan komunis
Tarikh
Peristiwa
28-29 Disember 1945
Pertemuan Baling
Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan pertemuan di atas ?
A Kesetiaan ahli PKM diragui
B Keenggganan mengiktiraf PKM
C Ketiadaan tawaran pengampunan
D Keengganan membayar ganti rugi
1948-1960 Zaman Darurat
Situasi di atas memberi kesan kepada masalah perpaduan rakyat di Tanah Melayu.
Apakah langkah awal British bagi mengatasi masalah tersebut ?
A Mengharamkan parti-parti berhaluan kiri
B Melonggarkan syarat kerakyatan Tanah Melayu
C Memperkenalkan kampung-kampung baru Cina
D Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Anda mungkin juga menyukai